Special Raya

6.5K 157 10
                                    

Sebelum baca ni, nak diingatkan ni sebelum dorang kahwin okay. 😂

Dia memandang kedai 7e yang berada di hadapan matanya. Kalau tidak disebabkan rasa lapar yang melampau, tak adanya dia nak jejak kedai 7e yang paling dekat ni. Kau ingat 7e ni barang dia murah?!

Kringg!

Aduh segannya. Dia cuma sengih sahaja bila kakak kaunter tu pandang dia. Yelah siapa je sanggup pergi 7e pukul 2 pagi woi kecuali budak lelaki yang rajin melepak.

Laju kakinya melangkah ke arah bahagian terletaknya maggi cup. Namun kakinya terhenti apabila nampak susuk tubuh yang sangat dia kenali.

Musuh dekat universiti!

" Ehh mangkuk, kau buat apa dekat sini? " tegur suara yang sangat dia kenali.

" Cari makanan, takkan cari jodoh pula " balas Izrina bengang.

Aiden berdecit geram. Orang tanya baik-baik apa, eh tapi kau panggil dia mangkuk tu kira sopan ke Aiden oi!

Baru habis lenjan main bola terus tiba-tiba lapar, itu pasal dia jejak kaki dekat sini. Tempat yang mama dia sendiri kurang galakkan dia jejak.

Izrina di sebelah dikerling sedikit. Agak terkejut sebenarnya bila nampak gadis itu di sini. Berani betul keluar pagi-pagi buta. Eh tapi naik apa?

" Weh minah "

" Aku ada nama okay! Baik-baik mak ayah aku bagi nama punya cantik , sedap kuali je kau panggil aku itu ini! " geram Izrina. Mata menikam tajam wajah Aiden di sebelah. Mak haih! Awat tinggi sangat!

Aiden sengih kecil. Hish marah pula.

" Aku nak tanya, kau pergi sini naik apa? " soal Aiden terus.

" Jalan kaki "

Dehekk!

Terbuntang mata Aiden sebaik sahaja dengar jawapan Izrina itu. Jalan kaki!? Pagi buta ni!? Nak mati ke perempuan!?

Ini memang berani mati sangat ni!

Izrina tersenyum lebar sebaik sahaja jumpa perasa yang paling dia nak. Baru sahaja dia nak capai, ada tangan lain yang laju ambil tanpa rasa serba salah.

" Wehh! Itu aku punya lah tonjang!  " kecil besar kecil besar je Izrina tengok si Aiden ni!
" I found this first so it's mine. Kau nak, kau ambil yang lain " dengan muka tak ada perasaan, Aiden menayangkan maggi cup perasa tom yam itu.

Izrina rasa nak naik angin je sebab itu yang paling last. Yang lain cuma tinggal kari dan ayam je. But she want that flavour!

" Tak, yang jumpa maggi tu aku dulu okay! Kau berlama-lama dekat sini takkan tak jumpa dulu tadi! " marah Izrina.

" Dah aku tak nampak dia terselit tepi tu, nak buat macam mana. Alang-alang kau dah jumpa, aku ambillah. Terima kasihh " Aiden memaniskan muka walaupun hakikatnya dia bukan nak pun perasa ni. Sengaja nak naikkan angin minah sebelah.

Izrina mengetap giginya menahan geram dengan Aiden. Benci tengok muka kuali sebelah ni! Dengan geramnya dia capai je apa entah perasa lalu bayar ke kaunter sana.

Segan kakak itu senyum mengusik apabila dia sampai di kaunter. Mesti kakak itu fikir entah pape pasal mereka ni.

Kak, pleaselah. Saya dengan dia itu musuh abadi yang amat. Nasib baik tak meletop kedai 7e ni.

" Terima kasih kak " dengan senyuman manis Izrina keluar meninggalkan kedai itu.

Melihat Izrina yang melangkah keluar menyebabkan Aiden turut mengikut jejak langkah gadis itu. Nak tengok sama ada betul ke Izrina jalan kaki ke sini?

Takdir KitaWhere stories live. Discover now