Sebulan kemudian ,
Semua sibuk ke hulu ke hilir menyiapkan persiapan perkahwinan AkmalxAmanda itu . Sekejap je masa berlalu dan esok hari akad nikah . Amanda lah paling sibuk sebulan ni sebab dia kan pengantin .
" Woii woii dah ! Kau ni esok nak akad nikah . Cuba pergi rehat sana boleh tak ? Rimas aku tengok kau sibuk sana sini . Aku dengan yang lain boleh handle benda ni semua . Rina ! Pergi angkut minah ni naik atas cepat " Wina bercekak pinggang membebel dekat Amanda . Naik geram dia bila tengok Amanda langsung tak rehat . Nasib baik inai dah pakai semua .
Izrina tergelak kecil . Dah macam mak cik dah dia tengok Wina membebel tu . Dia menarik Amanda naik ke atas sebelum ada yang kena fire lagi nanti . Mummy Amanda pun nak tergelak dia tengok bila dengar Wina bebel . Yang lain lagi lah hahah ! Amanda dah menjuling mata sebab bosan dengar Wina membebel .
" Hahahah dah jom Manda . Kita naik atas rehat . Nanti kalau Wina keluarkan api dia , payah kita nak padamkan balik hahahha " Izrina menggelengkan kepala sambil tergelak kecil . Amanda juga terikut sekali tergelak . Ye , mereka tahu sangat Wina tu macam mana .
****
Amanda melabuhkan duduk di birai katil . Tak sangka esok dia dah nak kahwin dengan lelaki yang dia cari selama ni . Lelaki yang tolong dia masa dekat lorong gelap tu . Dia memandang baju kahwin yang tergantung di tepi almari itu . Rasa menakjubkan .
" Berangan untuk esok ke? " usik Izrina sebelum duduk di sebelah Amanda .
" Boleh lah . Aku terfikir macam mana esok dia lafazkan akad nikah tu . Dia tersasul ke tidak . Dia gugup ke tidak . Dia akan tersenyum ke tidak bila dah sah . Aku tak sangka aku akan kahwin dengan dia . Orang yang selama ni aku cari . Aku berterima kasih sangat dekat mummy sebab plan nak satukan kitaorang weh . hahaha bila ingat balik macam mana aku memberontak dulu ,duhaii lawakk " Amanda tergelak kecil bila mengingat bagaimana dia mogok makan sebab taknak disatukan lepastu bila tahu nama calon mummy dia ..terus cakap setuju hahah !
Izrina pun ikut tersenyum mengingat kejadian itu .
" Tahu pun . Tapi dah jodoh korang kan , kira bersyukur lah weh " ujar Izrina .
" Takdir Rina . Yes , aku tahu kau kurang percaya dengan takdir ni . Tapi kau kena tahu setiap yang berlaku ni ada sebab dia tersendiri . Mungkin takdir kau dulu tak menyenangkan tapi mana tahu akan datang menyenangkan. Believe on what He had planned for us . He is the best planner . Kau anggap je masa silam kau tu petanda untuk kau kuat . " nasihat Amanda . Mungkin dia tak tahu apa yang jadi masa dahulu sampaikan Izrina tak percaya dengan takdir tapi dia tahu sedikit sebanyak Izrina mula terima semua ni .
Izrina terdiam . Semua yang diperkatakan oleh Amanda itu menusuk hati dia . Sedikit sebanyak dia boleh terima nasihat Amanda . Betul tu , dia sepatutnya percaya bahwa Allah itu sebaik-baik perancang . Setiap pertemuan , setiap perpisahan semuanya ada sebab tersendiri . Jadi siapa dia nak menidakkan semua ni ?
"Aku percaya Aiden mampu jaga kau . Buka hati kau untuk dia . Aku tahu kau mula sayangkan dia weh . Jangan tipu aku . Aku kenal macam mana adik aku ni hah . Percaya aku , kalau betul korang memang berjodoh .. jauh manapun kau lari .. dia tetap akan muncul depan mata kau .. Put your trust on Him . " Amanda menggenggam erat tangan Izrina . Dia sayang Izrina macam adik dia sendiri. Gadis ini , dia tahu telah tempuhi perkara yang palig pahit . Namun dia tahu , jauh di sudut hati gadis ini masih ada Izrina yang kuat.
" Thanks Manda . Thankyou for being a good sister for me . Thankyou for being a best bff for us. Thankyou for everything that you have done for us . Aku sayang kau dunia akhirat . Kau , Wina separuh jiwa aku . Saat semua orang taknak kawan dengan aku,korang datang pelawa aku untuk berkawan . Sungguh aku bersyukur dapat jumpa kawan macam korang . Fi Hifzillah Amanda . Jaga diri . Jaga maruah suami kau . Apa-apa masalah , bincang baik-baik . Aku doakan korang sampai ke Jannah . Ingat , aku dengan Wina sentiasa ada untuk kau . Aku mungkin bukan sahabat yang sempurna tapi aku cuba untuk jadi . Sebab korang , aku cuba . Aku yakin Allah hantar korang berdua bersebab . Jadi , aku mohon jadilah penyebab untuk aku selalu kuat ye . " terketar-ketar Izrina melontarkan kata-katanya . Dia tak dapat nak tahan sebak sampai air matanya mengalir tanpa sedar .
Amanda sebak . Begitu juga Wina yang berada di sebalik pintu yang terbuka sedikit . Mereka terharu dengan ucapan Izrina . Ketulusan gadis itu dapat mereka rasai sampai ke hati . Gadis yang dahulunya sering dipulaukan orang lain kini berdiri di hadapan mereka sebagai sahabat yang terbaik . Amanda terus memeluk tubuh Izrina . Malam itu , mereka menangis untuk satu sesi luahan hati seorang Izrina .
[Jangan mengharap sahabat yang sempurna tapi bantulah sahabat kita menjadi orang yang lebih sempurna. Itulah erti ukhwah yang terjalin ini iaitu persahabatan]
Tbc
Maaf kalau chap ni emosi sedikit . Aku sendiri pun menangis bila taip . Did you guys crying too ?
![](https://img.wattpad.com/cover/122823470-288-k903220.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...