3

9.5K 340 3
                                    

Aiden menyapa rakan-rakannya yang berada di cafe itu.

" Yo! Sorry weh lambat. Mama aku macam biasa lah suruh breakfast dulu. " Aiden mengucapkan maaf apabila sampai di meja itu.

" Small matter lah. Kitaorang faham je. " Akmal, sahabat baik Aiden tersenyum memaafkan. Dia tak kisah pun. Sebab dia tahu keluarga Aiden ni macam mana. Lagipun Aiden sekarang satu-satunya anak mereka kan.

Aiden mengangguk. Dia bersyukur ada sahabat seperti Akmal dan Afriq. Mereka nilah yang setia dengan dia sampai sekarang. Yang lain? Hah. Aiden bukan jenis orang yang mudah percayakan stranger. Cukuplah bagi dia mempunyai sahabat yang sedikit yang boleh dia percaya sampai sekarang.

Kalau kita ada ramai kawan pun tapi masing-masing acah berlagak macam akan stay padahal nanti blah jugak pun takde makna ! Jadi baik kita ada sedikit tapi rasa macam ramai . Lagi priceless !

" Bro , kau dah siapkan belum kerja yang Madam Zira bagi haritu ? Kau ni kalau tak diingatkan , memang melayang semua ingatan kau " bebel Akmal . Dia bukan kenal sehari dua si Afriq ni , bertahun malah ! 

Aiden menggeleng kepala apabila Akmal mula membebel macam perempuan . Tak dinafikan antara mereka bertiga , si Akmal ni serupa mak-mak sedikit . Kalau bab ceramah ke tarbiyah ke bebel ke , serah je dekat Akmal ni . Memang padu ! Mangsa utama siapa lagi kalau bukan si Afriq hahahahhhah ..

Afriq menjeling Akmal yang mula perangai mak-mak tu . 

" Dah lee ! Mana taknya tho , mamat ni dok hantar mesej je suruh siapkan . Agak-agak ah nak spam pun . Hishh ! Macam aku pelupa sangat je " Afriq merungut apabila mengenangkan hari-hari dia yang bertimbun dengan gangguan daripada Akmal . Asyik-asyik naik nama mamat tu je dekat noti . Erghh !

" Memang pun kau pelupa . Kau kalau dah hadap game , mana nak pandang benda lain dah . Nasib baik solat kau pandang lagi . Kalau tak , memang kena ah dengan si Akmal ni . " Aiden menjawab tanpa memandang Afriq yang ternganga tu . 

Afriq ternganga mendengar jawapan daripada Aiden . Ingatkan nak back up le tadi tapi alih-alih kena hentam . Peh gitu sahabat ek ! Nak merajuk ni !

Akmal tergelak melihat muka cemberut Afriq akibat dihentam bertubi-tubi oleh Aiden . Afriq ni jenis budak-budak . Kira Afriq ni macam adik lah dalam group tu . Manja tak bertempat ! 

Aiden pula seperti anak kedua . Dalam serius itu ada lawaknya juga . Cuma sejak kakaknya meninggal , dia kurang ramah dengan orang luar . Siap dapat Mr.Heartless lagi dekat uni tu . Tapi kalau bab fans , memang Aiden yang menanglah . Mamat ni walaupun serius tapi ramai peminat . Abang football uni katapun . 

" Hahahah dah lah woi . Jom masuk ke kelas . Kang bising pula Madam Zira tu " Akmal mula bangun diikuti Afriq dan akhir sekali Aiden . 

Namun orang kata malang tak berbau . Saat Aiden ingin berpusing , dia terlanggar seseorang yang berlari ke arahnya dari belakang . Akhirnya ,

Bukk ! 

Tubuh itu terjatuh di lantai . Habis segala pen , kertas dan fail jatuh bertaburan . 

Aiden mengusap bahunya yang sakit dilanggar .

" Weh Izrina ! Kau okay ? " jerit Amanda yang datang termengah-mengah bersama Wina . 

Aiden mengangkat kepala apabila terdengar nama yang tidak asing lagi itu . 

Izrina bangun ingin meminta maaf namun apabila terpandang lelaki itu , dia terus merengus geram . 

" Seems like fate make we meet again huh ? " dari nada sinis lelaki itu sahaja dah buat dia nak muntah . 

" Fate hutak kau lah ! Jangan harap aku nak minta maaf ! " marah Izrina . Menyampah tengok lelaki itu . Dalam ramai-ramai lelaki dekat uni ni kenapa lah mesti mamat ni juga yang selalu bertembung dengan dia !

Lagi empat pasang mata hanya diam tengok drama di depan mata ni . Mereka dah lali sangat dah dengan sejoli ni . Hampir tiap hari akan bertembung dan akhirnya Aiden juga yang akan menang .

" Huish manner cik kak manner . Kan aku dah cakap yang takdir memang nak dekatkan kita . Tengok sekarang , pagi-pagi dah nampak muka sememeh kau . Terima jelah fact . " sejurus berkata begitu , Aiden terus melangkah pergi diikuti sahabatnya . 

Izrina menahan diri daripada menjerit geram . Mamat tu tak habis-habis dengan dia punya fakta tentang takdir . Boleh jalanlah dengan takdir dia tu ! Ingat aku percaya ke benda macam ni ! Erghh ! 

Amanda menggeleng kepala melihat Izrina yang laju ke depan itu . Sahabat dia tu kalau bab takdir memang anti habis ! Haih ..

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now