43

5.4K 235 0
                                    

Badrul menghulurkan secawan air kepada Aiden . Dia sendiri terkejut bila Izrina balik dengan seorang lelaki yang dia tak kenal . Aiden mengucapkan terima kasih . 

" Dah lama kenal Rin ? " soal Badrul .

" Lama juga lah . Sejak zaman U dulu . Kau ? " Aiden memandang lelaki di sebelah dia . Dia akui Izrina agak rapat juga dengan lelaki ni . Nasib baik dah kahwin dah Badrul ni . 

" Sejak zaman sekolah rendah . Aku kawan baik dia lah kiranya . Rin tu jenis tak pandai berkawan . Bila dia dapat kawan ni , aku agak protective sebab dia tu macam adik aku " Badrul tersenyum kecil bila mengingat macam mana dia menjaga Izrina selayaknya abang .

Aiden tersenyum . Dia tahu tentang tu . Masa belajar dulu pun , jauhlah minah tu nak ada ramai kawan . Izrina tu jenis pendiam sampaikan orang tegur baru dia tegur balik . Kalau tidak , memang jaranglah nak dengar suara minah tu . 

Tiba-tiba dengar suara jeritan Sakinah dari dalam rumah . Mereka semua yang berada di luar terkejut terutama Aiden dan Badrul . Mereka terus berlari naik ke atas untuk melihat apa yang jadi . 

Ramai yang berkerumun di luar pintu bilik Izrina itu membuatkan mereka berdua saling berpandangan . Hati mula tak sedap . Badrul terus menyuruh mereka semua ke tepi sedikit . Sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik itu , mereka disajikan dengan pemandangan di mana Sakinah sedang memaku kepala Izrina di ribanya . Namun bukan itu yang menjadi perhatian Aiden tapi pergelangan tangan Izrina yang mengeluarkan darah itu lebih utama .

Shit ! Perempuan nak bunuh diri ke ?! 

" Abangg " rintih Sakinah . Dia menangis pilu apabila terpandang Izrina yang berlumuran darah semasa dia hendak memanggil gadis itu makan . Dia terus menjerit memanggil suaminya kerna terlalu risau . 

Naufal yang baru masuk bersama yang lain turut terkejut . Dia baru ingin mendekat untuk menolong Izrina namun terhenti dengan kelakuan Aiden . 

Aiden terus membaling kunci keretanya pada Badrul sebelum meluru ke arah tubuh Izrina .

" Start enjin kereta sekarang . Kau drive ke hospital ! Kak , ambil purse dia . Kita pergi hospital sekali sekarang . Maafkan aku Rin " sejurus berkata begitu Aiden terus mengangkat Izrina gaya bridal style lalu berjalan keluar dari bilik . Untuk seketika dia berselisih dengan pandangan Naufal . 

Macam mana dia boleh ada dekat sini ?

****

Aiden memandang sepi wajah pucat yang lena tidur itu . Doktor cakap nasib baik mereka cepat bawa gadis itu ke hospital . Kalau tak , memang mereka takkan jumpa dah gadis itu . Badrul dan Sakinah dah balik dulu dah sebab kenduri malam ni namun dia masih dekat sini untuk teman gadis itu . 

" Aku tak sangka Naufal tu memang bekas tunang kau . Tapi kenapa kau putus dengan dia ? Aku musykil sampaikan Rul pun taknak cerita dengan aku . Tapi paling aku tak sangka kau nak bunuh diri . Aku ingatkan kau kuat tapi tak . Stupid you . " bisik Aiden perlahan. Jantung dia hampir nak tercabut bila tengok Izrina berlumuran darah macam tu sebab dia akan teringat arwah Ain . 

" Aku sayang kau Rin . Jadi , aku mohon kuatkan diri kau " ujar Aiden sebelum terlelap berbantalkan lengan.

Pagi itu , Izrina tersedar dan terkejut bila terpandang Aiden di sisi dia . Lelaki itu masih terlena sambil berbantalkan lengan . 

Dia jaga aku semalaman ke ? Sambil tidur macam tu ? Tak sakit ke leher dia ? Ya Allah .. 

Izrina teringat macam mana dia boleh bodoh pergi kelar tangan dia . Dia tahu mesti lelaki itu akan marah dia . Badrul pun mesti akan mengamuk . Sungguh sekarang dia kesal dengan apa yang dia buat . Dia bersyukur dia masih diberi peluang untuk hidup . 

" Urghhh "

Izrina menoleh ke tepi . Kelihatan seperti Aiden dah bangun daripada tidur . Mereka saling berpandangan . Izrina menunggu saat untuk dimarahi namun bukan itu yang dia dapat . 

" Dah okay ? " 

Izrina terpinga-pinga . Dia ingatkan lelaki itu akan marah tapi lelaki itu cuma tanya dia okay atau tidak . 

" Okaylah tu kalau dah boleh berangan . Aku nak bersihkan diri dulu . Kau rehat jelah . Jaga diri " Aiden bangun lalu keluar untuk ke surau berdekatan .

Izrina terpaku . 

Jaga diri . 

Satu ayat tapi menusuk hati dia . 

Sedikit demi sedikit Izrina tersenyum . 

Sedikit sebanyak dia mula percaya yang takdir temukan mereka berdua . 

Sedikit sebanyak dia percaya Aiden itu mungkin pelindung dia .

Sedikit sebanyak dia mengaku dia mula sayangkan Aiden . 

Dan dia mula percaya semua kata-kata Amanda sebelum ni .


Tbc

I'm done . Sis tak larat nak spam update dah . Huhu bagilah sis rehat untuk seminggu . Nahh bekalan korang okayy . 

p/s ; Dah nak masuk bab kahwin ! Yyeahhh ! 

Takdir KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang