Wedding AidenxIzrina.
Semua persiapan berjalan lancar walaupun ada sedikit kekacauan. Itupun daripada pengantin sendiri. Mereka bertekak nak ikutkan kepala masing-masing. Sampaikan Maira terpaksa masuk campur. Hahaha!
Pagi itu, Izrina berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilik Wina. Dia akan berangkat dari rumah Wina. Nasib baik ibu bapa Wina tak kisah malah siap anggap dia sebagai anak mereka. Sungguh dia bersyukur jumpa dengan manusia seperti mereka.
" Oii cik kak. Duduk diam lah. Jangan gabra sangat. Aku pening tengok kau macam ni. Rul dengan family dia semua dekat bawah dah. Kau relax je " tegur Wina. Naik pening kepala dia tengok si Izrina ni. Nampaknya dia lah yang last naik pelamin.
" Entah kau ni . Anak aku pun mesti pening tengok mak angkat dia macam ni. Sabar je lah. Tenang. Istigfar banyak-banyak . " nasihat Amanda. Dia taknak ikut Akmal sebab nak saing dengan Izrina.
Izrina menarik nafas dalam lalu istigfar banyak-banyak. Sejuk tangan dia dah tak terkata.
" Congrats babe. I wishes this marriage till Jannah. Semoga kau dengan Aiden kekal sampai ke anak cucu. Jaga makan minum dia. Jaga maruah dia. Sebab lepasni dia suami kau. Kalau rasa nak marah, tahan. Bincang baik-baik. Ingat tu. Tanggungjawab kau dah berat sekarang. " ujar Amanda sambil memegang erat tangan Izrina. Dia tersenyum apabila merasakan tangan gadis itu sejuk.
" Betul tu. Jangan musnahkan kepercayaan dia. Apa pun, jangan simpan apa rahsia dari dia. Sayang dia baik-baik. Kitaorang sayang kau. Kitaorang nak tengok kau bahagia. Cukup lah sebelum ni kau dah sengsara " ujar Wina.
Izrina sebak. Dia memeluk erat sahabat susah senang dia ni. Tanpa mereka, dia tak mungkin berdiri seperti sekarang.
" Dah jom turun. Mummy aku dah panggil suruh turun. Nak gerak ke masjid ni. " ujar Wina sebelum mengemaskan lagi make up Izrina.
¤¤¤¤
Sebaik sahaja melangkah ke dalam masjid itu , Afriq mengambil semua gambar Izrina. Yes. Harini dia kena jadi photographer tak berbayar. Hahaha!
Izrina menyalami semua yang ada di situ. Baru dia ingin melepaskan lega , ada suara beritahu Aiden sudah sampai. Jantung dia jangan cakap, dah berdentum dah. Dia tersenyum kepada Maira yang baru sampai.
" Anak mama cantiknyaaa " puji Maira. Dia tak tipu. Izrina nampak cantik dalam pakaian pengantin itu. Suci bersih.
Izrina tersenyum kecil sambil mengucapkan terima kasih. Nasib baik dia suruh Wina buat baju ni. Sebab hasil tangan Wina memang lawa. Superb!
" Taknak tengok dia ke? " bisik Akmal di tepi Aiden.
Aiden menggeleng kepala. Lebih baik dia tengok lepas ni je. Jantung dia dah tak okay dah ni. Nak tercabut dah.
Akmal tergeleng kepala sambil tersenyum. Nampak sangat Aiden gugup. Berjuanglah wahai sahabat.
¤¤¤¤
Izrina memandang tautan tangan mereka. Dia rasa macam tak percaya sekarang dia dah jadi isteri orang. Macam semalam baru dia kenal lelaki itu. Harini dah jadi suami dia.
Aiden memandang Izrina yang khusyuk melihat tautan tangan mereka. Dia bersyukur sekali lafaz, gadis itu dah sah jadi milik dia. Jadi, dia tak perlu risau lagi tentang Naufal.
" Believe or not , you're mine. Dan In Sha Allah sampai bila-bila awak akan jadi zaujah saya " bisik Aiden di tepi kepala Izrina.
Izrina mengangkat kepalanya. Dia tersenyum apabila Aiden tersenyum memandang dia.
" Dan In Sha Allah dengan izinNya, awak akan sentiasa jadi imam saya " ujar Izrina .
" Like what I said before. Awak takdir saya. Jadi , jangan menidakkan takdir kita. Sebab hadir awak ada hikmah. Begitu juga saya " ujar Aiden sebelum memeluk bahu Izrina. Okay halal okay.
Izrina mengangguk. Dia faham maksud Aiden.
Tapi mungkinkah takdir itu membiarkan mereka terus bahagia tanpa derita?
Kita tak tahu.
" By the way , kau cantik harini. Tapi hari-hari dah cantik cuma harini terlebih cantik " puji Aiden sambil mengenyitkan matanya.
Izrina terpaku. Dia menundukkan kepalanya malu. Dia tak boleh lah tengok Aiden ni acah sweet. Jantung tak geng dengan dia.Aiden tergelak kecil. Alahai cik adik, malu ke? Takpe takpe. Nanti hari-hari tak malu dah. Hahaha!
Tbc
Hah hah mohon jangan nak senyum sampai terkoyak sudah. 😂 Jangan ada yang berangan jadi Izrina pun sudahlah hahaha!
YOU ARE READING
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...