26

5.3K 223 9
                                    

Amanda menggigit bibirnya. Sekarang ini dia mampu menunduk je bila Izrina pandang dia macam nak telan. Bukan salah dia pun. Dia cuma taknak jadi apa-apa je.

" Dah lah Rin. Bukan salah dia. Kau ni macam menidakkan rezeki betul lah " Wina membela Amanda apabila melihat sahabatnya itu dah menunduk macam tu.

Izrina mengeluh. Dia bukan marah cuma geram je. Tak sangka pula tempat IH Holdings tu syarikat milik keluarga Aiden. Kalau tahu , memang tidak ah dia nak jejak.
IH Holdings.

Gabungan nama Izz dan Humairah.

" Takpelah. Aku okay je kot kerja dengan dia. Esok aku nak balik kampung. Boleh hantar dekat stesen bas tak ? " Izrina memberitahu niatnya untuk esok. Dia sebenarnya risau mengenai kesihatan ayahnya itu.

Amanda dan Wina saling berpandangan. Cepatnya sahabat dia ni balik. Baru nak spend time sama-sama.

" Cepatnya.. Tapi takpelah. Aku faham kau risaukan ayah kau kan.. Esok aku hantar kau okay? " Amanda tersenyum. Nasib baik esok dia free. Wina ni sah-sah busy memanjang.

Izrina tersenyum tanda terima kasih. Dia bersyukur dapat sahabat macam mereka. Yang sehingga kini masih bersama dia.

" Mamat tu tak cakap apa pula? Bila kau start kerja ? " tanya Wina tiba-tiba. Yelah ingatkan esok Izrina ni terus kerja tapi ni siap boleh balik kampung ni.

" Dia cakap start minggu depan. So, aku datang sini next week lah. " Izrina menjawab sambil mengunyah epal yang dipotong oleh Wina tadi.

" Ohhh. Macam tu duduk dengan kitaorang je lah. Jimat duit kau juga. Lepastu pergi kerja dengan Manda atau aku je. Sehala kan tempat tu. Okay? " Wina menyatakan hasratnya yang dah lama dia simpan sejak semalam. Dia taknaklah Izrina duduk jauh-jauh. Sewa sekarang bukan murah. Nak nak lagi ni KL.

Izrina menggaru kepalanya. Dia sebenarnya serba salah. Mereka ni dah banyak sangat tolong dia. Kang orang cakap nak ambil kesempatan pula.

" Tak payah tolak. Kau duduk je sini. Kita ni dah macam adik-beradikk dah. Muktamad " putus Amanda. Dia tahu sangat Izrina cuba nak menolak jadi baik dia warn awal-awal. Hahah!

" Hm okay lah. Thanks taw " Izrina tersenyum kekok. Segan juga dia.

¤¤¤¤

" So dia kerja sebagai PA kau lah sekarang ni? " tanya Afriq.

Sekarang ni mereka tengah melepak dekat mamak. Macam biasalah tengok game bola.

" Haah. Aku sendiri pun tak sangka dia ada mohon jawatan tu " Aiden tersenyum kecil.

" Jangan mula lagi perang dunia ke-10 dah lah weh. " sindir Akmal. Bukan dia tak kenal Aiden ni. Kerjanya nak membuli si Izrina tu je.

Aiden tersenyum sinis.

" Tengok lah macam mana "

Afriq dan Akmal menggeleng. Dah agak dah!

" Tapi puberty hit her so hard. Dia makin lawa. Kau agak dia dah berpunya belum? "

Soalan Aiden itu mendatangkan mood mengusik dua ekor monyet tu.

" Ehem sakit pula tekak aku ni "

" Aku dah bau nasi minyak lah Riq "

Aiden menjeling tajam. Dia menyampah betul tengok muka poyo Afriq tu. Makan dulang mamat tu kang.

" Tak payah nak sindir bagai. Menyampah aku " perli Aiden.

Akmal dan Afriq terus tergelak. Rasa lawak pula bila Aiden tanya pasal Izrina ni.

" Dah cakap dah jangan buli nanti jatuh hati. Padan muka " ejek Akmal. Dia dah agak dah dari dulu si Aiden ni memang akan ada hati dengan Izrina.

" Mana ada lah! Aku tanya tak bermakna aku suka dia " dalih Aiden. Huish mampus kalau Akmal tahu ni. Mahu mamat tu riak sebab betul.

Akmal tersenyum sinis. Nak menipu dia tak agak-agak. Bukan dia kenal Aiden ni sehari dua. Dah bertahun dah pun.

" Acahhh sangatttt. Sekali dah berpunya, kau yang melayang " perli Afriq. Biarkan dia kenakan kawan dia tu.

Aiden terkedu.

Ohh mohon dijauhkan lahh wehhh!

Tbc

Takdir KitaWhere stories live. Discover now