Izrina tergelak apabila Nisha diusik oleh Umi Jannah . Bukan main muncung lagi gadis itu apabila diusik oleh uminya .
" Apa umi ni ? Kitaorang baru sesi taaruf je . Belum plan apa-apa lagi lahh " rungut Nisha . Malu tahu tak dia bila Izrina asyik gelakkan dia je .
" Ehh umi tengok Safwan tu macam nak dekat awak je . Apa salahnya ? Umi pun nak tengok anak umi ni naik pelamin juga . Entah bila umi dapat tengok kan . " usik Umi Jannah . Dia tersenyum kecil bila mengingatkan Nisha yang sudah nak dipinang .
" Aduhh Umiiiii .. Suruh abang kahwin dulu lah . Hah tu tuan punya badan tu " cepat-cepat Nisha menunjuk ke arah Aiden yang berjalan ke arah mereka .
" Hah apa ? Mengumpatkan orang lah tu " ujar Aiden sebelum melabuhkan duduk di sebelah Izrina.
Umi Jannah dan Nisha tersenyum tengok pasangan itu . Muka mereka nampak sinar kebahagiaan yang bakal tercapai satu hari nanti .
Umi harap Aiden mampu jaga Rina dengan baik sebab dia dah lalui pelbagai cabaran dalam hidup dia . Jadi pelindung yang mampu jaga dia bukan sakiti dia . Umi tahu Aiden sayangkan dia . Umi kenal anak umi .
****
" Okay ? "
Izrina menoleh ke sebelah . Dia melihat tubuh badan dia sendiri , ni nampak tak okay ke ? Apa punya soalan mamat ni bagi .
" Okay je . Nampak tak okay ke ? Kau ni pelik lah " ujar Izrina . Dia tergeleng kepala melihat perangai Aiden semenjak pemergian ayahnya . Boleh dikatakan lelaki itu selalu tanya khabar dia . Dia buat apa . Dia dekat mana . Dia okay ke tidak . Rasa macam dia ni betul-betul tunang lelaki tu pula .
" Saja tanya . Naufal masih kacau kau ? " Aiden memandang gadis itu .
Izrina tersentak . Dia teringat apa yang jadi minggu lepas .
" Ada . Minggu lepas dia datang rumah masa Wina outstation . " hilang semua senyuman di wajah Izrina bila mengingat apa Naufal buat dekat dia dulu .
" Kenapa tak cakap ? " tegas Aiden . Ni yang dia risau ni . Payah betul bila Izrina ni keras kepala .
Izrina tergelak kecil melihat muka serius Aiden . Dia tak takut tapi rasa lawak pula .
" Tak penting pun . Aku tak buka pintu lah . Jangan risau okay . " Izrina tersenyum bagi menyakinkan Aiden . Dia tahu lelaki itu risaukan dia tapi dia taknak lah asyik bergantung pada Aiden je . Sekarang ni pun dia dah dengar gosip antara dia dan Aiden . Dan semestinya semua burukkan dia . Tapi melihat Aiden seperti buat relax je , dia pun buat benda yang sama . Niat dia datang kerja cuma setakat nak jalankan tugas dia bukan lebih dari itu .
Aiden menggeleng kepala melihat Izrina . Dia dah cakap dah Izrina ni memang keras kepala . Cakap lah seribu satu nasihat pun , dia percaya Izrina cuma akan dengar sedikit je . Keras kepala ! Nasib baik sayang , kalau tidak kena sekel gadis itu nanti .
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...