Dua bulan kemudian ,
Bulan Ramadhan dah datang. Cukup dua bulan juga ayah dia meninggalkan dia. Selama dua bulan ni , dia cuba belajar untuk redha dengan pemergian ayah dia. Rumah dekat kampung tu pun dia bagi dekat Badrul dan Sakinah untuk jaga serta bersihkan. Itupun Aiden sanggup tolong dia bayar Badrul. Segan tu segan tapi tengok muka tegas Aiden tu dia diamkan je.
" Oii ! Kerja dah siap ke belum sampai ada masa nak termenung ni hahaha " usik Fasha. Dari tadi dia panggil Izrina ni tapi tak dengar pula. Eh eh sabar je lahh.
Izrina tersentak. Dia tersengih apabila melihat Fasha berdiri di hadapan dia.
" Sorry. Kerja dah siap lah. Kau nak apa? " tanya Izrina.
Fasha menyerahkan fail kewangan.
" Ni hah. Minta Encik Aiden sign weh. Nak cepat fail ni. Aku tunggu dekat sini je " ujar Fasha sambil meletakkan fail itu di atas meja.
Izrina mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam bilik Aiden.
¤¤¤¤
Tok! Tok!
" Masuk "
Izrina melangkah masuk. Kelihatan seperti Aiden sedang sibuk sangat sekarang ni.
" Encik Aiden. Ni ada fail penting Encik kena sign. " Izrina meletakkan fail itu di atas meja Aiden.
Aiden mengalihkan pandangan ke arah fail itu. Dia periksa segala isi kandungan dalam fail itu.
" Good. Okay nahh. " hulur Aiden. Benda senang jadi tak payah susahkan. Habis cepat lagi bagus.
Izrina mengangguk lalu keluar.
Sebaik sahaja gadis itu keluar, Aiden termenung. Untuk dua bulan ni, dia nampak betapa kuatnya Izrina berdiri seorang diri untuk terus hidup. Dia nampak betapa gadis itu struggle untuk hidup. Kekadang gadis itu juga melawat anak-anak di Titian Kasih. Mungkin itu cara gadis itu untuk berjuang hidup.
" Enjoy your life Rin. Benda tak mudah tapi aku tahu kau bolehh " bisik Aiden perlahan.
Tiba-tiba telefon Aiden berdering. Nama Nisha tertera di skrin.
" Assalamualaikum abang! " tegur Nisha sebaik sahaja Aiden mengangkat panggilan itu.
" Waalaikumussalam. Hah kenapa? " tanya Aiden.
" Weekend free ? Umi ajak datang sini. Iftar sama-sama dengan adik-adik. " ujar Nisha. Sesekali dia memerhatikan adik-adik dia yang belajar di wakaf sana.
" Free. Oh yeke? In Sha Allah abang datang. Lagipun lama juga abang tak datang sana kan " jawab Aiden. Dia sendiri pun rasa kebelakangan ni dia sibuk sangat sampai lupa nak datang Titian Kasih.
" Deal ! Hah umi pesan juga. Minta tolong bawa Rina sekali ye. Hahaha dah alang-alang Rina kerja dengan abang kan. " usik Nisha. Dia sendiri nak tergelak bila tahu Izrina tu bekerja dengan abang angkat dia ni. Tak tahu lah macam mana haih.
Aiden tersentak. Dah pahal dia nak kena bawa minah tu? Aduhai umiii niii.
" Yelah yelah. Eh dah lah. Abang banyak kerja ni. Nanti borak lagi. " Aiden dah rasa nak tamatkan perbualan sebab dia bukan tak tahu Nisha ni macam mana.
Nisha tergelak di hujung sana. Dia tahu abang Aiden dia nak mengelak. Nasib badan lah abang, awak dapat adik macam ni. Sejenis yang suka mengusik.
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...