Aiden memandang gadis di sebelah dia itu. Dari tadi diam je minah tu. Nak tanya nanti kang kena sembur pula. Tapi dia masih tertanya-tanya siapa lelaki tadi itu.
" Thankyou "
Aiden menoleh seketika lalu memandang ke depan.
" Untuk ? "
Izrina mengeluh.
" Yang tadi tu. Lepastu pergi klinik tadi. Bil ubat tadi " Izrina menerangkan satu-satu kenapa dia berterima kasih. Dia malu sebenarnya bila Aiden bayarkan bil perubatan dia tadi. Bukan dia taknak tapi lelaki tu yang tegah.
" Ohh small matter lah. Esok kau cuti je dulu. Kak Ina akan ganti kau. Make sure dapatkan rest yang cukup. "
Izrina mengangguk mendengar kata-kata Aiden. Dia memandang kaki dia yang berbalut itu. Rasa macam susah juga dia nak berjalan nanti ni. Aduhaii.
Bzz! Bzz!
Izrina mencari telefonnya dalam beg.
" Hello Win "
" Wehh kau dekat mana? Aku terserempak dengan Riq tadi sampaikan lupa kau weh. Kau okay tak? Dekat mall lagi ke? Aku dah sampai kondo wehh. "
Izrina menahan gelak mendengar gelisahnya Wina itu. Sesekali dia terdengar Amanda memarahi gadis itu. Risau sangat ni.
" Aku dah on the way balik. Its okay lah. Kejap lagi dah nak sampai pun "
" Dengan apa kau balik ni? Manda dah bebel marah aku huarghh sorry Rinaaa "
" Aku balik dengannn "
Izrina menjeling Aiden di sebelah. Dia tahu lelaki itu pun menanti jawapan dia. Aduhh.
" Aku balik dengan Aiden. Cakap dengan Manda aku okayy. Ok lah byee "
Sebelum dia meletakkan panggilan, dia terdengar jeritan Wina itu.
" Aiden?!! Wehh kejapp! "
Aiden tersenyum kecil apabila dengar Izrina mengaku balik dengan dia. Sah yang lagi dua tu meroyan.
" Dah sampaii. Nak aku tolong sampai atas tak? Barang kau tu pun banyak " Aiden menunjuk ke seat belakang yang penuh barang dapur itu.
" Eh takpe lah. Susahkan kau je " Izrina menolak dengan cara baik.
Aiden merengus geram. Itu pun masih degil lagi minah ni lah. Menyampah betul. Tanpa menunggu lama, dia keluar lalu membuka pintu untuk Izrina.
" Jom. Aku tolong kau. Tak payah acah nak kuat sangat. Anggap je takdir aku terjumpa kau lepastu jadi macam tadi tu " Aiden menolong Izrina berdiri. Pegang berlapik okey!
Izrina menjeling tajam.
" Tak payah nak mention takdir bagai ni boleh tak. Benci lah aku " Izrina berdiri perlahan-lahan kerana kakinya sakit bila menapak.
Aiden mengeluh. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan kebencian terhadap takdir tu. Pahal entah minah ni.
¤¤¤¤
Amanda membuka pintu apabila loceng kedengaran.
" Siaap...paa " terdiam Amanda bila melihat Aiden yang memapah Izrina di hadapan pintu ni. Dengan barang dapur lagi.
" Kau nak tunggu sampai bila kitaorang berdiri macam ni? Pimpinlah budak ni Manda oii " sindir Aiden. Boleh pula gadis itu terkaku melihat dia dengan Izrina depan pintu ni.
Amanda terus bergegas memimpin Izrina masuk ke dalam. Aiden pula mengangkat barang-barang dapur itu.
" Eh Aiden.. " ujar Wina.. Baru dia ingin menegur, dia terus menerpa ke arah Izrina yang jalan macam tak betul dah tu.
" Wehhh kenapaa kau nii? " risau Wina. Dia membelek kaki Izrina yang berbalut itu.
" Terseliuh. Aku jatuh je tadi " Izrina cuba untuk mengelak daripada cerita benda yang sebenar. Dia tak mahu sahabat-sahabat dia tahu cerita apa yang jadi tadi.
" Aku balik dulu. Rin, ingat. Esok cuti. Lagi dua hari baru kau kerja balik. " sempat Aiden menasihati gadis itu sebelum pulang.
Amanda dan Wina yang melihat itu tersenyum kecil. Macam pasangan kekasih dah mereka ini.Izrina mengangguk. Prihatin sangat dah kenapa? Hati dia berdegup laju je kot bila lelaki tu acah sweet macam tu. Hishh.
Sebaik sahaja Aiden balik, dua sahabat dia tu pandang dia macam nak telan. Malas nak layan, dia terus jalan ke bilik. Jeritan mereka itu tidak dia hiraukan. Hahaha!
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
عاطفية[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...