Izrina cuba menutup mata namun terngiang-ngiang lagi perbualan dia dengan Badrul petang tadi di Skype . Apa yang diberitahu oleh Badrul itu agak mengganggu fikiran dia serta hati.Malah,dia masih ingat bagaimana kejadian lalu itu .
Flashback
Izrina menunggu muka Badrul terpampang di skrin laptop itu . Sebaik sahaja lelaki itu muncul dia terus menuju ke arah tajuk perbualan mereka.
" Weh macam mana Naufal boleh ada dekat KL ni ? Kenapa kau tak beritahu aku pun ? " Izrina terus menyerang Badrul bertubi-tubi.
Badrul tersentak. Salam tak bagi tiba-tiba serang dia ni apahal.
" Waalaikumussalam . Aku nak bagitahu tapi kau faham tak bila isteri aku tu bersalin , otak aku terus lupa . Ni pun aku baru teringat bila kau tanya . Sorry lah Rin " Badrul terus menjawab soalan Izrina . Memang salah dia pun . Ingatkan nak bagitahu Izrina sekali isteri dia , Sakinah itu bersalin . Dia terus lupa nak sampaikan berita itu sebab sibuk dengan urusan isteri serta anak dia.
Izrina menjeling tajam . Tahu lah dia lupa nak bagi salam tapi tak payah sindir .
" Sakinah dah bersalin ke ? girl or boy ? Weh tahniahhh ! Nanti aku balik , aku pergi lawat okay . Kita berbalik pada topik asal . Kenapa dia datang sini ? Dah berapa lama weh ? " Izrina meraup mukanya kesal. Dia terkejut sangat tadi jumpa mamat tu . Nasib baik ada Aiden yang tolong dia itupun mamat selenga tu tak tanya apa-apa.
" Dahh . Semestinya boy dan sehandsome aku hahaha ! Katanya Naufal dapat kerja dekat sana sebagai apa entah . Dah hampir tiga minggu tak silap aku kot . Itupun mak dia sibuk kecoh anak dia dapat kerja dekat KL . Menyampah aku dengar . " Badrul membuat muka menyampah apabila teringat betapa berlagaknya mak si Naufal itu . Angin je dia tengok !
" Lamanya dia dah dekat sini. Aku takut dia kacau aku lah . Kau faham kan kenapa . Ya Allah .. " Izrina cuba mententeramkan hati yang bergolak akibat seorang yang dia amat benci . Lelaki yang menjanjikan takdir mereka itu akan kekal tapi apa yang lelaki itu buat menyebabkan dia benci segalanya .
" Kau relax je lah . Kalau nampak dia , lari atau elak . Jangan kau layan sangat . Ni kau taknak tanya pasal ayah kau ke ? " tanya Badrul.
" Oh haah . Ayah macam mana ? Okay kan ? Duit yang aku bagi itu cukup kan ? " Bila teringatkan ayahnya ,dia terus lupa pasal Naufal . Yang penting sekarang ayahnya,satu-satunya permata dia .
" Alhamdulillah pak cik okay . Duit tu cukup lah . Ada lagi lebihnya ni . Kau jangan risau . Aku selalu juga jenguk dia . Kau tu jaga diri baik-baik . Apa-apa hal nanti aku call kau . " nasihat Badrul . Dia tak mahu gadis itu susah hati sebab dia tahu Encik Ahmad mesti taknak anak dia itu susah-susah balik semata nak jaga dia .
Izrina mengangguk . Tenang hati dia bila tahu ayahnya baik-baik sahaja di kampung. Mereka terus menghabiskan perbualan apabila Badrul harus pergi bekerja . Dia siap menyuruh Badrul untuk sentiasa melawat Encik Ahmad sampaikan lelaki naik muak dengar .
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...