"Air pudina dengan fish and chips." Pemuda itu meletakkan kertas yang tertulis harga makanan di atas kaunter.
"RM 13.50." Aurell tersenyum manis.Lelaki itu membalas senyum lalu menghulurkan not dua puluh ringgit.Setelah mendapat resit dan wang baki,dia melangkah pergi.
"Good afternoon." Meylia melangkah longlai masuk ke dalam kafe dengan wajah cemberut.Dia mengambil tempat di sebelah Aurell.
"Kenapa ni?" Aurell menghulurkan air raspberinya kepada Meylia.Meylia menyisip sedikit air itu sambil menongkatkan kepalanya.
"Banyak assignment lah cuti ni..."Dia mengeluh.
"Oh.Ingatkan apa tadi." Aurell membuka buku log kafe.Dia memeriksa keuntungan dan kerugian yang diperoleh dalam minggu itu.
"Kau tak ada kelas ke harini?Tak ada assignment?" Laju tangan Meylia mencapai donat di dalam ruangan display.Aurell menjeling tajam.Meylia hanya tersengih.
"Tadi pagi last.Gila kau,tak ada assignment.Ada lah,tapi dua aje." Aurell tersenyum lebar.
"So,jadi tak kita nak pergi camping tu?" Meylia meneguk air mineral pula.
"Entahlah.Kalau nak pergi kita kena siapkan awal-awal lah assignment semua.Kalau tak,confirm serabut weh.Lagi satu,kafe macam mana?" Aurell mengambil kain lalu mula bergerak untuk mengelap meja.
"Kak Tirah!Tolong angkat gelas dengan piring dekat meja hujung tu kejap.Mana lah pergi Si Fiq ni." Aurell mula mengelap meja.Meylia datang ke arah Aurell lalu memeluk bahu sahabatnya itu.
"Alah,assignment kau kan sikit aje.Sempat punyalah nak siap.Aku punya jangan risau.Pandai-pandai lah aku buat.Lagipun kan aku pergi empat hari aje.Kafe tutup aje lah.Bagilah Kak Tirah dengan Fiq tu cuti," Meylia memujuk sambil membuat puppy eyes.
"Hah,ye lah-ye lah.Dah tepi.Aku nak telefon mama.Dia kata nak booking tiket flight.Kau ni kerja berkepit aje dengan aku macam anak beruk," Aurell menempelak.Meylia buat tidak tahu lalu mula menjerit keriangan.
"Kita pergi berapa orang?Mama dengan papa kau aje kan?" Soal Meylia,teruja.
"Iya lah.Nak pergi dengan siapa lagi?Aku kan anak tunggal." Reaksi meluat ditampal pada wajah.
"Kak Tirah.Fiq," Aurell memanggil.
"Yes mem." Fiq tersengih.
"Banyak lah kau punya mem.Aku nak bagitahu ni,lusa aku dengan Meylia nak pergi holiday.So,kau dengan Kak Tirah cuti lah ya dua minggu?" Fiq sudah melonjak.Dia tersenyum lebar.
"Cun!Aku boleh lah ikut program U kalau macam tu." Dia menggosok-gosok tangannya tanda tidak sabar.
"Akak pun sebenarnya nak pergi Krabi.Hehe." Kak Tirah membuat muka comel.
"Ceh!Nak pergi travel tak bagitahu." Fiq membuat muka menyampah.
"Dah lah.Hari ni kita tutup kafe awal sikit.Esok pun dah mula cuti." Kak Tirah dan Fiq membuat simbol 'OK'.
Mereka mula mengemas kafe itu.Semuanya diuruskan sendiri.Kafe yang sudah beroperasi selama satu tahun itu merupakan milik mereka berempat.Namun Aurell yang memegang syer terbesar.
Mereka merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari universiti yang sama.Mereka juga sama-sama menuntut di dalam bidang IB (international bussiness).
Selesai semua,Kak Tirah dan Fiq meminta diri untuk pulang.Meylia pula mengemas barang-barangnya.
Aurell bergerak ke tepi pintu dan menukar papan tanda 'open' kepada 'close'.Seketika,Meylia muncul bersama beg sandangnya lalu diberikan kepada Aurell.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Ação[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...