[Capitolo 06]

17.7K 717 20
                                    

Kuala Lumpur,Malaysia.

Aurell mengikut langkah anak-anak buah Aidan keluar dari jet peribadi mewah milik Aidan.Kelihatan beberapa buah kereta mewah sedang menunggu di dataran yang luas itu.

Keluar beberapa orang lelaki bersut hitam lalu menapak ke arah mereka.Lelaki-lelaki bersut itu kemudian menyerahkan kunci kereta kepada ahli G.Darkblood.

"Aku tak nak naik Audi.Aku nak naik Ferrari!"Nial membentak.Dia menyilang tangan sambil memalingkan wajah.

"Aku tak bawak kau punya Ferrari harini.Ada Ferrari Darren aje.Alah,kau naik aje lah kereta apa pun."Lelaki itu mengangkat kening.

"Audi tak handsome!Aku tak kira.Aku nak naik Ferrari jugak.Nak jugak!Nak jugak!Nak jugak!"Dia menghentakkan kaki beberapa kali.Lelaki itu menggaru kepala.

"Kau bagi aje lah kunci aku dekat budak ni.Selagi tak bagi,selagi tu lah dia buat perangai.Huh."Darren membetulkan sedikit lipatan lengan baju.Nial tersengih lebar.

"Yeayy!Thank you Darren.Adik sayang abang!" Nial mengambil kunci lalu segera berlari ke arah Ferrari hitam milik Darren.

"Oh,tolong angkat beg aku sekali eh?Terima kasih!"Dia melambai.

"Da f*ck?"Darren bercekak pinggang.Mereka mula bergerak ke kereta masing-masing sambil membawa beg.Aurell terpinga-pinga.

'Aku nak naik kereta mana?Aduh,awkwardnya.'

Aidan yang melihat Aurell sedang berdiri tegak segera memanggil.

"Kau ikut aku."Aurell terus melangkah ke arah Aidan.Mereka berhenti di hadapan Buggati Chiron hitam-biru kesayangan Aidan.

"Ingat apa yang aku kata pagi tadi?"

"Ingat."

"Ingat apa?"

"Tak boleh pergi mana-mana tanpa izin awak.Tak boleh call orang and sentiasa kena dekat dengan korang."Dia mengeluh.

"Good."Aurell hanya mencebik.

"Masuk."Aidan berdiri di pintu kereta sambil melabuhkan siku di atas bumbung.Dia membuka kaca mata hitamnya.

"Yelah.."Aurell melangkah ke sebelah tempat duduk pemandu.

Aidan menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan.Seketika,dia mengerling sekilas kepada Aurell.

"Wear your seatbelt or kau ada tiga ratus ringgit Malaysia cash sekarang?"Aurell tersentak.Dia segera mengenakan tali pinggang keselamatan.Sepanjang perjalanan,mereka hanya diam membisu.

Dua puluh minit perjalanan termasuk menunggu satu lampu isyarat merah dan melanggar empat lagi lampu isyarat,akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju.

Mereka berhenti di depan sebuah pagar berpalang.Aidan menurunkan cermin kereta.Pengawal yang memakai sut dengan senapang di tangan itu menunduk sedikit kepada Aidan.Dia menekan sesuatu di pondok pengawal,kemudian palang itu ternaik ke atas.

Aidan kembali memandu.Sempat juga Aurell membaca papan tanda nama di pagar itu tadi.

Black Roses Residence.

Aurell memerhati sekeliling.Rumah batu mewah bertingkat-tingkat menjamu pandangan mata.Mereka melepasi beberapa buah rumah banglo dan akhirnya kereta berhenti di depan sebuah pintu pagar mewah setinggi pokok kelapa.

Pintu pagar berwarna perak itu kelihatan begitu mewah dengan pelbagai ukiran yang sangat cantik.Setelah pintu pagar itu terbuka,kereta mereka bergerak melalui jalan yang tidak begitu luas dan tidak terlalu sempit.Muat dua buah kereta sekali jalan.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now