Bang!
Tepat mengena dahi sasarannya.Si dia tersenyum senget.Kemudian,dia beralih pula ke sebelah kanan.
Kelihatan seorang lelaki sedang meluru ke arahnya sambil mengangkat sebilah parang.
"Hiyargh!" Lelaki itu mengangkat parangnya untuk melibas.Si dia pantas mengelak lalu,
Buk!
Lelaki itu terdampar di atas jalan tar dan mengerekot kesakitan.Diusap rahangnya yang terasa seperti mahu patah itu.
"Huh!Lembik." Si jejaka bergerak ke arah sekumpulan manusia yang saling bersahut-sahutan melaung kata cacian sesama mereka.
Bang! Bang! Bang!
Tembakan dilepaskan ke arah beberapa orang lelaki yang sedang membelasah anak-anak buahnya.
"Thank you boss!We love you!" Nial melaung.Darah yang mengalir di bibirnya,diabaikan.
"Aww,my hero!" Iman pula berkata sambil mengenyit mata.Dia bangun lalu menendang musuhnya yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.
Nial dan Iman kemudiannya menapak ke arah rakan-rakan mereka yang masih bergelut.
Peluh di dahi dikesat.Mata melingas ke kiri dan ke kanan,memerhati jika ada musuh yang membuat serangan hendap.
Mata dipejam sesaat lalu dibuka kembali.Nafas cuba diatur.
"Woi!Belakang kau!" Kedengaran suara yang menjerit melalui earpiece iaitu alat pendengar yang terselit di bahagian telinga.
Kepala segara dipaling ke belakang.Badannya direndahkan.Huh,nasib sempat!
Kaki dinaikkan lalu dihala ke bawah dagu musuhnya.
Dush!
Prak!
Bunyi tulang patah menjengah telinga.Dia mendekati lalu menendang kepala si musuh sehingga tertiarap ke lantai.
"Kau,kenapa tak shoot aje kepala dia bangang?!" Dia menekan sedikit earpiece lalu terus menyembur marksmannya.
"Aku dah habis peluru lah!"
"Tak boleh pakai lah kau ni!" Si dia mendongak ke atas.Cuba mencari kedudukan si marksman.
Dia terpandang sniper rifle di atas sebuah bangunan yang berdekatan.Naufal melihat bosnya melalui kanta sniper rifle miliknya.
"Nak apa,usyar-usyar aku?" Si dia terus mengambil shotgun lalu dihalakan ke arah Naufal yang sedang meniarap di atas rooftop bangunan terbengkalai itu.
"Okey-okey!Sorry!" Lelaki itu menurunkan kembali shotgunnya.
"Bos!Kami dah dapat anjing ni!" Dia berpusing ke arah datangnya suara yang memekik lantang.Kelihatan Darren sedang mengheret seorang lelaki pertengahan usia.
"Dah lah tua.Suka cari pasal...pengecut pulak tu!" Darren mencekak rambut lelaki tua itu ke atas.Si dia membuat isyarat mata menyuruh Darren melepaskan lelaki tua itu.
"Ak...aku mintak maaf D.A.Lepaskan ak...aku.Bagi aku peluang.Aku janji ta...tak bb...buat lagi!" Si dia menundukkan badan menyamai ketinggian Dato' Rahmat yang duduk melutut.Bibirnya tersungging senyum sinis.
"Peluang?" Keningnya diangkat.Dato' Rahmat mengangguk laju.
"Aku bukan jenis manusia yang suka bagi peluang dekat orang lain.Kau dah sabotaj projek aku.Now,kau suruh budak-budak yang pengecut macam kau ni datang serang aku?
Aku takkan bagi peluang dekat orang..." Dia melirik si tua yang sedang menggigil ketakutan.
"...lagi-lagi dengan orang yang buat sial dengan aku." Serentak dengan itu peluru terakhirnya dilepaskan tepat ke dahi Dato' Rahmat.
Dato' Rahmat rebah menyembah jalan tar.Si dia bangun sambil mengibas-ngibas jaket kulitnya.
"Buat kotor aku aje dengan darah murah dorang ni." Dia segera melangkah keluar dari kawasan yang sedikit suram itu.Tanpa berpaling,dia bersuara.
"Darren dengan Danish,korang 'bersihkan' anjing tu.Aku nak...semua clean." Mereka yang menerima arahan itu terus mengeluh.
Ni yang tak suka ni!
"Bos!Tunggu lah kita orang!" Nial menjerit.Tetapi,si dia hanya buat tidak endah.
"Bos!Alah,tunggu!" Ris pula menjerit.
"Bos!Tunggu!Mr D.A !!"
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...