" I'm sorry. Saya tahu saya salah tuduh awak macam-macam tanpa usul periksa. Saya patut lebih percayakan awak. Saya tak patut percaya Naufal. Everything what I had done to you, I'm so sorry sayang. Saya tahu hati awak lagi sakit daripada saya. Saya tahu kesalahan saya tu lebih besar sampaikan saya hina anak..kita.. Saya minta maaf.. " Aiden memandang Izrina yang langsung tak pandang dia. Wanita itu langsung dingin pada dia lepas semuanya reda. Sekarang ni hanya mereka berdua sahaja di sini ni.
Izrina tersenyum sinis dengar segala kata-kata Aiden.
" Kalau dengan maaf tu boleh cantumkan balik hati ni, takpe Aiden. Saya tak kisah. Tapi hati saya dah berkecai dah. Hati saya dah tawar dengan awak . Awak hina saya. Awak hina anak kita itu paling saya tak boleh terima. Awak tahu , saya hampir kehilangan dia disebabkan awak! Mana semua janji awak? Mana!? Apa beza awak dengan dia kalau awak pun sakitkan saya? Takde! Jadi, lebih baik awak jauhi saya. Saya tak kisah kalau takde suami pun " Izrina terus melangkah masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja pintu tertutup, dia melorot jatuh. Dia menekup mulutnya menahan esakan. Tipu kalau dia tak terpujuk tapi hati seorang isteri mana tak sakit kalau suami dia tak percayakan dia langsung. Dia dah penat nak tarik balik kepercayaan Aiden pada dia, pada takdir mereka. Penat. Dia sejujurnya masih sayangkan Aiden tapi dia taknak lalui benda yang sama lagi.
Aiden terdiam. Hati dia hancur melihat air mata Izrina tadi. Dia tahu dia penyebab semua ni berlaku. Dia penyebab Izrina bencikan dia. Tapi dia nak isteri dia balik. Dia nak Izrina semula. Dan dia akan usaha sampai hati Izrina terpujuk.
Malam itu, Aiden tidur di ruang tamu sebab dia tahu Izrina mesti tak suka dia masuk dalam bilik. Cukup baiklah Izrina tak halau dia.
Izrina bangun bila rasa semuanya dah senyap. Aiden mesti tidur di ruang tamu. Tapi dekat luar tu sejuk. Dengan nyamuk lagi. Dia serba salah. Sebenci mana pun dia pada Aiden, lelaki itu masih suami dia. Masih ada tanggungjawab dia perlu lakukan. Hm.
" Aidenn "
Aiden membuka matanya. Dia terkejut bila lihat Izrina di hadapan dia.
" Masuk bilik. Awak tidur dekat luar ni sejuk. Nyamuk banyak. " ujar Izrina datar.
" Takpe ke? "
" Kalau saya kisah, saya halau awak tidur dekat luar " sindir Izrina sebelum masuk ke dalam bilik.
Aiden tersenyum kecil. Dia yakin Izrina masih sayangkan dia lagi. Jadi, peluang dia masih tinggi.
¤¤¤¤
Izrina tersenyum kecil melihat Aiden menyapu halaman luar tu. Nak tergelak rasanya bila dia nak buat kerja tu tadi, Aiden membantah dengan alasan dia tengah mengandung.
" Papa awak tu tengah cuba nak ambil hati mama ke sayang? Hm kita tengok sejauh mana dia kuat " Izrina mengusap perutnya yang mula nampak bentuk itu sambil tersenyum.
Aiden mengelap peluhnya. Dia tersenyum puas bila lihat halaman dah bersih. Sekarang nak bakar pula. Ini kalau suruh Izrina buat , memang payah ni. Nak nak lagi tengah berbadan dua. Hm.
¤¤¤¤
" Hahaha entahlah. Biar je lah dia berusaha nak dapatkan hati aku. " ujar Izrina. Tiba-tiba Wina call semata nak cakap benda ni. Sesekali dia menjeling Aiden di luar.
" Engkau kan memang taw. Dah sayang tu nak acah-acah merajuk pula. Tapi takpelah. He deserve that hahahaha " sokong Wina.
" Hahaha kannn. Hati aku bukan pulih sepenuhnya. Lagipun aku tahu bukan salah dia sangat. Dia cuma ragu-ragu tu je. " Izrina menyandarkan badan ke sofa. Kebelakangan ni dia penat sangat. Mungkin sebab dia banyak buat kerja kot.
" Takpe Rin. Kau yang penting jaga diri, jaga baby. Makan secukupnya. Rehat secukupnya okay. Aku nak letak ni sebab nak keluar kejap lagi dengan Riq. Byeeee sayanggg " ujar Wina sambil tergelak.
" Hahaha okay okay. Byee mak cikk " Izrina tergelak bila dengar wina menjerit bila dia panggil wanita itu mak cik.
Aiden masuk ke dalam rumah. Dia mengerutkan dahi apabila melihat Izrina yang masih tergelak di sofa itu. Tapi dia sendiri dah lama tak nampak muka ceria Izrina.
" Ehem. Dah siap ke? " Izrina cuba menenangkan hati yang gundah bila tengok Aiden tengah tenung dia tak berkelip.
" Hah? Oh dah. Hm nak saya buat apa lagi? " tanya Aiden. Harini dia takkan bagi Izrina buat apa-apa lagi. Dia sendiri nampak muka keletihan Izrina tu. Takkan nak biarkan je.
" Takde apa. Saya nak masak dulu. Awak mandi lah sana " ujar Izrina sebelum bangun ke dapur.
Aiden mengeluh. Izrina langsung tak senyum dekat dia. Nampaknya usaha dia masih kurang.
Satu hari tu macam-macam Aiden buat untuk tarik perhatian Izrina sampaikan wanita itu naik rimas. Kalau ye pun nak dapatkan kemaafan dia, tak payahlah macam ni. Menyampah lah! Rimas! Kekadang dia nak je cakap dia dah maafkan Aiden tapi dia sengaja nak tengok usaha Aiden tu. Takkan senang gitu je nak bagi kemaafan. Eh no.
Tbc
YOU ARE READING
Takdir Kita
Romance[C O M P L E T E D] [ PERTEMUAN AWAL ] " Aku tak percaya takdir! Kau tak faham ke!? " - Izrina " Percayalah! Kau tu memang takdir aku! Kalau tak, mana je aku ada mesti kau ada. Pahal?! " - Aiden Boleh ke dua orang yang berbeza pendapat n...