" Kejap lagi wakil syarikat JA Corp akan datang. Jadi, Encik Aiden nak saya sediakan meeting room atau dekat pejabat ni je ? " tanya Izrina. Sesekali dia memandang Aiden di hadapan. Dalam pejabat ni kena formal. Dia sedar pangkat Aiden lagi tinggi daripada dia.
" Meeting room. Suruh Kak Mah sediakan air sekali. Ada apa-apa lagi ? " Ujar Aiden tanpa memandang Izrina.
" Oh okay. Takde dah. Macam tu saya minta diri dulu. Nanti saya bawa sekali fail projek yang nak dibincangkan " ujar Izrina. Dia terus keluar apabila melihat anggukan Aiden.
Izrina tersenyum pada Kak Ina apabila mereka berselisih untuk ke pantri.
" Nak suruh Kak Mah buat air ke ? " tanya Kak Ina. Dia tahu sangat gaya kerja Aiden. Kalau ada client, mesti kena ada air. Tanda hormat tetamu.
" Haah kak. Rina pergi dulu ye " senyum Izrina lalu masuk ke pantri. Di situ kelihatan Kak Mah sedang membersihkan pantri bersama Siti.
" Kak Mah. "
Kak Mah yang sedang menyusun cawan itu tersentak lalu berpusing ke belakang. Dia tersenyum apabila terpandang gadis berbaju kurung bunga kecil itu .
" Eh Rina. Nak apa ye ? " tanya Kak Mah.
" Ada pesanan daripada bos besar. Dia kata minta tolong Kak Mah buatkan air untuk client dari JA Corp. Nanti hantar dekat meeting room ye. Boleh kan? " Izrina tersenyum kepada Siti apabila gadis itu memandang dia.
" Eh bolehh je. Nanti Kak Mah hantar. Rina jangan risau "
Izrina mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.
¤¤¤¤
Tok! Tok!
" Masuk "
Kak Ina masuk ke dalam apabila terdengar arahan Aiden.
" Encik Aiden. Wakil JA Corp dah sampai. Mereka dah masuk meeting room "
Aiden mengerutkan dahi. Mana PA dia ?
" Izrina mana? " tanya Aiden tegas. Sepatutnya gadis itu yang beritahu dia semua ni. Itu skop kerja dia kan?
" Oh Rina. Dia pergi tandas tadi. Jadi Kak Ina tolong dia sekejap. Fail semua dia dah sediakan dalam bilik tu. " ujar Kak Ina. Memang tadi Izrina ada minta izin nak ke tandas, sekali wakil tu datang. Terpaksa lah dia tolong sekejap.
" Oh okay. Thankyou kak " senyum Aiden. Senyum itu sedekah okay.
Kak Ina mengangguk lalu keluar.
Aiden mengemas mejanya sebelum berjalan keluar. Dia bertembung dengan Izrina apabila membuka pintu. Dia menggeleng kepala apabila melihat Izrina yang kelam kabut. Sesekali dia terdengar gadis itu merungut.
" Aduhh mesti dia dah masukk ni. Mati lah aku. Tu lah, lambat lagi kauu "
" Masuk apa? "
" Ehhh mak kau masuk minang!! " latah Izrina.
Aiden menekup mulut menahan gelak manakala yang lain sudah tersenyum, tergelak kecil melihat Izrina melatah.
" Ehem. Masuk minang ek? Haha macam-macam lah kau ni. Jom masuk meeting room " Aiden tergelak sebelum berjalan ke arah meeting room.
Izrina menggigit bibir bawahnya sambil menutup muka dengan buku nota. Aaduh maluu! Boleh pula dia melatah macam tu. Siapa tak melatah kalau tengah mengumpat lepastu tiba-tiba tuan punya badan tegur. Tapi melatah dia tadi tuuu.. Aduh haih!
Dia berjalan mengikut langkah Aiden daripada belakang.
Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik itu, masa seakan-akan terhenti.
Wakil JA Corp tu dua orang. Okay boleh terima lagi. Tapi muka salah seorang daripada wakil tu.
Naufal.
Izrina terkaku.
Aiden diam.
Naufal yang melihat Izrina masuk ke dalam bilik itu tersenyum sinis.
Kita berjumpa balik, Nurul Izrina. I found you my dear.
Tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/122823470-288-k903220.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...