2

10.2K 361 2
                                    

" Aiden! Jangan lari dulu. Sini! Penat mama buat sarapan tahu tak. " bebel Maira. Pening melihat Aiden yang sekarang ni. Sibuk mengalahkan perdana menteri!

Aiden tersengih. Baru nak lari keluar. Haih.

" Morning ma, pa "

" Morning. Asal terkejar sangat ni? Kelas lambat lagi kan? " tanya Izz. Dia melipat surat khabar yang dibacanya.

" Thanks wife " senyumnya pada Maira.

Maira tersenyum lalu duduk.

" Alahh pa. Nanti jalan sesaklah. Aiden nak cepat " rungut Aiden. Ye! Dia memang malas kalau ada kesesakan lalu lintas.

Dua tahun dah berlalu sejak kakaknya pergi. Sekarang ni dia tengah melanjutkan pelajarannya di UniKL. Yang lain? Semua dah redha dah dengan pemergian kakaknya itu. Setiap bulan pasti mereka buat kenduri tahlil untuk gadis itu.

" Nak cepat pun, makanlah. Hish budak sorang ni kan. Bertuah betul " geram Maira. Susah sangat nak tengok anak sorang ni dekat rumah. Payah!

" Yelah mama. Ok lah, Aiden pergi dulu. Assalamualaikum " sejurus dia salam kedua ibu bapanya, dia terus keluar.

Maira menggeleng kepala.

" Hah abang. Bila nak pergi kerja ni? " Maira mengemas pinggan yang digunakan Aiden tadi.

" Nak pergilah ni sayang oiii. Cara macam nak halau kita je haih " Izz tergelak kecil apabila Maira menjelingnya tajam.

" Mana ada. Memandai je eaa " geram tahu tak dengan suami dia ni. Sejak bila entah dah pandai buli orang sekarang ni.

Mencikk taw dengan abang ni! Eyyyy..

" Hahahaha yelah yelah. Dah jom teman abang ke depan. Nanti baru kemas semua ni " Izz terus menarik lengan Maira.

Maira memandang Izz di hadapannya. Dia tersenyum melihat susuk tubuh suaminya itu dari belakang.

" Heyy! Berangan hah berangan hahaha " Izz memetik jarinya.

Maira terpinga-pinga. Dia tersenyum malu apabila Izz masih tergelak kecil. Nampak sangat dia ni kuat berangan. Haih.

" Heheh sorry. Hati-hati okay abang. Jaga diri. Balik tak lunch nanti? " Maira menyerahkan briefcase Izz lalu menyalami tangan suaminya.

" Ye sayang ye. Balik lah. Abang selama ni memang balik makan kan kalau lunch. " Izz tergeleng kepala apabila melihat Maira tersengih kecil.

Maira melambai apabila kereta Izz mula keluar dari garaj.

Akhirnya sepi balik. Ya Allah, aku rindu. Ain, mama rindu kamu sayang.

Maira mengemas meja makan tadi. Selepas itu, dia naik ke atas untuk mengambil baju kotor. Haih penat juga jadi suri rumah ni.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik arwah. Bilik itu masih sama sampai sekarang. Dinding-dinding bilik penuh dengan gambar polaroid yang tergantung.

Gambar dia bersama Izz.

Gambar Aiden bersama arwah.

Gambar mereka sekeluarga.

Gambar arwah.

Terlalu banyak kenangan yang tersimpan dalam setiap gambar.

Setiap gambar ada cerita tersendiri.

Ya Allah. Hati ini terlalu rindu akan diri arwah.

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now