65

7.1K 190 7
                                    

Naufal tersenyum sinis. Izrina yang sedang membelek novel itu dia dekati. Peluang datang sekali , dia takkan bazirkan peluang tu.

" Well well look who is here "

Izrina berpaling. Dia merengus kasar bila nampak muka minta kena pijak Naufal tu.

" Kau nak apa? " tanya Izrina. Dia berjalan ke arah kaunter lalu bayar novel yang dia ambil tadi.

" Kau " jawab Naufal. Dia masih mengikut Izrina walaupun dia tahu wanita itu rimas.

" Can you stop!? Aku semak lah tengok muka kau. Kau cakap apa dekat Aiden? Kau bohong apa dekat dia! Kau jangan ingat aku tak tahu rancangan kau " marah Izrina. Dia memandang Naufal dengan tajam. Bagi dia, Naufal memang tak guna. Dia benci tengok Naufal. Kalau boleh, dia nak Naufal ni mati terus. Serabutlah hidup dia!!

" Ohh laki kau tu dah terpedaya lah ni. Baguslah. Aku tunggu je dia ceraikan kau. Bagus juga tu " sinis Naufal. Dia dah agak dah Aiden tu memang loser. Senang kena tipu. Hahaha!

Izrina terus berjalan laju meninggalkan Naufal. Makin lama dekat situ makin berasap hati dia. Jadi sebelum makan penumbuk Naufal tu, baik dia pergi dari situ.

Tanpa mereka sedar, Aiden nampak semuanya. Dia mengepal erat jarinya sampai naik merah.

" Jadi ini kau buat belakang aku? Jadi betul lah apa yang Naufal cakap. Kau memang tak guna Rina " ujar Aiden. Dia tak sangka keputusan dia nak ikut Izrina itu keputusan yang tepat. Namun dia tak tahu yang dia dah salah sangka. Itu akan menyebabkan hubungan mereka makin retak.

¤¤¤¤

Maira dan Izrina saling berpandangan. Apa yang disampaikan oleh doktor itu satu berita yang tidak dijangka. Mereka saling berpelukan sambil mengucap syukur.

" Tahniah sayang! Menantu mama dah pregnant dua minggu.  Kita kena bagitahu yang lain ni " teruja Maira. Tidak salah anggapan dia bila tengok Izrina kebelakangan ni kuat makan malah tadi pun menantu dia asyik loya je bau lauk yang dia masak.

Izrina tersenyum lebar. Dia mengusap perut rata dia yang akan membesar lagi 9 bulan. Aiden pasti seronok bila dengar berita ni. Mesti lelaki itu tidak akan marah dia lagi.

Sampai sahaja di rumah, Maira terus beritahu Izz dan Izz sendiri teruja nak dapat cucu.

" Mama dengan papa keluar dulu. Kami nak pergi beritahu yang lain. Rin nak tunggu Aiden ke? " tanya Maira. Tadi dia ada ajak wanita ini namun katanya tidak mahu. Nak juga tunggu Aiden balik.

Izrina menggeleng takpe.

Jam menunjukkan 8 malam.

Aiden melangkah masuk ke dalam bilik. Sengaja dia balik lambat setiap hari sebab dia menyampah nak tengok Izrina. Dia terkejut bila tengok Izrina berdiri di belakang dia. Dah apahal?

" Awak.  Saya nak beritahu something ni " Izrina rasa teruja sangat nak beritahu berita gembira ini.

" Hm apa "

Izrina cuba menahan hati. Mungkin Aiden penat.

" Saya pregnant. Dua minggu. Awak happy tak? " ujar Izrina sambil memandang Aiden yang membelakangi dia.

Perbuatan Aiden terhenti. Mengandung? Izrina mengandung? Dia mula nak rasa happy tapi mengingatkan apa yang jadi antara Izrina dan Naufal , hati dia mula sangsi sampaikan dia sanggup lontarkan kata-kata ni.

" Anak siapa? Naufal? "

Izrina tersentak. Apa maksud Aiden ni? Kenapa nak babitkan Naufal!? Sampai hati suami dia cakap macam tu. Macam dia ni murah sangat!

" Apa awak cakap ni! Ni anak kita lah ! Kenapa nak babitkan Naufal pula?! Awak buang tebiat ke apa?! " marah Izrina. Dia tak mampu nak tahan lagi. Cukup lah dia rasa sakit sebelum ni. Dia ingatkan dia akan bahagia bila bersama Aiden tapi tidak. Lelaki ni tak percayakan takdir mereka lagi ke..

Tanpa menghiraukan air mata Izrina itu, Aiden tergelak sinis.

" Yakin ke tu anak aku? Bukan kau dah jual diri dekat jantan tu? Tak payah berlagak suci lah.. " sindir Aiden. Dia nak je pujuk Izrina yang menangis tu tapi otak dia menghalang. Hati dia lebih sakit.

Izrina menekup mulutnya. Dia menggeleng kepala kerana tak sangka Aiden sanggup hina dia macam ni sekali. Dia tak sangka lelaki yang dia sayang sanggup buat dia macam ni.

" Saya tak buat semua tu! Kenapa susah sangat awak nak percaya! Awak kata perjumpaan kita ditakdirkan. Awak kata ada hikmah di sebalik semua ni. Awak kata awak sayang saya. Tapi mana semua tu!? " jerit Izrina.

" Susah bila kau tak geti nak jujur dengan aku! Boleh blah lah dengan takdir kau tu! Sayang? Yes aku sayang kau tapi kau yang pijak segala sayang aku bagi tu sampai muncul anak haram ni! "

Pang!






























Bersambung.......

Tak sanggup nak emosi lagi. .

Takdir KitaWhere stories live. Discover now