Aurell menyambung besi-besi yang mempunyai tali getah di dalamnya.Meylia juga melakukan hal yang sama.Setelah selesai,mereka menyilangkan besi itu membentuk huruf 'X'.Seketika,mereka berdiri di pepenjuru.
Meylia memandang Aurell.Aurell mengangguk sekali.Lantas mereka menaikkan khemah.Kemudian,mereka memasukkan besi-besi khemah ke lubang yang disediakan supaya khemah kekal statik.Lock!
Mereka tersenyum puas.Senang aje nak pasang khemah ni.Tiga minit aje!Mereka mengambil pelapik lalu diletakkan di lantai khemah.
Bantal dan selimut juga diletak kemas.Aurell membawa keluar kipas mini dan lampu yang hanya menggunakan bateri lalu digantung.Siap!Mereka berhigh-five.
"Papa,mama.Betul ke korang nak stay dalam hutan ni seminggu?Bukan ke semua orang yang sertai camping ni cuma duduk lima hari aje?"Meylia menyoal sambil cuba menyalakan api dengan cara menggosok-gosok dua batang kayu.
Encik Adam mendekati Meylia lalu meletakkan unggun kayu di antara tapak khemah mereka.Dia menyalakan api melalui pemetik api.Dia tersenyum menang.Meylia membuat facepalm.
'Kenapa lah aku nak hidupkan api dengan cara susah.Haih..'
"Betul lah.Alah dua hari aje.Tak ada apa pun."Puan Armada menghamparkan tikar di tepi khemah lalu mula menyusun bekas-bekas makanan.Dia membuka tin tuna.
"Kenapa tak ikut Meylia balik sekali aje.Korang memang tak bercadang nak pergi mana pun kan lepas tu?Lagipun semalam kita dah pusing banyak tempat dah.Luar Rio de Janeiro pun kita pergi."
"Ohemgees!Aku teringat Fernando de Noronha!"Aurell menyampuk sambil meletakkan tangan di dada dan mengelip-ngelipkan matanya apabila terlayar kembali di ingatannya keindahan pulau itu.Dengan air lautnya yang berwarna biru kehijauan.Sangat cantik!
"Haah,kita orang memang tak bercadang nak pergi mana-mana dah.Kami..kami saja aje nak stay sini.
Mama dengan papa ada hal sikit dekat sini.Nak jumpa kawan lama."Balas Puan Armada sambil tersenyum.Aurell dan Meylia sama-sama berbalas pandangan.
"Abang.Jom,dirikan khemah.Asyik kalut dengan makanan aje!"
"Haah kan.Lupa pulak dengan khemah."Encik Adam tersengih.Pantas dia mengikut langkah isterinya untuk mendirikan khemah.
"Something fishy is going on.."Aurell mengangguk menyetujui kata-kata sahabatnya itu.
"Aku rasa betul cakap kau.Mungkin betul parents aku buat kerja haram.Semalam aku dengar mama bagitahu dekat papa,'dorang tak puas hati pasal stok yang silap tu.Sekarang dorang tengah cari kita.'Aku rasa mama dengan papa sebenarnya tengah lari dari someone lah."
Aurell tersenyum nipis sambil melambai kepada seorang kanak-kanak lelaki warga Irish yang sedang melambai ke arahnya.Nampak macam baru dua tahun.Comel!
"Kau rasa dorang tengah cakap pasal stok apa?"
"Entah lah weh.Aku pun tak pasti."Aurell mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Hmm.Tapi tak semestinya parents kau buat bussiness haram."Meylia menyuap roti sandwich tuna ke mulutnya.
"Tapi..hati aku mengatakan yang parents aku buat perniagaan haram."
×××××
"Take position."Semua ahli Golden Darkblood mengambil posisi masing-masing.
"Move."
Darren,Iman,dan Izz mula melangkah keluar dari perut kereta.Mereka berjalan terbongkok-bongkok dengan pantas lalu berdiri di belakang tembok dengan sniper mereka.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...