Rasa macam baru sekejap je mereka kahwin. Sekarang dah dekat dua bulan. Wina dan Afriq pun dah kahwin dah. Semua kawan dia dah kahwin. Ya Allah. Bahagianya. Tapi kebelakangan ni dia tengok Aiden pelik semacam. Lelaki itu macam ada sembunyikan sesuatu.
" Rin. Lah kenapa masak ni? Mama baru nak masak " ujar Maira sebaik sahaja masuk ke dapur.
" Eh mama. Takpelah. Tengah hari ni biar Rin masak untuk kita semua. Mama duduk je tengok okay haha " Izrina sambung memotong sayur yang tergendala tadi. Okay mesti pelik kan kenapa mereka tak duduk rumah sendiri. Sebabnya Izrina taknak. Dia rasa lebih baik mereka duduk bersama Maira dan Izz. Takde lah Maira sunyi bila mereka dah keluar rumah. Lagipun dia tahu betapa Aiden sayang ibu bapanya.
Maira menggeleng kepala. Macam-macam hal menantu dia seorang ni. Dia suka betul bila duduk bersama Izrina ni sebab setiap kali mereka duduk berbual mesti dia rasa macam duduk bersama Ain. Izrina selalu mencuit hati dia dengan tingkah lakunya.
" Rin dengan Aiden okay? "
Izrina diam. Sebenarnya dia nak cakap dia rasa tingkah laku Aiden kebelakangan ni pelik sedikit tapi dia rasa tak perlu.
" Okay je mama. Kitaorang bahagia je selama ni. Mama jangan risau okay. " ujar Izrina. Dia cuba untuk menjaga aib rumah tangga dia. Takkan dia nak menjaja cerita pasal masalah mereka dekat orang lain.
Maira mengangguk. Baguslah kalau takde apa-apa masalah. Dia cuma rasa tak sedap hati je kebelakangan ni. Bukan dia tak nampak Aiden macam senyap je kebelakangan ni.
Izrina sesekali menjeling Maira. Dia terus memasak sambil cuba menenangkan hati dia.
¤¤¤¤
Aiden termenung memandang tasik di hadapan dia. Dia tahu Izrina perasan perubahan sikap dia. Tapi..
" Arghh serabut betul aku .. Tak mungkin lah Rin akan berkelakuan macam tu.. Selama ni dia okay je. Aku sepatutnya percaya dia. Bukan jantan tu. Tapi.. Kenapa hati aku tak sama dengan otak aku? " keluh Aiden.Dia teringat akan pertemuan dia dengan Naufal minggu lepas.
Flashback
Aiden menunggu Naufal datang sambil dia memandang sekitar. Entah apa meroyan lelaki tu entah tiba-tiba nak jumpa dia. Ini pun Izrina tidak tahu pertemuan ni. Kalau tahu, mampus dia.
Dari jauh dia dah nampak susuk tubuh Naufal yang berjalan ke arah dia.
" Sorry aku lambat "
Aiden tersenyum sinis. Jantan ni fikir dia nak sangat tunggu ke? Memang tidak lah.
" Kau nak apa? Straight to the point. "
" Woo sabarlah. Tapi memandangkan kau nak aku straight to the point okay lah. Lepaskan Rin. Aku nak kau lepaskan dia. Dia tu sepatutnya milik aku. Bukan kau. Patutnya aku yang kahwin dengan dia. Jadi bette kau lepaskan dia. Dia lagi bahagia dengan aku berbanding kau. " sinis Naufal. Dia memandang riak muka tenang Aiden itu dengan perasaan marah. Lelaki itu tidak rasa nak marah langsung ke?
" Dia isteri aku. Wanita yang aku sayang. Orang yang aku kena jaga sampai aku mati. Jadi apa hak kau nak suruh aku lepaskan dia? Sekarang ni yang nampak macam loser tu kau. Bukan aku. So? " Sindir Aiden. Dia takkan kalah. Senang macam tu je Naufal tu suruh lepaskan orang yang dia sayang? Memang tidak!
Naufal merengus geram. Namun, dia tahu dia boleh cuci otak si Aiden ni dengan cerita ni.
" Seriously? Aku first love dia. Aku pernah jadi tunang dia. Aku kenal dia lagi lama daripada kau. Kau dah yakin kau cukup kenal isteri kau tu ke? " Naufal tersenyum sinis bila lihat perubahan muka Aiden. Dia tahu jerat dah masuk.
" Kau tahu ke kisah silam dia? Kau ingat masa kitaorang tunang dulu kitaorang tak buat apa-apa? Please lah bro. Sekarang zaman maju. Bukan zaman dulu. Kau belum cukup kenal lagi Nurul Izrina tu macam mana. So, lebih baik kau lepaskan dia. Takkan nak sisa orang kot kan.. " sindir Naufal sebelum dia bangun. Dia menepuk bahu Aiden lalu berjalan keluar. Dia tahu dia akan menang sekarang ni.
Aiden terdiam. Entah kenapa apa yang diperkatakan Naufal itu meresap ke dalam otak dia. Apa maksud lelaki tu? Tak mungkin Izrina seteruk tu. Tak mungkin. Tapi.. Huh. .
¤¤¤¤
Aiden meraup mukanya. Dia stress. Dia rasa serabut sangat sekarang ni. Bila tengok muka Izrina, dia akan teringat segala kata-kata Naufal. Dia harus jumpa lelaki tu sekali lagi. Selagi takde bukti, dia tak boleh percaya. Tak!
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...