60

6.4K 190 4
                                    

Seminggu bercuti membuatkan kerja semakin bertimbun bila mereka masuk ke pejabat . Aiden meregangkan otot-otot yang sakit akibat terlalu lama menunduk dan bekerja . Sesekali dia melihat Izrina di luar . Dia tersenyum melihat betapa fokusnya Izrina bekerja dan jari yang laju berlari di atas papan kekunci itu . Kekadang dia tergelak kecil apabila Izrina membuat muka stress . Mungkin ada yang tak kena atau wanita itu kepenatan . Dah dua hari mereka sibuk buat itu ini sampaikan Maira tegur jangan terlalu kerja keras . 

Tok ! Tok !

Aiden terpinga-pinga apabila pintu diketuk . Kelihatan Izrina pelik melihat dia bereaksi macam tu akibat kantoi termenungkan isteri sendiri.

" Yes ? " tanya Aiden .

" Client dah tunggu dalam meeting room . Can we go now ? " ujar Izrina . Pelik dia bila tengok Aiden macam terpinga-pinga tadi . Ingatkan apa sampai macam tu sekali .

Aiden menarik nafas dalam . Mesyuarat lagi . Dia bangun lalu berjalan ke arah Izrina . Kelihatan wanita itu dah bawa sekali segala dokumen yang hendak digunakan nanti . Kan dia dah cakap Izrina buat kerja memang perfect . 

****

Petang itu , Izrina minta izin Aiden untuk pulang sendiri sebab Aiden masih ada kerja tak siap lagi . Jadi , dia ambil peluang itu untuk singgah ke mall untuk membeli barang peribadi dia . Namun , dia tak sangka dia akan jumpa bala dekat situ . 

" Haii Rin " senyum Naufal . Dia tak sangka akan jumpa Izrina di sini walhal niat dia cuma nak cuci mata sekejap sebelum balik . 

Izrina cuba beriak tenang . Dia tak boleh takut dengan Naufal lagi . 

" Kau nak apa ? Jangan ganggu aku lagi boleh tak ? " tegas Izrina . Bagi dia , bercakap dengan manusia macam Naufal ni tak perlu berlembut sebab takde guna pun .

" Okay look . Aku nak kau tinggalkan Aiden tu . Dia tak sesuai dengan kau Rin . Aku minta maaf dengan kisah dulu dan tolong balik pada aku . Please ? " pinta Naufal . Dia cuba mendekat namun semakin dia dekat semakin Izrina menjauh .

Izrina tergelak sinis mendengar kata-kata Naufal .

" Tinggalkan Aiden ? Maaf kau kata ? Then balik dekat kau ? Boleh mampus dengan semua tu! Jangan kau ingat aku boleh lupa dengan apa yang kau dah buat dekat aku ! Kau hadam benda ni baik-baikk ! Aku takkan balik dekat kau dan takkan tinggalkan Aiden semata untuk kau ! Jadi jangan ganggu aku ! Faham ! " Izrina terus berjalan pergi meninggalkan Naufal .

Naufal merengus geram . Dia memandang tubuh Izrina dengan perasaan marah yang membuak sampaikan satu perasaan dendam muncul . Dia akan pastikan Izrina takkan bahagia dengan Aiden. Meskipun terpaksa membunuh . Sebab tiada siapa akan dapat Izrina kalau dia tak dapat.

Izrina menghempas barangan yang dia beli tadi ke seat sebelah . Dia bengang betul dengan Naufal tu . Perangai dari dulu tak pernah nak berubah ! Sama je macam dulu . Tak faham bahasa agaknya orang taknak dekat dia . Lupa ke dia ni isteri Aiden . Ni kalau Aiden tahu , mampus dia . 

ARGHHH ! STRESS ! 

Tbc

Nak cakap ni. Sediakan hati baru sebab lepasni dah masuk konflik lepastu a few chapters then habis. AidenxIzrina nak tinggalkan kisah dorang dah. Sediakan tisu, takpun nangis tepi katil.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now