Aurell membuka matanya perlahan-lahan.Cahaya dari jendela menerobos masuk ke kornea mata.Dia bangkit dari pembaringan.Lesu.
Dia memisat-misat mata sambil memerhati sekeliling.
Bilik?
Bukan dia pergi berkhemah dalam hutan ke?Macam mana dia boleh ada dalam bilik ni?Matanya meneroka segenap ruang.
Bilik bersaiz sederhana.Katil bersaiz ratu.Sebuah almari kayu.Cermin separa besar.
Seketika dia melihat biasan diri di cermin.Matanya dikalihkan ke badan.Bajunya terkoyak dan dilapisi dengan sehelai jaket kulit.
Mindanya mula memutar memori semalam.Sewaktu dia sedang berbual dengan mama.Didatangi seorang lelaki.Menariknya.Lalu,mamanya..ditembak!
Dia menekup mulut.Dia sudah ingat apa yang terjadi.Sehingga dia rebah ke dalam dakapan seorang lelaki.Dia mundar-mandir di ruang sederhana itu.
"Aku dekat mana ni?Apa aku nak buat sekarang?Siapa lelaki yang selamatkan aku semalam?"Dia menggumam sambil menggigit jari.
"Argh!"Dia menjerit kecil.Dia mundar-mandir sambil bercekak pinggang.Selepas itu,terdengar bunyi ketukan di pintu bilik.
Aurell melangkah perlahan ke pintu bilik itu.Dia memegang tombol lalu memulasnya dengan perlahan.Terpacak susuk tubuh tinggi seorang lelaki.
"Morning princess.Dah bangun ye?"Lelaki itu tersenyum manis.Aurell hanya diam.Janggal.Lelaki itu mula melangkah masuk ke dalam ruangan bilik.Aurell tersentak.
"Aw..awak nak b..buat apa ni?"Wajahnya sedikit pucat.
"Saya bawakan baju aje."Dia berjalan ke katil dan berdiri di hadapan Aurell.Aurell tiba-tiba teringatkan Mikael Damien.Dia takut!
Dia menjauhi lelaki itu.Sehingga akhirnya dia tersandar di dinding sambil memeluk lutut.Dia menangis teresak-esak.
"Weh apahal ni?Kau buat apa Nial?"Ris menyoal.Aurell terpempan.Kelihatan beberapa orang lelaki muda mula memasuki bilik.Tangisannya semakin pecah.Dia takut.Dia risau.
"Mana ada aku buat apa.Aku masuk nak bagi baju dekat budak ni,tiba-tiba aje dia nangis.Kau tahu?Ni first time perempuan takut dengan aku!Aku yang handsome lagi kelakar ni pun dia takut ke?"Nial mengangkat keningnya.
"Kau ingat tak Aidan kata apa semalam waktu dia jumpa perempuan ni?Aku rasa dia takut kut."Danial membuat spekulasi.
"Wah serius lah weh?Perempuan ni takut aku apa-apakan dia?Waa,bangga jap.Rasa macam lelaki sejati pulak."Dia tersengih seperti kerang busuk.Izz meluku kepala Nial.
"Bangang lah kau!Habis selama ni kau bukan lelaki sejati ke sial?!Dah lah.Perempuan ni tengah takut kau boleh menyial lagi!"Darren pula meluku kepalanya.
"Hey,jangan takut.Kami tak apa-apakan awak lah."Iman menutur lembut.Dia mendekati Aurell yang masih teresak-esak.
Aurell mengangkat sedikit kepalanya.Dia terkejut melihat lelaki dihadapannya itu.Sangat dekat.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Air mata setia merembes keluar dari tubir mata.Dia sangat takut dengan lelaki-lelaki di hadapannya.Semuanya tinggi-tinggi,sasa-sasa,kacak-kacak dan nampak berbahaya.
"Aduh.Susahlah macam ni.Naufal,kau pergi panggil Aidan kejap."Naufal tanpa kata terus melangkah keluar.Beberapa saat kemudian,dia datang semula dengan seorang lelaki yang sangat kacak dan berwajah dingin.
"What's wrong?"Lelaki itu menyoal dalam nada dingin.Keningnya terangkat sedikit.
"Dia takut lah dengan kitaorang."Nial menjelaskan.Aidan menghala pandangan ke arah Aurell yang sedang duduk di tepi katil.Dia melutut di hadapan Aurell lalu mengangkat dagu gadis itu.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...