" Aiden ? "
Aiden tersentak . Dia menoleh ke belakang .
" Eh mama . Kenapa ? "Maira tersenyum kecil . Dia tengok Aiden dari tadi termenung jauh sampaikan dia panggil berkali-kali pun tak menyahut .
" Anak mama ni kenapa? Jauh termenung. Fikirkan apa? " Maira menepuk perlahan bahu anaknya. Inilah satu-satunya permata hati dia yang tinggal bila Ain pergi. Aiden nilah yang sekarang selalu tanya tentang keadaan dia. Dia sendiri pun terharu bila Aiden ambil tindakan taknak pindah keluar bila dah bekerja semata untuk jaga dia.
" Ma , can I ask you something ? " Aiden menerawang ke hadapan. Otak dia sekarang sarat dengan hati dia dan Izrina.
" Sure. Apa dia ? " tanya Maira.
" Cinta tu apa ? "
Maira terpana. Dia termangu sekejap dengan soalan Aiden itu. Dah kenapa anak dia tiba-tiba tanya pasal soal hati dan perasaan ni? Something happen ke? Aiden patah hati ke?
" Mencintai seseorang kerana ketaqwaan kita pada Allah adalah sebenar-benarnya cinta. Disinilah letaknya kebahagiaan dalam cinta . Faham maksud mama? Aiden tanya dekat diri sendiri. Aku sayang dia sebab apa? Sebab Allah atau sebab nafsu? Cinta sebab nafsu tak bawa ke mana pun. Tapi kalau cinta sebab Allah , Aiden akan niat nak nikahi dia. Jangan bawa dia ke jalan yang sesat. Kalau cinta atas redha Allah , Aiden akan kecapi bahagia. Tapi kalau Aiden masih rungsing. Istikharah sayang. Kita ada jalan , jadi jangan susahkan jalan yang mudah. Boleh terima pendapat mama? " Maira memandang anak teruna dia. Dia tahu Aiden faham maksud dia. Dia tahu Aiden mampu buat keputusan yang betul.
" Faham ma. Aiden boleh terima. Tapi bagi Aiden masa untuk kenalkan dia okay. Haha kitaorang pun kawan je sekarang. But one day, In Sha Allah mama akan nampak Aiden naik pelamin juga. Thankyou mama. " Aiden memeluk tubuh Maira. Dia sayang wanita ni sepenuh jiwa dia. Tanpa mama dia, dia takkan mampu berdiri dekat dunia ni.
Maira menepuk bahu Aiden perlahan. Dia faham apa yang Aiden rasa. Dia tahu Aiden masih bermain dengan perasaan dia sendiri. Semoga Allah beri petunjuk yang sebenar-benarnya kepada Aiden.
" Mama harap bakal menantu mama tu tak macam sotong lah ye. Serabut mama nanti " usik Maira.
" Hahah taklah ma. Dia savage haha! " Aiden tergelak apabila teringat macam mana savagenya seorang Nurul Izrina.
Maira ikut tergelak bila Aiden cakap bakal menantu dia tu savage habis. Fuh macam Sara lah ni. Hahaha!
" Dah lah. Mama nak masak. Nanti berbuka kang takde makanan pula. Mama masuk dulu " Maira terus bangun masuk ke dalam. Dah petang sangat ni.
Aiden hanya menghantar mamanya dengan pandangan sebelum melihat ke atas.
Aku harap takdir menyebelahi kita, Rina. Aku harap kau adalah pemilik tulang rusuk aku. Kalau bukan, aku redha. Sebab aku tahu semua yang terjadi ada hikmah dia. Allah hantar kau dalam hidup aku bersebab. Dan aku harap ianya sebab yang baik. Semoga kita dapat bersatu. Aamiin.
Petang itu, Aiden menikmati saat-saat indah dengan hati yang tenang. Ayat yang dilontarkan mamanya cukup buat dia tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ni.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romansa[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...