AkmalxAmanda
Akmal's POV
Aku mengemas segala kertas, fail dan buku yang berselerak di atas meja. Pantang bagi aku tengok selerak macam ni. Serabut.
Tiba-tiba sehelai gambar melayang jatuh ke lantai. Aku menunduk capai kepingan itu.
Deg!
Gambar ni.
Gambar tiga tahun lepas.
Gadis yang aku suka dalam diam.
Gadis yang tak pernah pandang aku.
Amanda.
" Tak sangka gambar ni ada lagi. Nasib baik Riq tak tahu aku cuci gambar ni " aku tergelak kecil mengingat bagaimana aku diam-diam curi gambar candid Amanda ni.
Punya payah aku pujuk Afriq bagi kamera tu dekat aku. Akhirnya dapat juga. Itupun Aiden dah pandang aku pelik semacam.
" I wish I can have you but I know how hard to have you,Manda. " Aku mengeluh sebelum meletakkan gambar tu dalam laci.
Tiga tahun.
Bukan masa yang lama untuk aku simpan semua rasa ni. Dalam diam, aku perhatikan gadis itu. Sampaikan aku sanggup tolak tawaran belajar dekat luar negara semata untuk satu tempat dengan Amanda.
Tapi gadis itu tak pernah lihat aku lebih daripada seorang kawan. Tapi tak pernah ke?
" Ya Allah..Kalau betul dia jodohku , Kau satukan kami.. Dalam hubungan yang halal.. Dalam hubungan yang Engkau redhai.. Ya Allah..Jika dia bukan jodohku , Engkau jauhkanlah kami.. Sesungguhnya aku tak kuat nak tahan perasaan ni lagi.. "
Aku meraup muka sebelum merehatkan diri di atas katil. Tak sampai lima minit, aku terlelap.
Aku bangun mengejut apabila mimpi itu menjelma . Mimpi di mana aku menjadi hero misteri seorang Amanda Marissa . Aku tercungap sambil mengelap peluh di dahi .
Aku teringat lagi waktu tu aku baru habis join Riq main futsal malam . Tiba-tiba hati terdetik nak singgah 7Eleven .
Flashback
Aku menghulurkan duit Rm 10 kepada cashier yang tersengih melihat aku . Sebaik sahaja dia ambil duit tu , aku terus blah . Malas nak layan perempuan menggeletis macam tu . Baru aku nak masuk kereta , aku dengar jeritan perempuan dekat lorong gelap tepi tu . Aku mula-mula cuak juga tapi bila rasa suara tu familiar gila , berdesup aku lari ke lorong tu .
Aku terbeliak melihat Amanda yang hampir nak ditindih oleh jantan tak guna tu . Aku melilau mencari sesuatu untuk digunakan . Aku nampak sebatang kayu di tepi tong sampah berhampiran . Lalu aku capai sebelum aku jerit .
" HOIII "
BUKK!
Aku hentak belakang jantan tu banyak kali sampai dia terus cabut lari . Penakut !
Aku meluru ke arah Amanda yang menangis teresak-esak itu sebelum aku mengalihkan pandangan . Aurat dia . Baju bahagian bahu dia dah terkoyak jadi aku terus buka sweater aku lalu serahkan kepada dia .
Malam tu , gelap sangat . So aku sure dia tak nampak muka aku jadi aku ambil tindakan untuk minta tolong budak cashier tu tadi je . Aku bukan taknak dia tahu siapa selamatkan dia cuma aku rasa better aku tak payah bagitahu .
" Take care of yourself . Jangan jalan malam macam ni lagi "
Lepas aku cakap macam tu ,aku terus blah . Itupun aku nampak budak cashier tu dah tolong dia. Baguslah .
****
Aku menghela nafas apabila teringatkan kejadian dua tahun lepas itu . Tapi apa kaitan tiba-tiba mimpi tu muncul ek ? Musykil aku dibuatnya . Apa ni petanda Amanda akan datang pada aku ?
Ya Allah , dugaan apa lagi akan menimpa diri ini ?
Tbc
Amanda's POV dekat next chapter . See you !

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romansa[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...