" Hm Umi. Aiden nak minta diri dululah ye. Sebab dah petang sangat ni. Nanti mama cari pula. Lain kali Aiden datang lagi " Aiden menyapa Umi Jannah yang sedang menyiram bunga itu.
" Lah dah nak balik ke? Okey lah. Lain kali datang lagi ye. Kirim salam mama dengan papa kamu. " Umi Jannah menutup paip air yang digunakan tadi.
Baru sahaja Aiden ingin pulang, Nisha menjerit memanggil.
" Abang Aiden!! "
Umi Jannah dan Aiden berpusing ke belakang. Kelihatan Nisha dan Izrina berjalan ke arah mereka.
" Dah nak balik ke? " tanya Nisha.
" Yelah Sha. Kenapa? " Aiden merasakan Nisha merancang sesuatu. Bukan dia tak kenal adik dia sorang ni.
" Hantarkan Rina sekali boleh? Dah alang-alang abang nak balik tu. Lagipun Sha risau. Dengan keadaan dia yang luka ni lagi. Boleh ye? " Nisha tersenyum sambil menunjukkan muka berharap. Dia bukan sengaja taknak hantar tapi dia sengaja nak dekatkan mereka berdua ni.
Izrina tergamam. Aiden terkebil-kebil. Mereka tak salah dengar kan apa yang si Nisha ni cakap? Hantar balik? Seriously!?
" Ehh! Takpe lah. Rina boleh balik sendiri. Kan depan tu ada bus stop. Bolehh je balik sendiri. " Sehabis boleh Izrina mengelak. Memang tak ah naik satu kereta dengan mamat ni! Erghh!
" Dah petang Rina. Betul juga kata Sha ni. Umi pun risau kalau kamu balik sendiri. Biar je Aiden hantar. Boleh kan Aiden? " Umi Jannah menyokong apa yang dikatakan Nisha. Sekarang ni dah petang sangat ni. Bahaya anak dara jalan sorang.
Aiden mengeluh. Bila dah masuk part Umi meminta tolong ni, dia dah tak boleh tolak. Hati wanita itu sama berharga dengan hati mamanya. Nak tak nak dia anggukkan je.
" Jom lah. Aku hantar sekali. " Aiden terus berlalu ke arah kereta selepas mengucap salam.
Izrina nak tak nak salam tangan Umi Jannah lalu berjalan ke arah kereta Aiden.
Apalah nasib! Baru je nak elak daripada dia ni. Hish benci betul lah!
Umi Jannah dan Nisha melambai apabila kereta Aiden keluar dari perkarangan rumah itu. Mereka berharap pasangan itu adalah jodoh berdua satu hari nanti.
¤¤¤¤
Suasana senyap je dalam kereta itu. Mahupun Aiden dan Izrina, masing-masing diam sampailah Aiden menyerahkan telefonnya.
Izrina mengerutkan dahi.
" Taip tempat tinggal kau. Aku bukan tahu dekat mana kau tinggal " dingin sahaja ayat Aiden. Bukan macam dekat Titian Kasih.
Izrina mengambil telefon itu sambil merengus geram.
Dah mula dah perangai heartless dia tu.
" Nah! "
Aiden mengambil lalu keadaan diam lagi sekali.
" Kau memang dekat mana ada aku , dekat situ ada kau ek. Tolonglah jangan cakap kebetulan. Banyak kali nak cakap kebetulan kalau banyak kali aku terserempak dengan kau sejak kita mula kenal " Aiden menggerakkan kereta semula apabila lampu hijau.
" Manalah aku tahu. Anggap je lah kebetulan. Tak payah nak acah-acah takdir sangat lah. " Izrina berkata dengan nada sinis.
" Apasal kau benci sangat ek dengan takdir? Kalau betul takdir kau dengan aku, anggap je lah benda tu betul. " Aiden menarik brek tangan apabila sampai di hadapan rumah sewa Izrina.
" Aku tak pernah percaya benda tu. Sebab masa silam aku. Jadi, jangan cakap dengan aku pasal takdir ni kalau sejak dulu aku dah terseksa dengan benda tu. " Izrina terus keluar selepas mengucapkan terima kasih.
Aiden terpegun. Dia nampak sinar kesedihan di mata gadis itu. Tapi kenapa hati dia turut sakit? Apa yang buat gadis itu langsung tak percaya dengan takdir mereka? Kisah silam apa yang melukakan hati gadis itu?
Izrina melangkah masuk ke dalam rumah. Dia nampak dua orang kawannya yang sewa bersama dia. Tini dan Hanis.
" Kau pergi mana? Lambat balik " tanya Hanis. Dia meletakkan makanan di atas meja makan. Harini tugas dia memasak.
" Keluar. Aku naik dulu ye. Penat lah " Izrina terus naik ke atas tanpa menunggu balasan kawan-kawannya.
Tini dan Hanis saling berpandangan. Pelik pula dengan Rina harini. Macam ada yang tak kena.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...