25

5.1K 241 0
                                    

Aiden mengerutkan dahi apabila dia terpandang satu resume semasa dia periksa nama-nama yang akan interview.

Nurul Izrina binti Ahmad.

" Minah ni mohon sini ke ? "

Lama kelamaan dia mula tersenyum sinis. Dia menekan interkom lalu berkata..

" Kak Ina , panggil calon yang bernama Nurul Izrina masuk. I take her. Yang lain tu akak suruh je balik. Thankyou " Aiden terus tersenyum kecil sebelum memandang pemandangan di belakang dia.

Setelah 3 tahun mereka berpisah , akhirnya sekarang tiba masa untuk dia jumpa balik gadis itu. Macam mana reaksi minah tu bila tengok dia? Apa yang berubah dengan gadis ye? Hmm..

¤¤¤¤

Kak Ina terpinga-pinga apabila mendengar arahan Aiden itu. Dia rasa pelik bila boss besar dah pilih calon walhal belum interview lagi. Nak tak nak dia terpaksa lah ni kan? Aduhaii nasib baik 10 orang je ada.

" Ehem Nurul Izrina. Awak boleh masuk. Yang lain, minta maaf sebab CEO dah pilih calon interview yang dia mahu. Awak semua boleh balik. Terima kasih " Kak Ina tersenyum kecil. Dia mula rasa serba salah melihat muka muram calon yang lain. Mereka mesti kecil hati ni, aduhaii.

Izrina terbuntang. Dia diterima!? Macam tu je?! Wow ! Rezeki betul ni. Dia mengucap syukur dalam hati sebelum bangun mengikuti Kak Ina masuk ke dalam bilik CEO. Dia tak perasan nama yang tertera di depan pintu tadi tapi kenapa hati dia macam tak sedap je ni?

Tok! Tok!

Aiden menyuruh mereka masuk sebab dia tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu itu.

" Encik, ni Izrina. PA baru " Kak Ina terus meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu.

Izrina memandang bilik itu. Mewahnya. Sofa ada, bilik kecil yang dia pasti itu tandas pun ada, rak buku serta fail lagi. Fuh! Boss dia ni mesti tua kan? Takkanlah muda hm.

" Nurul Izrina . Nice to meet you again after 3 years "

Izrina terkedu.

Wajah itu.

Suara itu.

Lelaki itu.

Musuh dia.

Tengku Aiden Izriel !

Boss dia sekarang !?

Aiden tersenyum sinis. Dia tahu gadis itu terkejut. Takkanlah tak terkejut tengok musuh sendiri kan?

Aku dah kata yang kita memang ditakdirkan berdua. Tengok sekarang kau akan berkepit je dengan aku. Hahaha!

" Duduk lah. Kau nak diri macam tu sampai bila? " Aiden membetulkan kotnya sebelum pelawa Izrina duduk.

Izrina menghela nafas sebelum duduk. Kalau tak diingatkan Aiden ni majikan dia sekarang , mahu kena sepak-sepak mamat selenga ni !

" Wooo puberty hit you so hard huh " sindir Aiden. Dia tak tipu. Gadis itu makin lawa dengan baju kurung cotton, tudung bawal labuh tu. Nampak lain.

" 3 tahun bukan masa aku nak jadi makin selekeh kan " balas Izrina. Geram je dengan Aiden ni. Tapi dia sendiri pun terpaut sedikit tengok Aiden tadi. Makin matang , mungkin?

Aiden tergelak. Dah agak dah minah ni akan balas balik. Okay dia tak makan hati pun. Lagi dia suka.

" Okay straight to the point. Kerja kau senang je. Pagi before aku datang, make sure kau dah datang dan siap dengan kopi. Make sure kerja kau prefect sebab aku tak suka yang main-main. Dan mengenali kau yang memang buat kerja perfect habis, kira lulus lah. Lepastu sila pakai baju kurung. No mini skirts, no blouse apa semua tu. Make sure kau pakai heels. Aku tak kira ! Then, kalau aku ada meeting tak kira dekat luar or dalan office..kau kena ada.. Aku jumpa client ke pergi site ke , kau KENA ada. Sebab kau PA aku. And last , panggil aku Encik Aiden. Aku tak suka boss lah, tuan lah. Oh no please . Get it ? " setelah panjang lebar Aiden memberi keterangan, dia bertanya sama ada Izrina faham atau tak. Kalau tak faham, pen melayang. Hahaha!

Izrina mengangguk faham. Simple je syarat mamat tu. Nasib baik dia okay dengan heels walaupun masa belajar dulu asyik dengan sneakers je. Kira dia boleh go lagi dengan Aiden ni. Haih nasib lah dia kena hadap mamat ni lagi. Hm. Siap Amanda nanti. Minah tu mesti tahu pasal hal ni. Hish!

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now