39

5.4K 209 3
                                    

" So kau okay ke ? Well Hm you know what i mean.. " Wina melihat Izrina yang diam di sisi dia. Tadi tengah hari pelik juga dia tiba-tiba Izrina ajak lunch. Tanya punya tanya, sekali Izrina cerita semuanya. Siapa Naufal. Kenapa dengan Naufal. Apa kaitan mereka.

Nasib baik Amanda tengah berbulan madu. Kalau tidak , mahu runtuh tempat tinggal mereka ni dengan jeritan Amanda tu. Perempuan tu memang emo sedikit.

" Okay je. Cuma aku rasa tak selamat. Yelah kan, dia dah tahu mana aku kerja. Kalau dia tahu aku duduk mana, mati weh. Aku tak nak jumpa dia. Selama ni aku selamat je tahu tak. " Izrina mengeluh kasar. Rasa hidup dia dah tak aman dah sekarang ni. Semua benda yang dia buat dekat luar sekarang ni, mesti rasa macam takut je.

Wina memeluk bahu Izrina. Dia sendiri kesian dengan kisah gadis itu. Dia tabik dengan Izrina sebab mampu kuat sampai sekarang. Kalau dia, memang trauma habis. Dia tak sangka gadis itu simpan banyak rahsia selama ni.

" Kau akan okay. In Sha Allah. Fi Hifzillah sayang " nasihat Wina.

Izrina tersenyum kecil. Dia memeluk Wina erat sebab dia bersyukur ada sahabat macam Wina. Tanpa gadis ni, mesti dia ketakutan sekarang ni.

¤¤¤¤

Maira meletakkan cawan itu di atas meja. Dia menggeleng kepala melihat Izz yang khusyuk termenung di tepi kolam.

" Abang. Minum " panggil Maira.

Izz berpaling ke belakang. Dia mengangguk lalu berjalan ke arah Maira.

" Fikirkan apa? Khusyuk sangat sayang tengok abang tadi. " Maira menghidangkan kuih karipap yang masih panas lagi. Minum petang memang rutin biasa mereka berdua. Aiden pula sudah keluar.

" Fikirkan Aiden. Bila budak tu nak kahwin. Macam takde calon je abang tengok. Sekarang abang faham perasaan sayang bila tengok abang kerja keras sangat. " Izz menghirup sedikit kopi yang dibuat oleh Maira. Ok superb kopi isteri sendiri.

Maira diam. Betul juga tu. Aiden tu sekarang asyik kerja je. Sampai masa untuk family pun dah kurang dah.

" Tu lahh. Tapi kita tak boleh paksa dia. Nanti kalau paksa, dia mengamuk pula. Budak tu macam abang juga. Keras kepala. Izz Farhan versi muda " sindir Maira. Memang tak nafikan Aiden tu sebiji macam Izz masa muda dulu. Keras kepala. Serious. Workholic.

Izz tergelak kecil. Cik Isteri nak sindir ke apa ni.

" Sekarang nak cakap abang tua ke apa ni? " senyum Izz.

" Bolehh lah hahahah " Maira tergelak apabila Izz menjeling dia.

Izz menggeleng kepala. Ada ke patut. Mana ada tua. Dia masih kuat lagi nak buat macam-macam sekarang ni.

" Abang tak payah risaukan Aiden. Dia tahu jaga diri dia. Budak tu dah besar dah pun abang. Apa yang kita kena buat sekarang ni cuma sokong dia. Betulkan dia bila dia buat salah. Ajar dia mana yang dia lalai. Aiden know how to take care himself. " Maira tersenyum. Dia percaya Aiden mampu jaga diri. Aiden bukan jenis muda mudi sekarang ni. Budak tu tahu macam mana nak survive dengan realiti dunia ni.

Izz mengangguk. Dia setuju dengan kata-kata Maira. Dia tersenyum apabila Maira sekarang sudah nampak matang. Isteri dia dah jauh beza dengan yang dulu. Mungkin pemergian Ain makin membuatkan Maira lebih kuat. Walaupun dia tahu di sudut hati wanita itu, dia masih merindukan arwah anak gadis mereka.

" Sayang dah matang "

Maira memandang Izz.

" Eh memang lah. Takkan nak perangai macam budak-budak lagi. Abang ni pun " Maira menjulingkan mata dia . Apalah suami dia ni. Dah makin berusia takkan makin macam budak-budak.

" Cehh ! Tapi still my Aisya Humairah seorang yang budak-budak " Izz tergelak apabila Maira memukul lengan dia.

Maira memukul lengan Izz . Menyampah jelah dengan suami dia ni. Namun dia tersenyum apabila teringat panggilan Izz tadi.

My Aisya Humairah hm. Abang ni macam-macam lah.

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now