Sepanjang mesyuarat itu, Izrina langsung tak pandang Naufal di hadapan dia. Apa yang ada dalam otak dia sekarang ni cuma dia nak semua ni cepat habis . Sesekali dia memandang Aiden yang khusyuk mendengar penerangan Encik Zaid. Dia berharap sangat Naufal takkan buat apa-apa.
" Okaylah Encik Aiden. Saya harap kerjasama kita ni berjalan lancar. Saya dan Naufal akan cuba siapkan projek tu seperti yang kita janjikan. " ujar Encik Zaid.
" In Sha Allah Encik Zaid. Semuanya akan berjalan lancar seperti yang kita rancang. " Aiden terus berjabat tangan dengan Encik Zaid. Sesekali dia menjeling Naufal yang sedikit-sedikit memandang Izrina di sebelah dia.
Jantan ni makan penumbuk aku kang. Hish!
" Kalau macam tu, apa kata kita pergi makan tengah hari bersama? " pelawa Encik Zaid.
Izrina yang mendengar pelawaan Encik Zaid itu tersentak. Dia baru ingin mengelak namun teringat yang dia kena sentiasa di sisi Aiden, dia hanya mendiamkan diri. Padahal hati dia dah rasa nak menangis dah ni.
" Sure. Tapi saya minta maaf bagi pihak setiausaha saya. " ujar Aiden.
Izrina mengangkat kepala. Kenapa dengan dia?
Naufal dan Encik Zaid mengerutkan dahi. Mereka saling berpandangan.
" Kenapa dengan dia? " tanya Naufal.
Aiden tersenyum sinis. Fikir dia tak tahu yang Naufal tu nak rapat dengan Izrina? Memang tidak lah!
" Dia tak boleh join kita. Sebab harini dia ada lunch date dengan kawan-kawan dia. Kan Rina? " tanya Aiden sambil memandang gadis itu.
Izrina terpana. Aiden tolong dia? Ya Allah, terima kasih sangat.
" Hm yeah. Haah saya ada janji dengan kawan-kawan saya. Maaflah ye " ujar Izrina. Dia rasa lega sangat dapat mengelak daripada Naufal syaitan tu.
Encik Zaid mengangguk kecil.
" Oh takpe macam tu. Enjoy your lunch Miss " dia mengangguk sedikit pada Izrina.
Izrina tersenyum kecil.
Naufal merengus geram. Dia tahu Aiden sengaja nak jauhkan dia dan Izrina. Tak guna betul !
" Macam tu. Encik Zaid keluar dulu. Nanti saya akan menyusul. Saya ada hal sedikit " ujar Aiden sopan. Menyampah mana pun dia dengan Naufal, client tetap client.
Sebaik sahaja mereka keluar, Aiden berpusing menghadap Izrina.
" Kau call Wina sekarang. Ajak dia lunch. " arah Aiden.
Izrina terkulat-kulat mendail nombor Wina. Seram tengok muka tegas Aiden.
Aiden menunggu Izrina habis.
" Wina kata okay. " ujar gadis itu sebaik sahaja panggilan dimatikan.
Aiden mengangguk. Setidaknya dia lega Izrina tidak keseorangan.
" Aku pergi dulu. Make sure kau lunch dengan Wina. " Aiden terus keluar meninggalkan Izrina.
Izrina memandang pemergian Aiden dengan senyuman lebar. Dia rasa terhutang banyak dah dengan lelaki itu. Tiap kali ada Naufal, Aiden mesti ada untuk selamatkan dia. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Amanda.
Dia akan jaga aku? Kau betul weh. Dia memang jaga aku walaupun kitaorang macam musuh dulu. Aku harap hati aku tak terlalu sayang dia. Sebab aku takut. Bila dia tahu kisah silam aku, dia masih akan percaya ke takdir satukan kami?
Izrina mengeluh lalu berjalan keluar.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...