Seminggu kemudian ,
Izrina menghidangkan sarapan pagi itu memandangkan dia bangun awal harini . Dia menjengah juga kira-kira ayahnya sudah bangun. Dia balik kampung semalam pun sebab cuti seminggu dah bermula . Lagipun dia rindu ayahnya meskipun Amanda dan Wina ada ajak dia bercuti .
Uhuk ! Uhuk !
Kedengaran suara lelaki batuk dari arah tangga . Izrina mengangkat muka apabila suara itu menjengah ke dapur .
" Ayah , kan Rin dah cakap makan ubat tu . Ayah skip makan ke ? " Izrina memapah ayahnya ke arah meja makan . Sesekali dia menasihati ayahnya untuk menjaga kesihatan . Kerisauan dia makin tinggi bila nampak ayahnya asyik batuk je . Muka pun dah mula pucat .
Pak Cik Ahmad tergeleng kepala dengan anak dara dia yang satu ni . Kuat berleter macam arwah isterinya . Namun dia bersyukur Izrina masih balik ke rumah ini meskipun dia tahu betapa sibuknya anak dia ini di KL sana .
" Ayah ok , Rin . Dah lah tu berleternya . Depan rezeki ni kan " perlahan sahaja suara Pak Cik Ahmad ketika itu .
Izrina mengeluh . Bukan dia nak berleter cuma dia risau dengan kesihatan ayah dia sekarang ni . Kalau dia berhenti belajar nanti kena marah pula sebab ini keinginan ayah dia . Ya Allah nasib baik ada Badrul yang boleh bantu dia jaga ayahnya ini .
Badrul tu rakan sejak kecil dia . Perasaan suka sama suka tu tak pernah wujud antara mereka melainkan dengan seorang itu . Yang menghilang entah ke mana . Dan dia tak mahu tahu .
****
Petang itu , Izrina menyapu halaman rumah yang penuh dengan daun-daun kering . Angin bertiup tenang dengan pemandangan sawah padi di hadapan dia ketika itu sungguh mengasyikkan . Dia bersyukur dapat rasa semua ni . Tiba-tiba dia terdengar bunyi hon motor dari jauh . Dia mengalihkan pandangan dan terlihat Badrul sedang memandu ke arah dia .
" Assalamualaikum Rin ! Weh bila balik ni ? " Badrul meletakkan motosikalnya berdekatan dengan pangkin . Kemudian dia berjalan ke arah Izrina yang sedang membakar daun-daun kering itu .
" Waalaikumussalam Rul . Semalam petang aku baru sampai . Kau buat apa datang sini ni ? Oh maaf . Aku lupa kau selalu datang pagi-pagi untuk tengok ayah . " Izrina tersengih sebelum menyuruh Badrul untuk duduk di pangkin sementara dia buatkan air sekejap .
Lima minit kemudian Izrina datang dengan membawa sedulang air berserta sepinggan mee goreng . Dia melabuhkan duduk sebelum pelawa Badrul .
" Terima kasih . Macam mana study kau ? Okay ? " Badrul menghirup kopi buatan Izrina itu dan dia tersenyum .
Still sama macam dulu air ni .
" Okay je cuma aku sibuk je kebelakangan ni . Aku kena bangun daripada kisah dulu tu kan . " Izrina tersenyum sebelum memandang sawah di hadapan mereka .
Badrul diam . Dia tahu kisah itu malah amat tahu sebab dia yang tolong gadis itu .
" Benda dah lepas . Aku nak bagitahu kau sesuatu ni " Badrul menarik nafas sebelum beritahu Izrina . Dia sendiri serba salah nak sampaikan tapi kalau tak sampaikan nanti bahaya pula .
Benda ni dari minggu lepas lagi dia simpan tapi serba salah nak beritahu gadis itu sebab dia takut Izrina trauma lagi . Dia menarik nafas dalam untuk tenangkan diri .
Izrina pelik tengok Badrul yang gelisah semacam ni . Baru dia ingin bertanya , satu ayat yang keluar daripada mulut Badrul tu membuatkan dia tergamam .
" Naufal , jantan tak guna tu dah balik sini minggu lepas "
Tbc
Who's Naufal ? Oh my ! Dah double update so esok takde update . tq

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...