Riuh-rendah suasana di Titian Kasih itu apabila semua sibuk menyiapkan persiapan untuk kenduri malam ini.Aiden juga ke hulu ke hilir bawa barang-barang yang hendak digunakan untuk memasak.
" Uit abang , rugi kan Rina tiba-tiba ada hal pula malam ni . Kalau tak , boleh kenal dengan bakal mak mertua. " usik Nisha sambil memandang Maira yang menyusun kuih-muih di atas meja sana bersama Umi Jannah .
" Merepek hah merepek . Abang sepuk anak dara ni karang baru tahu. Ni angkat barang ni hah bawa masuk dalam sana . " Aiden menyerahkan plastik yang penuh dengan barang ke arah Nisha . Dia menggeleng kepala apabila Nisha menjelingnya. Tiba-tiba kaitkan nama budak tu dah kenapa ? Haihhhh..
Nisha menjeling Aiden sebelum mengambil barang-barang itu semua lalu berjalan masuk ke dalam rumah . Itupun nak marah,tahulah rindu juga dengan Rina tu kan . Eyyyy !
****
Maira menyusun segala jenis kuih ke dalam tray itu sambil dibantu oleh Umi Jannah.Rasa lama juga dia tak datang sini sampaikan dia tak tahu ada anak yatim yang baru masuk.
" Lama tak jumpa Maira. Sekarang baru ada peluang jumpa kan ? " tegur Umi Jannah . Dia rasa bahagia tengok anak-anak yatim di sini semua senang dengan kehadiran mereka ini.
" Maaf Umi. Maira cuma ambil masa nak biasakan diri dengan pemergian arwah. " Maira tersenyum miris apabila teringat bagaimana arwah Ain dulu cukup gembira berceritakan tentang tempat ini.
Flashback
Ain memeluk erat lengan Maira yang duduk di sebelahnya. Sekarang ni mereka berdua je di rumah sebab Aiden dan Izz sudah keluar berdua.
" Mama, kalau nanti satu hari Ain pergi kan.. Mama tolong jagakan Titian Kasih ye. Jaga Umi, jaga Nisha. Jagakan adik-adik dekat sana. Boleh ye mama? " Ain mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat reaksi Maira.
Maira terkedu.
" Hish apa cakap macam ni? Ain takkan pergi mana-mana. Kita akan jaga Titian Kasih tu sama-sama okay. " Maira cuba menyedapkan hati dia. Entah kenapa tiba-tiba Ain bangkitkan hal macam ni. Sebak hati seorang ibu.
Ain tersenyum. Dia tahu mamanya sedih tapi dia hanya cakap benda yang betul je. Tak salah pun kan.
" Ain cakap awal-awal je. Ain sayang mereka semua. Tu family Ain juga. I'm happy when I have them. Mama janji taw jaga mereka semua " Ain mengeratkan pegangannya. Dia mahu Maira janji supaya jaga mereka semua tu.
" Ye ye mama janji " Maira menggosok kepala Ain sambil tersenyum kecil.
Ain tersenyum apabila mamanya berjanji dan dia tahu mamanya akan tepati janji itu.
Maira mengelap air mata yang mengalir. Tiba-tiba dia teringat perbualan itu.Mama dah tunaikan janji mama. Mama akan jaga mereka semua, Ain. Tenanglah anak mama dekat sana ye.
Umi Jannah tersenyum miris apabila melihat muka sedih Maira. Dia tahu wanita itu teringatkan arwah. Dia sendiri masih ingat bagaimana arwah selalu datang bermain dengan anak-anak yatim di sini, mengajar mereka dan membawa makan serta barangan untuk mereka.
Pemergian Ain memberi impak yang besar untuk mereka. Malah, anak-anak yatim itu juga sering bertanya ke mana Kak Ain mereka. Namun, lama kelamaan mereka semua redha dengan pemergian arwah. Hadir Aiden sebagai abang mereka membuatkan rindu itu terubat.
¤¤¤¤
Izrina mengeluh panjang. Patutnya malam ini dia berada di rumah anak yatim itu. Tapi apabila terkenangkan yang Aiden pasti ada di situ , dia menolak ajakan Nisha itu. Bukan apa, dia malas nak jumpa lelaki itu. Menyampah!
" Nanti mulalah perang jadi kalau aku jumpa dia, so better aku tak payah datang . Nasib baik Nisha tu terima je penolakan aku " bisik Izrina perlahan.
Ni kalau kawan-kawan dia nampak dia cakap sorang ni, mahu dicop kena penyakit gila ni. Haih. Daripada dia serabut fikir semua tu, baik dia turun makan. Perut dah berbunyi drum dah ni. Hanis pun mesti dah siap masak.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Storie d'amore[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...