Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi . Dua manusia itu langsung tak bercakap apa sejak mereka mulakan perjalanan.
" Tidur lah dulu . Nanti dah sampai , aku kejut kau . Kau dah penat sangat Rina " nasihat Aiden .
Izrina menoleh ke sebelah . Dia mengangguk lalu cuba melelapkan mata walaupun masih bersisa air mata dia di pipi .
Yes . Aiden tengah memandu ke kampung Izrina .
Macam mana boleh jadi ?
Cerita dia...
Masa Izrina tengah menangis sorang-sorang tu , masuk panggilan daripada Aiden . Aiden yang baru nak tanya hal kerja terus terhenti bila dengar tangisan gadis itu . Jadinya , Aiden tanya kenapa gadis itu menangis . Izrina tanpa segan silu merayu pada Aiden untuk menolong dia pulang ke kampung . Dia cerita segalanya sampaikan Aiden terus setuju dan menyuruh dia untuk siap-siap . Malah lelaki itu turut mengambil EL untuk mereka berdua .
Dan akhirnya di sini lah mereka . Dalam kereta pulang ke kampung Izrina .
Aiden memandang Izrina yang terlena itu . Dia tahu peritnya kehilangan orang yang kita sayang itu macam mana sebab dia pernah rasa terutamanya keluarga . Inikan lagi Izrina . Gadis itu kehilangan ayahnya . Bahkan dia juga sudah kehilangan ibunya . Sekarang Aiden tak tahu macam mana Izrina nak survive dalam dunia ni sorang-sorang .
Akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah Izrina . Aiden memandang mereka yang melihat ke arah kereta dia . Sah mesti dorang pelik sebab Izrina mana pernah bawa dia ke sini . Gadis di sebelah dia dikejut perlahan .
Izrina terpisat-pisat bangun . Apabila terpandang rumah dia di hadapan , perasaan sebak tu muncul balik sampaikan dia menangis . Dia lihat ramai orang di luar rumah . Van jenazah pun ada lagi . Tapi kenapa dia tak mampu nak keluar dari kereta ? Kenapa ?
" Stay strong "
Izrina memandang ke sebelah . Dia memandang Aiden yang masih menghadap ke depan .
" Tetap kuat walaupun sakit . Arwah pun taknak anak dia sedih macam ni . Sakit manapun kau , senyum walaupun air mata masih mengalir . Allah bukan tarik arwah tu takde sebab Rin . Ada je . Jadi senyum dan kuat walaupun kau tengah menangis . " nasihat Aiden .Entah kenapa hati dia turut sakit tengok Izrina menangis .
" Kau tak pernah rasa macam aku rasa . Kenapa mesti ayah ? Kenapa bukan aku ? Kenapa takdir buat aku macam ni ? " Izrina menutup mukanya sambil teresak .
Aiden tersenyum miris . Tak pernah rasa gadis itu cakap ?
" Salah . Aku pernah rasa apa kau rasa . Bahkan kakak aku mati depan mata aku . Aku nampak macam mana dia jatuh dengan darah berlumuran daripada mulut dia . Aku nampak macam mana terseksanya dia nak survive masa tu . Tapi apa aku buat ? Aku cuma berdiri tengok dia sakit macam tu . Aku cuma mampu terpaku je masa tu . Sakit bila kita hilang orang yang kita sayang tu depan mata ,Rin . Jangan salahkan takdir dan qada' qadar Allah . Kau patut redha pemergian dia . Percaya cakap aku , kau tak sorang dalam dunia ni . Selagi kau percaya Allah , Dia akan jaga kau . Ujian kau bukan berat mana nak dibandingkan dengan orang lain . Kau tengok mereka yang dibuang mak ayah . If jumpa masih hidup , okay lagi . Tapi kalau jumpa , dah meninggal ..apa yang mereka rasa ? Kau tengok mereka yang di Syria . Mak ayah mati ditembak depan mata sendiri saat mereka masih kecil . Kau rasa mereka macam mana ? Tapi mereka masih kuat kan ? Macam tu juga kau . Ayah kau tak pergi selagi dia masih dalam hati kau . Okay ? " Aiden memandang Izrina di sebelah dengan senyuman .
Izrina terpaku . Dia tak tahu macam mana Aiden mampu sekuat tu bercerita dengan senyuman ikhlas di muka dia . Dia tak sangka Aiden lagi kuat daripada dia . Betul cakap Aiden , ayah dia masih bersama dengan dia .. Jauh di sudut hati dia masih ada ayah dia . Izrina menarik nafas panjang lalu membuka pintu kereta lalu keluar .
Aiden tersenyum bila dia rasa dia dah buat benda yang betul pada gadis itu . Dia mematikan enjin kereta lalu turut keluar . Dia melangkah bersama Izrina ke rumah kayu itu . Sesekali dia pandang gadis itu , dia nampak betapa gadis itu cuba untuk tahan tangisan dia .
Stay strong Izrina . Aku tahu kau lebih kuat daripada apa yang aku jangka . Aku janji lepas ni aku akan jaga kau . Aku janji .
Tbc
Sorry sebab panjang . Aku cuma sebak sambil taip nasihat Aiden tu .
YOU ARE READING
Takdir Kita
Dragoste[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...