-Sila buka dan dengar media semasa membaca/perlahankan volume.-
Sang wanita melangkah perlahan di atas pasir putih yang terhampar luas di permukaan bumi.Baju gaun putih labuhnya beralun apabila ditiup angin.Sandal yang dipegang diletakkan di tepi.
Sungguh indah alam ciptaan Illahi.Tenang dan damai semuanya sebelum dirosakkan oleh manusia-manusia yang tamak.
Rosakkan tempat tinggal makhluk lain,tebang hutan,bangunkan bangunan tinggi-tinggi,hanya untuk mengaut keuntungan?Apa faedahnya ada duit banyak-banyak tapi akhir sekali duit itu semua dihabiskan untuk menanggung kos hospital?
Itulah manusia akhir zaman.Terlalu terkejar-kejarkan dunia.Terlalu mendambai kemewahan.Duit disembah dan diagung-agungkan bak tuhan.
Akhirnya,diri sendiri yang merana.Sudah terlalu banyak petanda yang bumi ini sudah lanjut usianya.Haih,entahlah apa nak jadi.
“Ehem.”Deheman itu menghentikan segala lamunan.
Saat pupilnya menangkap gambaran sebuah rangka kapal karam yang besar terletak elok di situ,dia terpaku.
“Finally..”Dia menggumam perlahan.Dia bergerak merapati rangka kapal itu.Besi-besi kapal itu diusap perlahan.
“Mind to share some interesting info?”Aidan juga merapati rangka kapal itu.
“Navagio Beach or Shipwreck beach is an exposed cove.Sometimes, referred to as 'Smugglers Cove',on the coast of Zakynthos in the Ionion Islands of Greece.Navagio Beach was originally known as Agios Georgios.
On 2 October 1980,a freightliner,the MV Panagiotis,ran aground in the waters around Zakynthos Island on Navagio Beach during stormy weather and bad visibility.
It has been rumored that the ship was smuggling contraband such as cigarettes,wine and women.The ship was abandoned and still rests buried in the limestone gravel of the beach that now bears the nickname Shipwreck.The end.”Aurell tersenyum nipis.
“Nice.”Aidan memberi komen.
“Tenang aje kan tempat ni?”Aidan hanya mengangguk sebagai jawapan.
Matanya terhala ke hadapan.Tertumpu pada laut yang terbentang indah.Kaca mata hitam diperbetulkan.Aidan hanya bergaya ringkas.
Baju T berwarna biru cair dipadankan dengan kemeja putih yang tidak dibutangkan.Tangan yang terdedah kerana telah disinsing lengan bajunya itu dihias dengan jam tangan mewah jenama Bvlgari.
Untuk seluar,dia memilih untuk memakai skinny jeans bertona sama dengan kemejanya.Gayanya dilengkapkan dengan sneakers dari jenama Adidas yang juga berwarna putih.
“Saya nak tanya sesuatu boleh?”Aurell menggigit bibir bawahnya.
“Emm.”Aidan menggumam sahaja tanda keizinannya.
“Err,awak..ada niat tak nak hidup dengan saya selamanya?”Aurell bermain dengan jari-jemarinya yang runcing.
“Sebaik aje aku lafazkan akad nikah,aku dah janji dengan diri aku yang perkahwinan ni akan jadi perkahwinan yang pertama dan terakhir bagi aku.
Aku dah janji dengan diri aku,akan jaga kau sampai ajal yang pisahkan kita.Aku takda niat pun nak ceraikan kau.Aku kahwin dengan kau ikhlas.
Aku tak akan biarkan orang senang-senang sentuh kau,sakitkan kau.Aku nak ada anak dengan kau,hidup bahagia dengan kau sampai kita tua.
Aku sayangkan kau..aku cintakan kau.”Pengakuan yang tidak disangka-sangka itu hampir sahaja membuatkan Aurell pitam.Dia terpaku.
“Awak..awak cintakan saya?”Aurell menyoal lagi.Kut-kut lah suaminya itu bergurau ke kan?Tak pun,koklea dan saraf auditorinya sudah rosak.
“Yes I am.”Gulp.Dia tidak bergurau rupanya.
Aurell sudah menitiskan air matanya.
'Aku tak bertepuk sebelah tangan rupanya.Aku ingat selama ni,cinta aku hanya lah versi one-sided love.'
Aidan merapatkan kedudukan mereka lalu sebuah kucupan hangat singgah di dahi isterinya.
Setelah beberapa ketika melayan perasaan,mereka meleraikan pelukan.
“Jom.”Aurell mengajak.
“Hmm?”Aidan menaikkan keningnya.Aurell menarik lengan suaminya ke belakang rangka kapal karam itu.
Aurell menunduk lalu mengambil seketul batu yang bertaburan di atas pasir putih.
“Nah.”Batu berwarna putih yang bersaiz sederhana kecil itu diletakkan di atas telapak tangan Aidan.Batu itu seakan-akan pable wash atau batu yang dihias di kolam ikan.
“For what?”Aidan menilik batu itu.
“Mengikut mitos dan kepercayaan orang sini,kalau lelaki dan perempuan datang sini bersama-sama kemudian bawak balik batu ni,hubungan mereka akan berkekalan.
Maksudnya,macam dorang tu akan jadi pasangan lah.Berjodoh.Dan suatu hari,pasangan tu akan kembali ke sini semula.
Kita Islam,tak perlulah nak percaya benda-benda ni sebab jodoh dan ketentuan semua atas kuasa-Nya.”Aurell menerangkan.
“Kalau macam tu,kenapa batu-batu ni masih banyak?Kenapa ramai orang tak ambil batu-batu ni?”Bibir Aidan tersungging senyum senget.
“Tengok tu.”Aidan mengalihkan pandangannya pada arah yang ditunjukkan Aurell.Dahinya dikerutkan.
Siapa aje lah yang rajin susun batu-batu tu.Kelihatan beratus-ratus atau mungkin beribu batu yang tersusun kemas di dinding teluk itu.
“Batu-batu tu dikembalikan oleh pasangan yang datang semula ke sini.”Aidan terdiam.Terselit rasa kagum di sudut hatinya.
“Saya harap kita dapat datang sini balik dan kembalikan batu ni.”Aurell tersenyum lembut.
“Insyaallah.”Pandangan Aidan menikam anak mata Aurell.Itu membuatkan segala vena kava,arteri pulmonari,aorta,injab sabit dan vena pulmonarinya seolah-olah tidak berfungsi.
Rasa darah tidak dapat dipam melalui atrium dan ventrikel.Dylan Aidan Santarossa betul-betul membuatkan seorang Zarra Aurelya tidak cukup nafas!
Hope this love will never fade away until death till us apart.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...