"Habistu kau tak tanya dia siapa lelaki tu ? entah betul ke tak tu bekas tunang " Afriq memandang Aiden yang mengeluh serabut itu .
" Tu lah . Tapi takkan Rina tu nak tipu pula ? Kau sendiri cakap dia macam takut dengan lelaki tu kan ? Kira memang lelaki tu ada sejarah hitam dalam hidup dia mungkin . Fikir positif je lah Den . Lagipun , kau kena ingat kau bukan sesiapa dia . So tak payah masuk campur " nasihat Akmal . Dia rasa Aiden tak perlu nak fikirkan sangat hal ni sebab mereka berdua pun bukan ada ikatan . Lebih baik lelaki itu jangan sibuk hal Izrina .
Aiden terdiam mendengar kata-kata Akmal . Ada betulnya juga ayat Akmal itu . Dia bukan sesiapa gadis itu sampai nak risau sangat . Nanti keadaan makin teruk pula bila dia masuk campur . Apa yang dia boleh buat cuma menjaga gadis itu bila gadis itu dalam kesusahan .
" Hmm okay lah . Hah kau ! Next month dah nak jadi suami orang . Ready ke tak ? Jangan tersasul nama orang lain sudah lah " Aiden mengusik Akmal yang bakal berkahwin bulan depan dengan Amanda . Rasa macam sekejap je mereka masih bujang tapi sekarang tup tup seorang nak kahwin .
Akmal tersenyum .
" Bolehh lahh .. Persiapan semua dah nak settle .. Huish ! Simpang lah weh nak tersasul nama orang lain . Mahu kena baling dengan dulang hantaran nanti hahaha ! " Akmal dah boleh bayang dah macam mana dulang tu melayang kena dia bila dia tersasul nama pengantin . Hahahah ! Amanda tu jangan dicabar , kepala batu juga tu . Nampak je feminin sedikit tapi brutal masih ada .
Aiden dan Afriq tergelak mendengar ayat Akmal . Mereka senang bila Akmal sudah jumpa cinta hati dia sendiri . Mereka harap Akmal akan tetap bahagia seperti sekarang sampai bila-bila .
" Aku nak bagitahu something juga ni . " tiba-tiba Afriq mencelah .
Aiden dan Akmal terus menumpukan pandangan mereka terhadap Afriq .
" Hujung tahun ni aku akan kahwin dengan Wina " ujar Afriq .
Dua pasang mata terus terbuntang mendengar ucapan rasmi Afriq itu . Mereka tak salah dengar kan ? Afriq memang cakap dia nak kahwin kan ? Tak tipu kan ?
" SERIOUS LAH ? " tekan Aiden . Dia memandang Afriq bagi memastikan dia tak salah dengar .
" Biar betul kau ? Advance gila " ujar Akmal .
" Betul lah . Aku decide tunang tu masa aku masuk minang dia minggu lepas . Malas nak hebohkan sebab tunang je kan tapi disebabkan korang kawan aku , bagitahu je lah . Amanda dengan Izrina dah tahu benda ni cuma aku cakap biar aku bagitahu korang sendiri . Kira sekarang kau je lah Aiden masih single . " tenang Afriq . Rasa lega bila dia dah sampaikan semuanya . Jadi , takde lah dia nak sorok apa-apa lagi .
Aiden dan Akmal tersenyum . Mereka tak marah pun malah bahagia atas kebahagiaan kawan mereka sendiri . Mengenali Afriq yang jenis happy go lucky je , memang susah nak percaya tapi mereka tahu bila Afriq dah nekad nak berbuat sesuatu ..memang dia akan buat tanpa teragak-agak .
" We're happy for you ,bro . Jaga Wina tu baik-baik . Nak lagi Wina tu anak manja hahah .. Ada masalah bincang baik-baik " nasihat Aiden dan Akmal .
Afriq mengangguk senang . Pasti ! Dia akan jaga Wina selagi dia mampu . Ingat senang nak tackle minah senget tu ? Macam-macam hal juga dia kena tempuh . Dia bahagia sebab di sisi dia terdapat mereka yang selalu menyokong dia dari belakang tanpa jemu .
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...