Izrina memerhatikan Aiden yang melayan kanak-kanak di rumah Titian Kasih ni. Sungguhlah dia rasa dia nampak sisi Aiden yang lain harini. Bukannya Mr.Heartless dah.
" Aiden memang rapat dengan mereka semua Rina sejak pemergian Ain " ujar Umi Jannah tiba-tiba.
Izrina menoleh ke sebelah.
" Maksud Umi? " Izrina mengerutkan dahi tanda tidak faham ke mana arah perbualan mereka.
" Aiden tu. Sejak pemergian kakaknya, Ain Izrina. Ye nama macam kamu juga. Bezanya takde Ain. Dia sering berdiam diri. Duduk sorang-sorang. Nak bercakap pun payah apatah lagi senyum. Tapi setahun yang lepas, apabila Maira dengan Izz bawa dia ke sini.. Umi nampak perubahan dia.. Apatah lagi dengan Nisha.. Tempat ni selalu jadi tempat kegemaran arwah bermain.. Kira anak-anak yatim di sini memang rapat dengan keluarga Aiden.. Kalau Rina rasa pelik, memang. Sebab Aiden hanya mampu jadi macam ni dengan orang yang betul-betul dia percaya. Umi tahu kamu berdua saling kenal. " Umi Jannah menceritakan segalanya tentang Aiden. Seorang lelaki yang ada dua perwatakan.
" Hmm memang pun Umi. Kami satu tempat belajar. Kalau dekat uni , Aiden seorang yang serius. Sebab tu Rina rasa macam tengah tengok sisi dia yang lain. " Izrina melihat Nisha yang sedang marah Aiden apabila lelaki itu menjaringkan gol lagi.
" Rina sabar je lah dengan dia tu. Dia memang macam tu. Tak pandai nak tunjuk perasaan dia. " Umi Jannah tersenyum melihat gadis di sebelahnya.
Mungkinkah dia ini bakal merawat segala luka Aiden? Ya Allah jika benar, Kau satukanlah mereka.
¤¤¤¤
" Umiiii! Tengok abang ni hah. Taknak bagi chance langsung dekat Sha " marah Nisha apabila Aiden menggelakkan dia bersama adik-adik yang lain.
" Alahhh kak Sha. .Abang kan memang power main bola sepak.. Kakak patut mengalah je.. Hahah " Khalil mengusik Kak Sha nya.
Nisha menyipitkan mata apabila si kenit tu ber high five dengan Aiden. Bukan nak back up kakak dia malah lagi diusik.
" Takpe takpe. Kakak geng dengan girls je. Awak-awak semua kakak taknak kawan. Hmph! " Nisha menarik tangan adik-adik perempuannya berlalu ke arah Umi Jannah dan Izrina.
Khalil dan kanak-kanak lelaki lain ternganga. Merajuk ke tu? Alahaii.
" Ayokkk abang tak tahu hahahah pergi pujuk Kak Sha sana. Nanti kakak taknak masak untuk korang. Hah abang tak tahu " Aiden tergelak apabila semua mengejar Nisha yang merajuk itu.
" Kak Shaaaaa "
Nisha sembunyi senyum apabila adik-adiknya menjerit namanya. Hah pujuk lah pujuk.
Umi Jannah menggeleng kepala. Izrina pula tersenyum.
" Kak Sha. Sorry lah. Alahh kakak ni macam tak biasa pula. Kitaorang kan sayang kakak juga. " pujuk kanak-kanak itu.
Semua mencebik nak nangis apabila Nisha buat tak tahu je.
" Tak payah nak poyo lah Sha. Abang tahu kau dah okay. " Aiden memerli sambil menghirup air di dalam cawan.
" Haih abang ni spoil tahu tak. Yelahh kakak maafkan. " Nisha memeluk adik-adiknya apabila mereka berlari ke arahnya.
Mereka di situ tersenyum melihat betapa rapatnya kanak-kanak itu dengan Nisha. Nisha anak tunggal jadi dia rasa bahagia apabila di Titian Kasih ini.
" Aiden kenal dengan Rina ni? Rina kata kamu berdua satu uni " tegur Umi Jannah.
Izrina terbuntang mata. Hah pula dah!
Aiden tersenyum sinis. Play hard huh?
" Haah. Kenal. Stalker dalam diam Aiden dia ni. "
Semua ternganga mendengar nada selamba Aiden melontarkan kata-kata itu.
" Stalker!? "
" Kak Rina ni!? "
Aiden menahan gelak apabila Izrina dah nak meletup tu.
" Eh takdelah ! Memandai je kau kan. " geram Izrina. Suka hati mamat ni je cakap macam tu. Aku sepak karang baru tahu!
" Hahaha takde lah Umi , Sha. .Kenal gitu-gitu je. .Cuma tu lah, tiap kali mana ada Aiden, dekat situ juga ada dia ni hah. .takdir lah kot " Aiden melayan Eyna yang di pangkuannya.
Umi Jannah tersenyum kecil mendengar bicara Aiden manakala Nisha dah tersenyum penuh makna.
" Ohhhhhh.. Boleh jadi bakal zaujah ke ni Abang Aiden? " tanya Nisha tiba-tiba.
Izrina terdiam. Hah? Bakal zaujah!?
Aiden senyap. Dia memandang tautan jarinya dengan Eyna.
Umi Jannah hanya diam. Dia tak mahu memaksa namun tak nafikan dia suka akan Izrina ini.
Adik-adik yang lain juga tunggu jawapan Aiden.
" Mungkin? "
Jawapan Aiden itu terus mendapat sorakan adik-adiknya sebelum dia bangun.
" Aiden tumpang bersihkan diri ye Umi "
Aiden terus masuk ke dalam sambil tersenyum.
Izrina kaku.
Nisha dah gelak dengan adik-adik yang lain.
" Habislahh Rinaaa "Izrina hanya kaku. Apa yang dia dengar tu tak silap kan?
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...