29

5.2K 218 0
                                    

Aiden memandang gadis di sebelahnya.Dia mengerling ke arah kaki Izrina yang tersarung sandal dia.Nasib baik dia ada letak sandal lebih dalam kereta.Kalau tidak,Izrina ni memang akan berjalan dekat site ni dengan heels 3inci dia tu lah .

" Jom . Aku nak jumpa Encik Din , penyelia projek ni . " Aiden terus berjalan ke depan manakala Izrina terkial-kial ikut dia di belakang.

Izrina merengus geram . Mamat tu memang jalan laju je ! Tak boleh nak tunggu dia ke apa ? Tahu lah dia tak pakai heels tapi dia pakai BAJU KURUNG sekarang ni ! Hish tak sabar-sabar betul. Tahu tadi pagi baik dia pakai baju kurung yang longgar sedikit. Senang nak gerak .

Aiden yang merasakan belakang dia macam kosong menoleh . Dia mengeluh serba salah apabila melihat Izrina terkial-kial untuk berjalan di atas batu-batu tu.Dia berpatah balik ke belakang untuk menolong gadis itu.

" Pegang baju belakang aku sedikit . Aku taknak karang kau jatuh tersungkur dekat sini " Aiden berkata tanpa melihat Izrina yang terkejut melihat dia.

Izrina cuba mencerna ayat Aiden tadi .

Dia suruh pegang baju dia semata nak tolong aku?Biar betul mamat ni ?

" Cepat Izrinaaaa "

Mendengar leretan malas Aiden itu , terus Izrina memegang sedikit baju Aiden . Dia sendiri pun tak yakin dengan diri dia mampu jalan dekat tempat ni.

****

" Ehh Encik Aiden " Encik Din terus meluru ke arah boss muda itu.Dia tak sangka pula boss muda ni akan melawat site harini.

" Macam mana ? Dah berapa peratus siap ? " Aiden melilaukan mata melihat pekerja-pekerja buruh menyiapkan bangunan itu.Dia tak tipu kalau dia cakap dia memang puas hati dengan kerja anak-anak buah dia.

" So far okay je.Kita baru siapkan 60% daripada projek ni.Kira dapatlah kita siapkan tepat pada waktu yang ditetapkan " bersungguh Encik Din menerangkan segalanya tentang projek itu.Dia tahu boss dia ni memang nak kerja semua perfect dan cepat.

Izrina melihat dua gerangan itu berbincang mengenai projek di hadapan dia ni.Dia tak sangka pula Aiden boleh jayakan semua ni dalam masa yang muda.Sungguhlah dia tabik habis dekat mamat tu.Sesekali dia melihat ke atas , besar juga bangunan yang tengah disiapkan ni. Dia kagum dengan pekerja buruh ni semua sebab mereka sanggup bekerja di bawah terik sedangkan dia di bawah air-cond.

" Woii jom balik . Aku dah settle " Aiden menyedarkan Izrina yang mengelamun itu.Sempat lagi minah tu berangan masa dia berbincang tadi ? Ya Allah !

Izrina terkebil-kebil.Dia tersengih malu apabila Aiden melihat dia bagai nak telan.Dia dah agak mesti dia kantoi berangan tadi.

" Sempat lagi kau berangan kan ? Haihh Izrina..Izrina..macam-macam lah kau ni.. " Aiden tersenyum kecil.

Izrina terkedu.

That smile .

OH MY !

Hati mohon be gentle to me.

Dia menggelengkan kepala untuk sedar ke realiti.Gila dia ni kalau jatuh hati dekat Aiden bengkok ni ! Huish simpang !

Tbc

Sengaja update ? 

Takdir KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang