" Kenapa terima pinangan mama ? " soal Aiden sewaktu mereka berendam kaki di batu besar .
Izrina menoleh . Tiba-tiba je dah kenapa Aiden ni .
" I'm asking you sayang "
" Oh hm . Sebab saya rasa saya sayang awak . Mama pernah tanya saya nampak siapa dalam istikharah saya dan saya nampak awak . Yes , I admit before this I'm not believe on fate but now I see it . So , tak payah fikir panjang saya terima lamaran mama . Kalau awak tanya saya menyesal ke tak , sejujurnya tak menyesal sebab saya percaya awak . " jawab Izrina . Dia memandang Aiden sedalamnya .
Lelaki ini .
Orang yang sama dia pernah benci dulu .
Orang yang sama dia pernah tengking dulu .
Orang yang sama dia anggap musuh .
Tapi sekarang semua tu berbalik .
Lelaki ini sekarang syurga dia.
Lelaki ini suami dia .
Orang yang dia sayang .
Dia tak tahu macam mana hidup dia tanpa Aiden .
Seandainya lelaki ini tidak wujud , masihkah dia akan capai bahagia ?
Dan dia percaya Allah dah takdirkan mereka untuk berjumpa atas sebab yang mereka sendiri tak tahu .
Semoga diri ini menyayangi dia keranaMU , Ya Allah . Sesungguhnya aku masih takut untuk melangkah lebih jauh . Kau tunjukkanlah kami arah yang sebenar-benarnya menuju ke syurgaMu. Aamiin.
****
Aiden membalas pandangan Izrina . Dia dah dapat jawapan yang dia nak sekarang ni . Bagi dia,Izrina antara wanita terpenting dalam hidup dia .
Izrina , gadis yang dulunya musuh dia .
Sekarang menjadi wanita dia .
Syurga bakal anak-anak dia.
Wanita yang dia akan habiskan sisa hidup dia bersama-sama .
Gadis yang dulunya tak percaya akan takdir mereka .
Gadis yang mulanya rapuh kini menjadi wanita yang kuat .
Apa yang dia tahu , dia sayang Izrina seikhlas .
Dia sayang manusia sebelah dia ni kerana Allah .
" I love you more than myself . Saya tak mampu nak jadikan awak permaisuri hati saya sebab itu takhta mama tapi saya jadikan awak puteri kedua dalam hati saya . Kenapa kedua ? Sebab Kak Ain will always be my princess . Saya ambil awak sebagai isteri sebab saya nampak awak dalam petunjuk saya . In Sha Allah awak selamanya isteri saya dengan izinNya . " Aiden menautkan jari mereka. Dia tersenyum melihat cincin perkahwinan mereka di jari Izrina . Rasa macam baru semalam dia jumpa wanita ini selepas tiga tahun dan sekarang di sisi dia sebagai isteri.
Izrina melentokkan kepalanya di bahu Aiden . Dia takkan pernah cemburu dengan takhta dia di hati Aiden . Dia tahu betapa Aiden sayang Maira dan arwah Ain dan dia tak kisah asalkan Aiden sayang dia . Malah dia dah cukup bersyukur keluarga Aiden mampu terima dia . Dia bukan orang yang berada seperti mereka . Melihat cara keluarga Aiden melayan dia , sungguh dia terharu .
Untuk seketika mereka berdua senyap menyelami hati masing-masing . Senyuman lebar terpapar di wajah dan sinar kebahagiaan itu terpancar seiring dengan pancaran matahari di permukaan air . Tanpa mereka sedar , ada yang memerhati dengan hati membara serta benci .
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Storie d'amore[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...