" Eh Rin tak pergi kerja lagi ke? Mama dengar kereta Aiden dah gerak tadi " tegur Maira kepada Izrina yang baru melabuhkan duduk.
Izrina terdiam. Jadi sekarang Aiden tinggalkan dia? Malah malam tadi pun lelaki itu taknak sekatil dengan dia. Ya Allah, apa ujian yang Engkau beri kepada hambaMu ini?
Izrina tersenyum kecil.
" Rin yang suruh pergi asing mama. Sebab nanti senang nak balik. Kekadang dia balik lewat jadi Rin akan balik awal " Izrina terpaksa menipu untuk mengelakkan keretakan rumah tangga dia diketahui. Dia taknak nanti Aiden dipersalahkan pula padahal semua salah dia.
Maira mengangguk kecil walaupun sebenarnya dia pelik dengan mereka berdua. Sesekali dia saling berpandangan dengan Izz. Ada masalah ke mereka berdua ni?
" Mama, papa.. Rin pergi dulu lah ye. Nanti stuck dekat traffic pula " Izrina menyalami ibu bapa mertuanya sebelum berjalan ke pintu depan. Dia memandang sepi tempat letak kereta. Aiden memang betul-betul tinggalkan dia. Dia menarik nafas dalam lalu berjalan ke arah kereta dia. Hati dia kuat, dia yakin tu.
¤¤¤¤
Sepatah apa yang keluar daripada mulut Izrina itu cuma masuk ke dalam telinga dia je. Nak pandang wanita itu pun dia tak sudi dah. Apatah lagi kopi yang terletak di tepi meja tu.
" Itu sahaja jadual Encik Aiden harini "
Baru je Izrina nak keluar, Aiden panggil.
" Kau bawa air ni keluar. Aku takde selera nak minum " dingin Aiden.
Izrina tersenyum pedih. Penat-penat dia bancuh sampai air panas pun terkena tangan dia sedikit, lelaki itu langsung tak minum kan. Takpelah. Dah memang salah dia pun. Izrina mengangkat cawan itu lalu keluar. Tak betah dia berlama dalam tu. Makin pedih mata dia.
Aiden mengangkat mukanya. Dia mengeluh kesal. Kasar sangat ke dia dengan Izrina?
#hah gais kasar ke?
Bukan dia tak nampak kesan merah dekat tangan Izrina tu. Tapi dia rasa tawar hati sekarang ni dengan isteri dia. Makin dia pandang makin dia teringat gambar tu semua. Malam tadi pun, dia tahu Izrina menangis bila dia tidur di sofa dalam bilik tu. Pagi tadi, dia sengaja pergi awal sebab hati dia masih tak reda lagi.
Makin lama dia makin ragu-ragu dengan Izrina. Makin entahlah. Serabut pun ada. Kenapa susah sangat wanita itu nak jawab soalan dia semalam? Kenapa susah sangat? Soalan simple tapi macam susah. Apa lagi Izrina sembunyikan daripada dia? Malah dia sendiri tak tahu macam mana Izrina boleh putus tunang dengan Naufal epal tu!
¤¤¤¤
Izrina merenung ke luar . Lunch ni dia seorang je. Sebab Aiden entah ke mana. Amanda dengan Wina sibuk pula tu. Nak ajak Fasha, gadis itu puasa pula. Kak Ina dah bawa bekal. Hm. Ini pun dia takde selera nak makan.
Srett!
Izrina mengangkat muka bila kerusi depan dia ditarik. Dia terkejut sekejap melihat Aiden di hadapan dia. Macam mana lelaki itu tahu dia dekat sini? Dia memandang makanan yang lelaki itu letak di hadapan dia dengan Aiden bergilir-gilir. Apa maksudnya ni?
" Makan. Aku taknak nanti orang cakap aku tak pandai jaga bini " ujar Aiden datar. Dia langsung tidak memandang Izrina yang tengah pandang dia. Dia lebih memilih untuk melihat ke luar. Sebenarnya dia ikut je si Izrina ni tadi. Nak tengok ke mana wanita ini pergi. Bila sampai, dia pelik bila wanita itu cuma pesan air kosong. Tak makan ke? Akhirnya dia paksa juga diri ambilkan wanita itu makanan. Semarah mana pun dia, Izrina itu isteri dia. Perasaan sayang cinta tu masih ada.
Izrina tersenyum kecil. Aiden masih ambil berat tentang dia. Perlahan-lahan Izrina makan sebab dia sendiri pun pitam bila tak makan ni. Kebelakangan ni dia asyik sangat nak pitam. Kekadang itu makan pun ada makanan yang dia tak boleh nak telan. Nak check up malas pula. Pagi tadi pun dia termuntah sedikit bila bau syampoo yang dia selalu guna. Sampaikan dia sanggup lempar syampoo tu ke dalam tong sampah.
Aiden memandang Izrina yang menunduk makan itu. Senyum kecil tercetak di bibirnya melihat wanita itu. Namun dia alihkan pandangan bila Izrina mengangkat kepala. Kantoi nanti susah. Dia masih kecewa lagi.
Tbc
Hah! Kenapa dengan Izrina ek tu? Hm hm * thinking style *

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romansa[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...