PF.Singkatan untuk Philip Fernando.Suatu nama samaran yang memporak perandakan kehidupan Golden Darkblood beberapa tahun yang lepas.
Itu semua terjadi angkara suatu 'kesalahan' yang dibuat oleh Dylan Aidan Santarossa.
“Let's go for a party guys!”Rykarl menjerit.Dia melompat di tempat duduk belakang.
“Make some noise!!”Naufal membuka muzik di aplikasi youtube yang dibuka menerusi televisyen yang tersedia di dalam kereta mewah itu.
“Yuhuuu!!!”
“Yo.Jauh lagi ke?”Darriel membuka headphonenya.Malas nak melayan kebisingan anak-anak buahnya.
“Tak lah jauh sangat.”Aidan melihat sekilas jam di dashboard.
2:15 a.m.
Dah lambat.Ini semua tayar punya pasal!Orang nak pergi parti lah dia sibuk nak pancit!
Bunyi hujan lebat masih mampu didengari walaupun mereka berada di dalam kereta.Meriah sekali suasana di dalam kereta mewah itu.
“Confirm yang lain bising.Dah lambat ni.Janji nak sampai pukul berapa,sekarang dah pukul berapa.”Darriel membebel sendirian.
“Lek ahh.Baru lambat setengah jam.”Nial menjawab sambil lewa.Dia sibuk menggilap kuku Iman.Haih,tak ada kerja..
“Bro.Sejuk lah.Turunkan sikit suhu air-cond.”Izz menarik lengan bajunya.Aidan hanya mengangguk sekilas lalu menurunkan suhu pendingin hawa.
“Kalau ada Darren kan best.”Ris merungut.Biasalah..best friend forever katanya.
“Nak buat macam mana..orang nak sambut birthday sepupu kesayangan merangkap crush.”Izz menjongketkan keningnya beberapa kali.
“Siap pakai baju sok-sok suci lagi nak acah-acah sweet.”Danish menyampuk.Mereka tergelak.
“Alahh..ada traffic light lah pulak.”Aidan mendengus.
“Langgar aje lah.Bukan ada kereta lain pun.”Rykarl bersuara.
“Suka main redah aje..”
Aidan menekan pedal minyak.Kereta mewah miliknya menderu laju membelah jalan raya yang sedikit lenggang itu.
Semakin hampir dengan persimpangan lampu isyarat,lampu hijau bertukar kuning.Aidan melajukan lagi keretanya.
Bum!
Kereta mereka berpusing beberapa kali lalu tersadai di tepi jalan.
“Erghh..”Aidan merintis kesakitan.Kepalanya di angkat dari stereng kereta.Kepalanya tidak mengalami kecederaan kerana stereng yang dilengkapi air-bag.
“Weh.Korang okey ke?”Aidan menggerakkan tubuh untuk berpaling ke belakang.Tubuhnya terasa sengal-sengal.
“Hmm.”Rykarl menggumam dengan keadaannya yang masih pening-pening lalat.
“Ahh..”Mereka menoleh ke arah Nial.
“Asal dengan tangan kau?”Izz menyoal.
“Arghh..terseliuh kot.”Dia mengetap bibir.
“Weh,tu..”Iman menunjuk ke arah sisi kereta.
Kelihatan sebuah kereta porsche putih sudah elok melekat pada tiang lampu.Kemik,kaca pecah,lampu kecemasan berkelipan dan seangkatan dengannya.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Ação[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...