1

13.5K 419 3
                                    

Aiden memandang pusara itu dengan mata bergenang. Dia tahu di dalam pusara itu terdapat satu tubuh yang sedang istirahat setelah penat berjuang seorang diri. Namun , hati dia sakit apabila tahu dia tak mampu nak menolong insan itu saat dia diperlukan.

Kak, I'm sorry for not helping you. Aku tak tahu kau sakit, Kak. Kenapa selama ni kau sembunyikan semua ni ? Kenapa kau mesti pergi di depan mata aku ? Aku tak mampu pun Kak nak sambut kau masa itu. Maafkan aku, kak...

Pukk!

Semua mata memandang ke arah Aiden yang jatuh melutut itu. Tanpa disangka , semua terkejut melihat air yang mengalir jatuh dari mata ke pipi sang teruna. Aiden , seorang lelaki yang tak tahu meluahkan perasaannya dan sentiasa serius.. Sedang menangis meratapi pemergian kakak tunggalnya.. Ain Izrina..

Aiden teresak dalam diam. Dia tak mampu nak menampung diri dia lagi.

" Dah lah Aiden. Ain pergi sebab dah tiba masa untuk dia pergi. Kau menangis, meraung sekalipun..dia takkan kembali " ujar Dafi merangkap sepupu Aiden. Dia tahu Aiden sedih melihat kakak yang disayangi meninggal di depan mata sendiri. Dia tahu perasaan Aiden malah dia faham sangat. Bukan Aiden sahaja sedih malah semua orang sedih dengan pemergian Ain Izrina, gadis yang mempunyai seribu satu rahsia.

" Aku..menyesal..seb..sebab..tak..mampu nak tolong dia.. kalau aku tahu dia sakit..aku..tolong dia weh " Aiden menahan sendu yang bergulung di hati. Dia masih tak boleh nak terima.

" Aiden "

Mereka menoleh. Kelihatan Maira, mama Aiden berjalan ke arah mereka. Aiden melihat mata mamanya yang juga sembab akibat menangis terlalu banyak.

" Kak dah pergi. Kita biar dia pergi dengan tenang ye? Bukan salah Aiden sebab kakak pergi. Dah takdir dia, Aiden. Takdir kakak yang ajal dia sampai dulu. Kita doakan dia bahagia di sana ye " ujar Maira dalam senyum sedihnya. Tipu jika dia tak sedih. Dia sedih. Namun melihat anak lelakinya yang sedang terluka itu membuatkan dia berpura-pura kuat. Dia taknak Aiden juga lemah seperti dia. Dia taknak hilang anak yang kedua kalinya. Taknak.

Aiden diam. Takdir. Itu ke yang dia perlu percaya saat ini?

Kak, if itu yang membuatkan aku hilang kau.. Aku relakan kau pergi.. Please tunggu aku dengan mama and papa dekat sana okey.. I love you, sis.. Bahagialah kau dekat sana.. Jika takdir memisahkan kita, aku harap takdir juga yang menemukan aku dengan kau nanti. .

Aiden bangun lalu memeluk tubuh Maira. Dia ingin meresap kekuatan mamanya meskipun dia tahu wanita itu juga rasa kehilangan. Sekarang, dia tahu dia hanya ada wanita ini yang perlu dia jaga. Kehilangan kakaknya membuatkan dia cukup sedih.

Izz melihat dua sosok itu dengan senyuman. Meskipun dia tak tunjuk dia sedih, kehilangan itu tetap kehilangan. Dia hilang gadis dia. Gadis yang dia tatang bagai minyak yang penuh. Saat ini dia sedar dia takkan melihat lagi senyuman gadis itu, gelak tawa gadis itu.

Ain, papa janji papa akan jaga mama macam mana yang Ain minta. Papa lepaskan Ain pergi. Be happy , girl. Wait for me.

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now