[Capitolo 20]

17.2K 611 12
                                    

   Bum!

  Pintu ditolak kasar dari luar.

  “Weh,kereta yang..eh Aurell.Haii!”Nial melambai ke arah Aurell yang sedang duduk di atas sebuah sofa berangkai.

  Aurell melambai kembali sambil tersenyum manis.Nial mengambil tempat di hadapan Aurell.

  “Tak ada manners ke,sial?Tak reti nak ketuk pintu dulu ke?”Aidan bersuara bersahaja sambil matanya masih tertumpu pada fail di atas meja.

  “Manners eh?Ada!Ada!Alah..tapi tertinggal dekat rumah..”Nial membuat muka sedih.

  “Hotak lu..”Aidan menjeling.Nial hanya tersengih.

  “Awak kenapa datang sini?”Nial bertanya.

  “Entah.Aidan yang ajak.”Dia mengangguk.

  “Kenapa tak tinggal aje Aurell dekat rumah?Pengawal ramai kan?”

  Aidan bangkit dari duduknya lalu menghampiri mereka dengan beberapa buah fail.Fail-fail itu diserahkan kepada Nial lalu dia ke meja kerjanya semula.

  “Saja.Bosan lah dia sorang-sorang dekat rumah tu tak ada orang nak teman.Lagipun lepas habis kerja aku nak bawak dia pergi rumah parents aku.”Aurell membuntangkan matanya.

  “Pergi rumah papa?Bestnya!”Aurell tersengih.

  “Assalamualaikum.”Mata mereka teralih kepada Rykarl yang mengetuk pintu.

  “Waalaikumsalam.”Serentak salam itu dijawab.

  “Hah,see.Adik aku jugak yang baik,ada adab.”Aidan kembali menyemak fail tebal berwarna hitam itu.

  “I know my baby well..”Nial berbisik perlahan namun dapat didengari Aurell.

  Rykarl menapak masuk ke ruang pejabat Aidan lalu mengambil tempat di kerusi hadapan meja kerja Aidan.Dia bersandar di kerusi beroda itu lalu meletakkan kakinya di atas meja kerja Aidan.

  Tepat-tepat di atas fail yang sedang disemak lelaki itu.Aidan mengangkat wajah lalu bersandar di kerusinya.

  Nial tersenyum sinis sambil tergeleng-geleng.Aurell pula cuba kawal tawanya yang hampir terlepas.

  “Adab kat mana?”Nial bertanya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

  “Ada!Ada!Tapi tertinggal dekat rumah..tengah basuh dalam washing machine.Dah lama sangat pakai..berhabuk.”Aurell menghamburkan tawanya.

  “Down.”Arah Aidan.Rykarl buat tidak endah.

  “Okey.Nevermind.”Aidan meletakkan sepucuk desert eagle di tepi kaki adiknya.Terus Rykarl menurunkan kakinya.

  “Kenapa turunkan?”Aidan menaikkan sebelah keningnya.

  “Lenguh.”Aidan hanya mengangguk.

  “Petang ni kau balik rumah papa tak?”Rykarl bermain-main dengan pen di tangannya.

  “Hmm.Kenapa mama nak semua ada sana?”

  “Ara.Dia cadang nak further study dekat Dubai.So,diorang nak kita bincang lah.Kita ni bukan orang biasa-biasa nak lepaskan Ara ke luar negara sorang-sorang.”Aidan menjatuhkan kepalanya sekali.

  “Korang semua memang kerja dekat syarikat ni eh?”Aurell memandang mereka semua.

  “Tak.Untuk syarikat ni..Aidan chairman.Darriel CEO.Rykarl COO.And,saya,Ris,Iman,dengan Naufal pegawai tertinggi syarikat ni.Yang lain kerja dengan syarikat Ryan.”Nial menerangkan.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now