Maira memandang suaminya yang sedang membaca buku di atas katil sambil bersandar. Salah satu tabiat Izz yang dia tahu bila lepas kahwin ni benda ni lah. Izz mesti akan baca buku dulu before tidur. Macam takde kerja lain je nak buat. Haih.
" Kenapa pandang macam nak tembus je ni sayang ? " Izz bertanya tanpa mengalihkan pandangannya daripada buku. Bukan dia tak perasan Maira tu pandang dia je sampai losyen ke mana, tangan ke mana.
" Pandang suami sendiri , bukan suami orang " Maira sengaja nak menduga Izz. Nak tengok sama ada suami dia tu alihkan perhatian ke tak. Dann..
Zup!
Maira menahan gelak apabila Izz memandang dia tajam. Okay dia jealous !
" Beranilah buat. Sayang tidur luar kang " Izz mendecit geram. Apa pula nak pandang suami orang kalau suami sendiri ada ni!
Tanpa ditahan, Maira tergelak.
" Hahahahaha abang ni lawaklah. Konon suruh sayang tidur luar. Elehhh " Maira tersenyum mengejek sambil ikut bersandar di kepala katil sebelah Izz.
" Sayang ni bergurau sekarang semacam. " Izz menjeling isteri dia di sebelah. Pelik betul dia. Siapa entah mengajar isteri dia ni. Mahu kena sekeh ni !
" Saje. Perkahwinan ni kena ada manis gurau sendanya okay hahah.. Oh yeah by the way.. Aira dah selamat bersalin.. Dia baru beritahu sayang tadi tengah hari " Maira tersenyum mengingatkan bagaimana dulu dia menyampah dengan Aira tu tapi sekarang itulah salah satu kawan dia juga.
Izz mengangguk. Dia masih ingat siapa Aira tu. Rasa macam tak sangka mereka sekarang masing-masing dah ada anak. Hahaha!
" Rasa macam masa berlalu dengan cepat kan. Sekejap je Aiden dah dewasa. Lepastu dia kahwin then kita dapat cucu hahaha so sweet.. Sayang masih ingat lagi macam mana sayang suruh abang deliver makanan dekat rumah tu.. Hahaha nasib baik papa faham.. " Maira tergelak kecil mengingat semula kenangan itu.
Izz tersenyum kecil. Tak jadi dah nak baca buku bila isteri dia dah buka cerita lain.
" Tahu pun. Gila tahu tak. Nasib baik papa faham, kalau tak mahu abang kena halau balik. Sayang ni pelik je lah " Izz menggeleng kepala. Dia masih ingat macam mana dia terkejut dapat panggilan daripada gadis itu semata untuk makanan korea tu. Haih bini..
" Lepastu yang masa abang dukung sayang masa latihan tu. Oh my. Time tu malu gila kot. Memandai je abang kan " Maira menjeling si suami di sebelah. Habis dia tahan malu untuk beberapa hari masa tu.
" Hahaha yang tu ke? Sayanglah. Macam rangka dah abang tengok. Rangka yang dekat makmal sekolah tu. Kalau biar jalan sendiri, memang angin tolak pun sayang jatuh " sindir Izz. Dia bukan sengaja tapi masatu Maira ni dah pucat sangat. So darurat punya kes hahaha!
Maira mendecit geram. Apa dia panggil kita rangka pula. Rangka ni juga isteri dia sekarang ni taw. Eyy geram je tengok mamat sebelah ni.
" But I'm glad you're mine right now. Masa tengok sayang dalam tahanan arwah Aunty Farah, serious I just cant. Rasa macam bakal hilang sayang. Hahaha nampak clishe tapi tu sebenarnya apa yang time tu abang rasa. Takpe sekarang dah ada depan mata, so abang boleh lah relax lagi. Hahaha abang bukan jenis tahu tunjuk sayang ni macam mana tapi abang rasa sayang tahu kan betapa berharganya sayang dalam hidup abang. Rasa cukuplah abang kehilangan Ain. " Malam itu, Izz melepaskan segalanya. Segala yang dia pendam. Mengenali Izz Farhan seorang yang serious, so agak susah untuk faham isi hati dia.
Maira terdiam. Dia tahu Izz sayang dia. Dia tahu itu sebab segala perilaku Izz dah menunjukkan semuanya. Tak perlu dia nak paksa Izz untuk ucap perkataan tu.
" I know. I know you well. So, just please take care yourself. For me. For Aiden. We still need you. " Maira tersenyum melihat Izz , imam dia.
" I will. Dah lah sayang oi. Tidur. Abang mengantuk "
Maira menjulingkan mata. See ? Izz memang tukang spoil saat-saat romantik macam ni. Geram je tengok suami dia tu. Minta kena tikam je hahaha!
Tbc
Sorry tetiba selit IzzxMaira. Hahaha sis cuma rindu watak dorang 😭
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...