20

5.7K 224 2
                                    

Maira memandang pelik anaknya yang berjalan laju menaiki tangga ke tingkat atas. Dia berpandangan dengan Izz yang berada di ruang tamu.

" Dah kenapa dengan Aiden tu, abang? " Dia meletakkan secawan kopi di atas meja sebelum melabuhkan duduk di sebelah Izz.

" Entah. Senyap je budak tu. Penat sangat agaknya " Izz menghirup kopi buatan Maira.
Maira mengangguk. Mungkinlah agaknya Aiden itu penat. Fikir positif sahaja lah. Tiba-tiba, dia terfikir sesuatu.

" Abang "

Izz menoleh ke arah isterinya. Dia menaikkan kening apabila melihat Maira meletakkan kepala di bahunya. Ni mesti nak apa-apa ni, kalau tak jangan harap ni.

" Nak apa? "

Maira tersengih apabila Izz bertanya. Macam tahu-tahu je dia nak sesuatu.

" Hujung minggu ni buat kenduri arwah untuk Ain boleh ? Rasa macam dah lama tak buat. Kita buat dekat Titian Kasih. Boleh jumpa Umi juga. " Maira menautkan jari mereka. Dia rindu arwah Ain sampaikan dia sibukkan diri untuk tidak bersedih lagi. Tapi dia hampir lupa untuk melawat kubur arwah bila dia sibuk. Allah.

Izz diam. Dia memandang Maira di sebelah. Dia tahu wanita itu rindukan arwah sangat-sangat. Malah, dia nampak betapa Maira cuba sibukkan diri untuk mengelak daripada teringatkan arwah selalu. Hm.

" Okey juga. Nanti esok abang teman sayang jumpa Umi. Kita bincang semua sekali. Ajak mama dengan papa. "

Maira tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata Izz lalu tanpa sengaja dia memeluk Izz dengan erat. Sungguh dia rasa beruntung dapat suami yang memahami dia seperti Izz walaupun kadang-kadang Izz suka sangat menyakat dia.

Izz tergelak kecil apabila diri dia dipeluk dengan erat. Bukan selalu dia bahagiakan Maira. Dah memang tugas dia sebagai suami. Lagipun, Maira bukan minta benda yang pelik. Jadi , tidak salah kalau dia setuju.

" Thankyou abang "

" Most welcome sweetheart "

" Ehemmmm "

Maira dan Izz mengangkat kepala apabila terdengar orang berdehem di belakang. Mereka tersenyum apabila Aiden berjalan ke ruang tamu.

" Papa dengan mama ni nak sweet bagai kan, ingatlah Aiden ni dekat rumah. Aduhaiii " Aiden menjulingkan mata melihat mama dan papanya yang tersenyum bahagia itu. Dia tak marah pun sebenarnya malah dia gembira tengok mereka berdua.

" Jealous lah tu dengan papa " Izz tersenyum mengejek.

" Eh eh takde makna okay. Mama still mine. Hahaha papa tu kena sanggup berkongsi " Aiden tergelak kecil.

Maira tersenyum. Apa lagi yang dia nak kalau dia dah bahagia ada mereka berdua ini.

" Macam-macam lah korang ni. Baik mama pergi masak dulu. Kalau melayan, tak sudah kang " Maira terus bangun ke dapur untuk masak tengah hari.

" Hahahaha "

Bergabung gelak tawa dua jejaka itu di ruang tamu. Suka sangat sakat wanita itu sampai tak sudah. Haih.

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now