Izrina berjalan selaju yang dia mampu. Dia tak kisah kena lari dengan heels ni, baju kurung lagi. Tak! Dia tak kisah! Asalkan dia dapat lari daripada Naufal. Kenapa mesti terpacul dekat depan syarikat ni?! Bangang ke apa!?
" Izrina ! " jerit Naufal.
Orang sekeliling dah pandang semacam. Macam tengah tengok drama suami isteri dah. Kak Ina yang melihat Izrina berlari itu mengerutkan dahi. Kenapa gadis itu macam ketakutan? Bukan patut dia keluar lunch dengan Aiden ke tadi?
Izrina terus berlari. Dia dah menggigil habis dah ni. Sedikit je lagi pintu masuk tu. Cepat lah Rina!
Aiden yang baru melangkah ke arah pintu bersama Akmal hampir terjatuh bila Izrina terlanggar. Dia memegang sisi tubuh gadis itu daripada jatuh. Dia mengerutkan dahi apabila rasa tubuh itu menggigil habis. Macam ketakutan. Tapi takut apa?
Izrina mengangkat kepala melihat siapa yang menolong dia.
Aiden!
Melihat Naufal semakin hampir dengan mereka, Izrina terus menyorok di belakang Aiden.
Akmal menggosok matanya. Dia tak salah nampak kan bila tengok gadis itu berlindung di belakang Aiden? Dia tak salah masuk alam lain kan?
" Rina "
Aiden mengangkat kepala. Dia tersenyum sinis bila tahu kenapa Izrina macam ketakutan.
Naufal.
" Kau nak apa ni? " sindir Aiden. Dia berdiri di hadapan Izrina bagi menghalang lelaki itu mengambil gadis dia. What? Gadis dia? Fuh gila kau Aiden.
" Aku nak jumpa Rina. Ke tepi. " marah Naufal. Penat dia tunggu gadis itu balik lunch. Bila dah nampak, kena kejar pula. Sekarang ni apa? Hadap jantan selenga ni?
Aiden mengeluh kasar. Jenis tak faham bahasa agaknya jantan ni.
" Dia tunang aku. Masalah kau sekarang ni, kau nak jumpa tunang orang. Siapa kau nak halang aku ? "
Dush! Satu das Aiden bagi dekat Naufal tu sampai terdiam jantan tu.
Tapi tidak bagi Akmal. Tunang? Aiden cakap Izrina tunang dia? Woo dia terlepas apa ni?
Izrina hanya diam. Dia menggenggam erat belakang kot Aiden. Sehabis boleh dia taknak Naufal nampak seinci pun tubuh dia.
" Lebih baik kau blah sebelum aku halau kau macam binatang. " ujar Aiden pedas.
Naufal yang geram terus berjalan pergi. Dia akan pastikan satu hari nanti dia berjumpa dengan Izrina tanpa Aiden. Izrina itu milik dia. Takdir akan satukan mereka.
Aiden memandang tubuh Naufal yang menjauh. Dia sebenarnya pelik. Pelik apa kaitan Izrina dan Naufal. Kenapa Izrina takut dengan Naufal. Apa kisah mereka sebenarnya.
" You owe me a story bro "
Aiden memandang Akmal di sebelah. Hah ni yang payah ni. Dia lupa Akmal ada, sampai terus cakap Izrina ni tunang dia.
" Nanti lah aku cerita. Sekarang ni, aku hantar minah ni balik dulu. " Aiden terus membuka kot dia lalu disangkut pada bahu Izrina. Berpeluh dah gadis tu.
Izrina tersentak. Dia pun nak balik. Sekarang ni otak dia macam stuck nak buat kerja. Nasib baik jadual Aiden free lepas ni.
Akmal mengangguk lalu memandang pemergian pasangan itu. Dia pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Tapi apa?
Tbc
Tahu aku spam chapters malam ni. Sorry. Cuma aku nak tepati janji nak habiskan before next year.
YOU ARE READING
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...