Reception AidenxIzrina.
" Tahniahhh! Sha dah cakap dah abang memang akan kahwin dengan Rina. Tu lahh taknak percaya lagi " usik Nisha sebaik sahaja pasangan itu mendekati mereka.
Izrina menyalami Umi Jannah. Dia saling berpandangan dengan Aiden lalu tergelak kecil.
" Yelahh Sha. Abang surrender . Umi sihat? " Ujar Aiden.
" Alhamdulillah sihat. Umi doakan kamu berdua kekal sampai ke anak cucu ye. Jaga Rina baik-baik. Hormat dia juga sebagai isteri kamu. Apa pun jadi, bincang baik-baik. Jangan ikutkan hati sangat " Umi Jannah memeluk sisi tubuh Izrina. Gadis ini dia dah anggap seperti anak dia juga. Dia tahu gadis ini perlukan kasih sayang seorang ibu.
Aiden mengangguk. Dia pasti akan jaga gadis itu. Izrina ibarat separuh jiwa dia sekarang ni. Mana mungkin dia akan tinggalkan gadis itu sedangkan dia yang beria nakkan Izrina.
Selepas berborak dengan Umi Jannah dan Nisha, mereka berdua mendekati kawan-kawan mereka.
" Wuuu tak sangka musuh zaman U sekarang jadi pasangan ideall kauuu " usik Afriq apabila Aiden datang.
" Dah jodoh. Mana boleh tolak hahah " jawab Aiden.
Mereka yang lain tergelak mendengar jawapan Aiden. Izrina dah menggeleng kepala. Entah apa-apa je.
" Bila due ni Manda? Dah makan belum? " tanya Izrina sambil mengusap baby bump Amanda. Nampak comel je. Satu hari nanti dia akan rasa tak perasaan macam Manda ni?
" Hujung tahun ni mungkin. Tengok lah. Hope so tak bersalin masa Wina kahwin sudah hahaha.. Dah makan lah. Jangan risauu " ujar Amanda. Dia tahu betapa Izrina sayangkan dia sampaikan sanggup gadis itu datang rumah dia bila Akmal outstation.
" Tak lama lagi kau pula Rin hahahaha " Wina mengusik Izrina sampaikan gadis itu memukul dia.
Yang lelaki dah tergelak bila tengok muka malu Izrina terutamanya Aiden. Selamba je si Wina ni cakap macam tu.
" Kau kan! Aku sepuk kau karang.. " geram je Izrina tengok Wina ni. Memandai betul.
Wina dah tersenyum. Dia nampak betapa Izrina bahagia sekarang dan dia harap Izrina akan tetap bahagia macam ni.
Sementara Aiden melayan kawan-kawan dia yang lain, Izrina berjalan ke arah Badrul.
" Rul, terima kasih sebab tolong aku settlekan semua ni. Kalau takde kau , mesti aku serabut habis " Izrina tersenyum kepada satu-satunya sahabat lelaki dia yang dah macam abang dia.
" Lah relax je lah. Kau kan macam adik aku. Benda macam ni aku tolong, biasa lah. Kau jaga diri. Sesekali balik juga kampung tu. Jangan lupa kitaorang hahah " ujar Badrul. Dia dah lega lepaskan Izrina kepada lelaki yang betul. Jadi dia tak perlu risau macam mana gadis itu akan survive.
Izrina mengangguk. Dia takkan lupa tempat lahir dia. Lagipun sesekali dia nak juga lawat kubur ayah dia. Nasib baik dia dapat suami yang faham dia. Dia memandang Aiden dari jauh. Lelaki itu sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawan dia.
" Jaga dia. Aku harap kau cerita kisah lalu kau Rin. Jangan berahsia. Itu nasihat aku. Sebab aku kenal Naufal macam mana " nasihat Badrul.
Izrina menoleh. Dia mengeluh. Mampu ke dia nak berterus terang? Sebab dia sendiri tak yakin dengan kisah lalu dia . Macam mana kalau Aiden tak percayakan dia? Itu yang dia takut.
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Roman d'amour[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...