Izrina menunggu Aiden habis tanda tangan semua dokumen penting itu. Tak lama lagi nak raya. Tapi entah kenapa semangat raya tu takde.
" Nahh " hulur Aiden.
Izrina mencapai dokumen itu sebelum ingin melangkah keluar. Namun langkahnya terhenti bila Aiden menegur.
" Iye? " tanya Izrina.
" Raya ni kau balik sana ke? " Aiden memandang gadis itu. Yelah sebab sekarang ni gadis itu sebatang kara. Macam mana nak hm sambut raya?
Izrina tersenyum miris.
" Tak kot. Sebab saya rasa macam takde feel nak raya. Kenapa Encik tanya? " Izrina mengerutkan dahi. Dia pelik sebenarnya tiba-tiba Aiden bertanya.
" Bagus. Then. First day raya datang rumah aku. Nanti aku send alamat. No excuse " ujar Aiden laju.
Izrina ternganga. Dia tak salah dengar kan?
" Dah pahal pula saya kena datang rumah Encik? Apa kaitan??? " geram Izrina. Takde masa weh dia nak pergi sana. Bukan dia ada hubungan apa-apa pun.
" Choose. Pergi atau aku tolak gaji kau 50% ? " ugut Aiden. Dia memandang gadis itu dengan senyuman sinis.
Izrina menajamkan pandangan dia. Mamat depan dia ni sekarang main ugut pula ! Menyampah lah!
" Pergi je lah. Aku nak kenalkan kau dengan mama aku. Lagipun nama kau hampir sama dengan kakak aku. Ain Izrina. Faham tak? " jelas Aiden. Dia niat mula-mula nak bawa Izrina kenal mama dia sebab biar mama dia rasa Ain masih ada tapi tiba-tiba rasa macam nak kenalkan sebagai bakal isteri pula. Sebab dia dah dapat petunjuk dia. Dan dia yakin.
Izrina termangu. Mula-mula tu tak faham tapi lama kelamaan dia faham apa niat Aiden.
" Okay lah. Nanti Encik send alamat. Boleh saya keluar sekarang? "
Melihat Aiden mengangguk, Izrina terus berdesup keluar. Makin lama makin serabut otak dia. Haih.
¤¤¤¤
" Iye aku tak balik. Kau jangan risau " ujar Izrina. Sekarang ni dia tengah berbual dengan Badrul sebab mamat tu call cakap jangan balik kampung raya ni.
" Aku risau lah! Kau tu seorang. Lepastu aku pula kena balik kampung Sakinah. Nanti Naufal tu ada chance nak ganggu kau. " marah Badrul.
Izrina tergelak dengar nada marah Badrul. Lelaki itu risaukan dia sangat sampai terbawa marah.
" Aku tak balik. Kau jangan risau. Aku tepati janji okay. Dah lah, aku penat ni. Nak tidur. " ujar Izrina sambil menguap. Mungkin kerja banyak sampai penat. Nak nak lagi tengah puasa.
" Okay lah. Kau jaga diri. Apa-apa call aku atau Kinah. Bye " nasihat Badrul. Dia teramat risaukan gadis itu.
Esok paginya , Izrina terkejut bila Aiden call cakap dia dekat bawah. Siap suruh pakai baju simple je.
" Nak pergi mana ni? " Izrina memandang orang sebelah. Sepanjang jalan dia tanya tapi satu pun tak jawap.
Aiden pula dah naik bosan dengar soalan yang sama.
" Beli baju raya kau. Dah diam. Before aku buat benda tak sepatutnya nak tutup mulut kau " ugut Aiden.
Izrina terus terdiam. Dia menjarakkan diri sedikit. Aiden ni bukan boleh percaya sangat. Otak mereng!
Aiden menahan gelak. Tahu cuak gadis itu. Lain kali membebel lagi serupa orang tak puasa je. Naik sakit kepala dia.
Sebaik sahaja sampai di Jalan TAR tu. Mereka berjalan sambil mencari baju yang sesuai untuk Izrina. Itu pun sebenarnya Aiden nak ke butik tapi Izrina paksa pergi sini.
" Okay ke? " Izrina menunjukkan satu jubah. Jubah mint green ada corak floral.
Aiden mengangguk okay.
" Then ambil ni je. " putus Izrina.
Aiden tersenyum. Senang je minah ni kalau belanja. Tak menyusahkan dia. Lepas lah ni jadi calon isteri. Hahahah!
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...