3 tahun kemudian ,
Izrina's POV
Rasa macam semua berlalu dengan pantas. Sekejap je sudah 3 tahun aku meninggalkan zaman belajar. Sekarang ni aku terperuk je dekat rumah ni menunggu panggilan kerja. Itupun kalau ada rezeki lah. Badrul pun dah kahwin dengan Sakinah, anak ketua kampung ni. Jadi, tugas aku sekarang jaga ayah yang sudah tua.
Amanda ? Budak tu dah jadi pemilik butik terkenal dekat KL sana dah.
Wina ? Siapa sangka budak kuat makan tu sekarang ada kedai bakery sendiri hahaha! Tu sampingan je sebab dia jaga restoran mama dia juga.
Yang tiga ekor tu ? Hm entahlah. Aku malas nak ambil tahu terutama mamat selenga tu.
Hanis dengan Tini dah kurang contact aku. Hm entah macam manalah dorang tu. Rindu nak duduk satu rumah lagi.Naufal ? Dua hari lepas aku nampak dia tapi aku terus pecut balik sebab aku.. masih trauma dengan kejadian dulu..
" Rinn "
Aku memandang ke belakang. Cepat-cepat aku bantu ayah berjalan. Risau dengan keadaan ayah sekarang ni. Ya Allah.
" Uhukk. .Rin masih. .Uhukk. .tak dapat kerja ke ? " sesekali ayah batuk kuat. Haih macam mana ni. Aku bukan cukup duit nak bawa ayah ke hospital. Hmm.
" Belum ayah. In Sha Allah nanti adalah tu rezeki Rin. Ayah jangan risau ye " Aku cuba menyedapkan hati ayah. Taknak dia makin risau dengan keadaan aku.
Ayah mengangguk. Mungkin taknak panjangkan cerita. Petang itu kami menikmati angin petang bersama-sama sambil bercerita.
¤¤¤¤
Aiden's POV
Pukk!
" Kak Ina ! Masuk sekejap ! " aku memanggil Kak Ina yang berada di luar melalui interkom. Manusia yang depan aku ni, aku buat bodoh je. Naik tekanan darah aku macam ni.
Tok! Tok!
Aku jerit menyuruh Kak Ina masuk sebelum dia terpacak depan aku.
" Kenapa ni Encik Aiden ? Aifa ada buat salah ke ? " aku lihat Kak Ina menjeling anak saudara dia tu.
Memang kak! Banyak sangat!
" Saya nak Kak Ina panggil budak-budak yang sebelum ni interview untuk jawatan ni. Aifa ni saya terpaksa buang dia. Semua kerja saya makin serabut ! Itu salah ini salah ! Jadi, sebelum saya mengamuk, baik Akak buat kerja apa yang saya arahkan tu " Aku berkata dengan nada keras supaya budak Aifa ni dengar sekali. Serabut aku dengan perempuan ni !
Kak Ina mengurut dahinya. Nampak sangatlah dia tahu perangai anak sedara dia ni. Si Aifa ni pula aku tengok dah tunduk je. Tahu salah ! Habis rosak mood aku betul ada PA macam ni !
" Baik. Nanti akak panggil mana yang sesuai dengan ciri-ciri Encik Aiden nak. " Kak Ina terus menarik tangan Aifa tu keluar apabila aku mengangguk.
Aku menyemak fail-fail di atas meja. Erghh macam-macam typo ada, salah itu ini lagi. Macam mana lah minah ni kerja! Hish. Papa lah ni, suruh aku jadi CEO dekat syarikat dia. Nasib baik sayang, kalau tak memang aku cari kerja sendiri.
Akmal tu pula, sebijik je nasib macam aku. Pewaris syarikat mak ayah sendiri.
Sama kes je dengan si Afriq tu.
Tapi yang aku tak boleh nak terima boleh pula melekat dorang tu dengan kawan-kawan minah senget tu.
Si Akmal dah tunang dengan Amanda.
Afriq ? Dalam proses katanya. Entah apa.
Minah tu ? Aku tak tahu dia lesap ke mana.
Mana kau pergi Izrina ? Tipu kalau aku cakap aku tak rindu kau. Arghh!
¤¤¤¤
Izrina terjerit apabila dia mendapat panggilan untuk interview kerja. Meskipun jawatan setiausaha je, dia dah bersyukur dah.
Dia memeluk ayahnya yang baru duduk di ruang tamu itu.
" Rin dapat interview kerja ayah! Lusa Rin kena pergi KL. " Izrina tak mampu nak tutup riak terujanya.
Pak Cik Ahmad mengucap syukur dalam hati. Dia gembira melihat riak wajah riang Izrina itu. Akhirnya penantian anaknya itu berakhir. Semoga Izrina dapat kerja tu.
" Nanti suruh Rul hantar dengan Sakinah. Minta tolong baik-baik. " ujar Pak Cik Ahmad.
Izrina mengangguk mengiakan arahan ayahnya. Dia tak sabar rasanya nak pergi interview itu. Harap-harap dia dapatlah.Dia terus mencapai telefonnya untuk memaklumkan Badrul. Lelaki itu sahaja yang mampu membantu dia. Kalau tak, terpaksalah dia naik bas. Hm.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...