" Oi ! "
Terhinjut bahu Izrina bila disergah dari belakang. Dia menjeling apabila Aiden berdiri sebelah dia.
" Ehem.. Sorrylah.. Niat aku cuma nak kenalkan mama dengan yang lain.. Tu je.. Tak sangka pula dorang anggap kau ehem makwe aku " Aiden menggaru belakang kepalanya tanda menyesal. Dia tak suka bila Izrina buat silent treatment dengan dia macam ni.
Gadis itu lepas makan tadi minta diri sekejap nak jalan satu rumah ni. Dia dah tahu Izrina mesti marah dengan dia. Nasib baik gadis itu tak lari. Tepi kolam ikan ni juga tempat gadis itu tenangkan diri.
" Kenapa? "
Aiden menoleh. Maksud gadis itu?
" Kenapa bawa aku jumpa parent kau? " sambung Izrina. Sebenarnya dia sendiri pelik. Tak pernah lagi Aiden ni mention nak bawa dia jumpa parent lelaki itu. Ini tiba-tiba je Aunty Maira tu nak masuk meminang. Tapi dia kan anak yatim piatu. Hm. Dan betul ke apa yang dikatakan sepupu Aiden? Lelaki itu sayang dia?
Aiden mengeluh. Dia kena berterus terang. Kena!
" Sebab aku sayang kau. Bila aku bawa kau ke sini , tu tandanya aku serious nakkan kau. " sejurus berkata begitu Aiden terus masuk ke dalam.
Izrina, dia terpana mendengar ayat lelaki itu. Dia merasakan detak jantung dia berdegup laju seiring perjalanan darah dalam otak dia sekarang ni.
" Dia memang sayang Rin. "
Izrina menoleh. Kelihatan Maira mendekati dia. Wanita itu memegang tangan dia lalu memandang wajah Izrina.
" First time Rin. Aiden bawa kawan perempuan dia jumpa Aunty. Untuk pertama kalinya Aunty kenal kawan perempuan dia. Dia siap malu-malu lagi nak minta izin bawa Rin datang sini. Rin adalah gadis pertama yang Aiden bawa jumpa kami semua. Sekarang Aunty tahu kenapa semenjak dua ni dia asyik gelisah. Sebab dia tak yakin dengan hati dia. Tapi, sekarang Aunty nampak sinar kebahagiaan dalam mata dia bila Rin datang jumpa kami semua. Mengenali Aiden tu, dia jenis tak pandai nak tunjuk cara dia sayang kita. Tapi. Bila dia sayang, dia akan sayang betul-betul. Aunty tahu dia sayang Rin. Bukan sebagai kawan. Tapi lebih. Aunty harap sangat Rin mampu terima dia. " Maira tersenyum sambil memandang gadis di hadapan dia.
Izrina terkelu. Kata-kata seorang ibu yang memahami jiwa anak dia itu tidak akan menipu.
" Tapi Aunty.. Rin.. Ada masa silam yang membuatkan Rin takut nak jatuh cinta.. Rin takut seandainya Rin terima Aiden, Rin akan rasa benda yang sama. Rin takut Rin akan kecewa dengan perkara yang sama. " Izrina tersenyum pilu mengingatkan bagaimana dia pernah berharap pada cinta manusia tapi akhirnya dia tewas.
Maira menepuk perlahan belakang gadis itu. Dia memeluk sisi tubuh Izrina. Gadis ini seperti Ain. Hatinya rapuh walaupun fizikalnya kuat. Dia faham.
" Rin sayang Aiden? Pernah istikharah tentang dia? " soal Maira.
Izrina terdiam. Soalan itu. Menjerat diri dia. Perlahan-lahan dia mengangguk.
" Pernah. " jawab Izrina.
" Apa yang Rin nampak? " soal Maira semula.
Izrina memandang wanita seperti ibunya. Dia diam.
" Rin..nampak.. hm.. Rin nampak Aiden.. Bukan orang lain.. Rin sayang dia Aunty..tapii.. " sedikit demi sedikit air mata gadis itu mengalir.
Maira mengucap syukur. Dia menarik Izrina ke dalam dakapannya. Dia tahu perasaan gadis ini. Gadis ini sayang Aiden tapi masa silam membuatkan dia takut untuk melangkah ke depan.
" Listen. Rin dah nampak future Rin. Jangan toleh belakang lagi. Maju ke depan sayang. Aunty yakin Aiden mampu jaga Rin sebaik mungkin sebab dia jaga Aunty dengan baik. Kita kalau nak cari suami, tengok macam mana dia layan ibu dia. Dan sejujurnya, Aunty bangga dengan Aiden sebab dia mampu jaga Aunty sebaik mungkin selepas pemergian kakak dia. " nasihat Maira. Dia sudah jatuh sayang pada gadis ini. Melihat Izrina menangis, dia turut rasa pilu.
Izrina terus memeluk Maira. Dia rasa seperti dia mempunyai seorang ibu sekarang ni. Semua yang dia pendam, dia lepaskan pada bahu Maira. Semua tangisan yang dia tahan, dia lepaskan pada Maira. Sesungguhnya dia amat merindui arwah ibu bapanya sekarang ni.
¤¤¤¤
" Oh jadi kamu anak yatim piatu? " tanya Tengku Qaisara. Dia bersimpati terhadap nasib gadis ini.
" Haah Puan. Itu sebab saya kena survive sekarang ni. " senyum Izrina.
" Apa Puan ni. Panggil Tok Ma je. " Tengku Qaisara menggenggam erat tangan Izrina.
Aiden yang melihat Izrina mampu membiasakan diri dengan family dia tersenyum lebar. At least dia buat raya gadis itu bermakna.
" Lepas bro " ujar Firhad.
Aiden membuat muka pelik.
" Lepas nak masuk family kita lah. Hahaha dia lawa. I like her " setuju Khalisha. Dia sendiri terpesona dengan kesopanan gadis itu. Tadi pun beria Izrina nak menolong dekat dapur.
" Tu lah. Boleh buat geng. Savage juga dia tu. " selit Khalish.
Aiden menepuk dahinya. Arghh sudahh. Sepupu dia semua ni dah lah macam hape. Memandai je nak buat plan entah apa nanti.
" Aiden! Hantar Rin balik ni " panggil Maira.
Aiden yang terdengar mamanya panggil terus berlari ke pintu. Di situ terlihat Izrina yang berdiri di hadapan mamanya.
" Aiden hantar sampai rumah taw. Jangan melencong. Rin, next time datang rumah mama lagi okay. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Rin. Mama dah anggap Rin macam anak mama " Maira terus mendakap tubuh gadis itu.
" Betul tu. Rin jangan segan nak datang. Sebab biasanya mama seorang je dekat rumah kalau papa dengan Aiden takde. " ujar Izz. Dia sendiri dah mula sayang gadis kecil itu. Mendengar betapa sulitnya hidup gadis itu, membuatkan dia tabik sebab gadis itu mampu berdiri sampai sekarang.
Aiden terpana. Huish dah siap mama papa dah ni. Belum kahwin lagi woi ! Dahsyatnya penangan minah ni dekat family dia.
Firhad dah menyiku Aiden. Dia tersenyum mengusik apabila mendengar ayat Maira. Dia tergelak kecil apabila Aiden menjeling tajam. Nampaknya family ni akan dapat ahli baru lah nampaknya.
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...