Wina dan Izrina berpelukan apabila Amanda sah menjadi isteri kepada Akmal . Beria mereka menangis mengalahkan Amanda .
" Melampau lah korang berdua ni . Yang kahwin tu si Manda . Korang yang beria menangis ni apahal ? " Afriq menjeling dua gadis yang masih mengelap air mata masing-masing.
" Sibuk ! Awak mana tahu perasaan kitaorang yang perempuan ni . Sedih dan happy lah tengok sahabat sendiri dah kahwin " Wina menjeling Afriq tajam . Izrina mengangguk mengiakan .
Aiden dan Afriq hanya mampu menggeleng kepala je tengok perangai mereka berdua ni . Sakit kepala juga bila melayan kerenah perempuan ni . Adoi !
" Ya Allah korang ni kelakar lah " sebaik sahaja mendekati sahabat dia , Amanda tergelak melihat mata sahabat dia yang merah itu . Ni mesti kes menangis bagai nak rak ni .
" Dah cakap dah . Drama queen sangat . Adoii ! " Afriq menggosok lengannya yang dipukul oleh Wina . Ingat tak sakit ke ? Sakit okay !
Yang lain hanya mampu tergelak kecil tengok pasangan itu . Masing-masing masuk air , hah sepadan ah tu .
" Kau bila ni Win nak kahwin ? Boleh lah aku pula beria menangis hahah " usik Amanda . Sejak tahu yang Wina ni dah tunang , makin dia dan Izrina usik sampai naik geram gadis itu .
" Ehh ehh tak payah mention lah ! Entah-entah time tu aku dah nak dapat anak buah seorang kan " Wina tersenyum sinis .
Amanda memukul bahu Wina sampai tergelak gadis itu . Tahu malu hahahah !
" Korang ni sampai bila nak gurau ? Sekarang nak ready pergi dewan . Jom lahh " tegur Izrina yang dari tadi melihat sesi bergurau senda itu .
****
" Nak macam tu ke ? "
Izrina terkejut apabila satu suara menegur dia . Dia menjulingkan mata apabila melihat manusia tak semegah itu adalah Aiden .
" Taklahh . Jauh sangat aku nak buat grand macam ni " Izrina tersenyum miris . Entah kenapa dia teringat kata-kata Amanda malam tadi .
Dia memandang tuan punya badan di sebelah . Setiap kali dia melihat lelaki itu , muncul rasa benci sebenarnya tapi itu dulu . Sekarang hati dia berbolak-balik . Mungkin ke dia sayangkan lelaki ini ? Betul ke setiap pertemuan mereka yang tanpa sengaja itu takdir bukan kebetulan ?
" Handsome sangat ke aku sampai kau tengok tak berkelip ni , Rina ? " Aiden berkata tanpa menoleh . Sebenarnya dia sendiri pun rasa nak tercabut jantung bila Izrina pandang dia dalam-dalam . Oi Oi ! Crush sendiri pandang kau tak berkelip ,mahu tak sakit jantung ? !
Izrina terus mengalihkan pandangan . Dia menampar pipinya sedikit . KAN DAH KANTOI TENGOK ANAK TERUNA ORANG ! Dia langsung tak pandang Aiden sepanjang majlis resepsi itu . Malu akibat kejadian tak sengaja tadi .
****
" Aku rasa nanti kau bukan makan nasi minyak aku je Mal " ujar Afriq tiba-tiba .
Akmal mengerutkan dahinya . Maksud Afriq ?
Afriq menunjuk ke arah Aiden dan Izrina yang berdiri di belakang dewan .
" Ohh fahammmmm " Akmal tersenyum kecil melihat pasangan itu dari jauh . Dia dah cakap yang mereka berdua tu saling suka tapi ego bukan main tinggi . Lepastu sorang dengan kebetulan ,sorang dengan takdir . Hm !
Amanda dan Wina juga turut tersenyum melihat mereka berdua . Amanda tahu apa yang dia perkatakan semalam itu 100% betul .
Aku dah cakap yang kau memang sayangkan dia , Rina . Cuma kau masih dalam dunia bayang kau lagi . Aku harap dia mampu tarik kau daripada dunia itu supaya kau dapat cari kebahagiaan kau .
Tbc
Oh yeahhh . After this , Naufal akan muncul hahaha ! Dead ....
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...
