[Capitolo 32]

13.9K 511 34
                                    

   “Kita nak pergi mana ni?”Aurell cuba melihat ke bawah.Beberapa ketika kemudian dia menggelengkan kepala.Gayat!

  Nampak semua benda kecil-kecil aje.Bangunan-bangunan yang selalunya kelihatan gah di daratan pun nampak macam saiz kucing.Agak-agak berapa ketinggian helikopter ni sekarang?

  “Mexico.”Aidan yang sedang mengendalikan pesawat helikopter itu diperhati.Muka kacaknya serius dan fokus terhadap pemanduan.

  'Haih,you make me fall,and fall,and fall again.'Aurell bermonolog.

  Di telinga Aidan terselit alat pendengaran seperti earpiece tetapi mempunyai sambungan mikrofon di tepi pipinya.Alat itu membantu Aidan berhubung dengan orangnya di menara kawalan.

  Ris yang mengambil tempat di sebelah Aidan sibuk menaip sesuatu di komputer riba khasnya.Dahinya berkerut.Sesekali dia berdecit geram.

  Aidan hanya mengenakan kemeja putih polos dengan lengan bajunya disenteng tiga suku.Jam yang terlilit kemas di tangan kirinya dikerling sekilas.Sudah dua jam mereka di udara.Tangannya cekap mengendalikan pesawat.

  Aurell memerhati tangan Aidan yang sedang mengendalikan pesawat.Tangan cerahnya berurat timbul.Gulp.Sumpah nampak sasa gila!

  “Erm..kita nak buat apa pergi Mexico?”Aurell memandang Nial.

  “Tah.Nak buat apa pergi Mexico?”Nial memandang Iman.

  “Buat apa pergi Mexico?”Naufal dijeling.

  “Pergi Mexico?”Naufal menaikkan keningnya kepada Rykarl.

  “Berkhemah.”Rykarl menjawab.

  “Berkhemah?”Aurell mengerutkan dahinya.

  “Berkhemah?”Ris berpusing.

  “Berkhemah..berkhemah..berkhemah sama si Nopal.Si Nopal..si Nopal..anaknya bahenol-”

  “Bahenol..bahebol..bahenol..bahenol..bahenol..ieyeahhh!”Nial menyambung.

  Pak!

  Pak!

  “Aduh!”

  “Aww!”Ris tersengih suka.Kedua-dua tapak tangannya dilagakan.Hehehe..

  “Sakit,hanat.”Rykarl menjeling.Dahinya diusap.Ni bukan starlight,ni dah penampar light!

  “Tengok muka aku.”Nial dan Rykarl saling berpandangan sebelum melihat wajah Ris.

  “Kenapa?”Rykarl menyoal.Takda apa-apa pun.Ada jerawat ke?

  “Ada.Tengok lagi.”Rykarl memicingkan matanya.Wajah kacak Ris ditenung.

  “Tak ada.”Rykarl berkata.

  “Ada.”

  “Hah?Ada apa?”Rykarl terpinga-pinga.Wajah Rykarl diteliti lagi.

  “Ada aku kisah?”Ris berkata selamba.Kikiki..

  Pang!Terteleng kepala Ris dibuatnya.

  “Sakit siot!”Pipinya dipegang.Mau berbekas pipi dia.

  “Nampak tak?”Rykarl menyoal.

  “Nampak apa?”Soalan dibalas soalan.

  “Burung ke?Bintang ke?Ke kau nampak galaksi dah?.”Dengan bangganya Rykarl menyoal.

  Aurell di sebelah hanya terkelip-kelip matanya.Dia rasa,soalannya mudah sahaja.Kenapa dah sampai melalut ni?

  Kelihatan Aidan sedang berbisik sesuatu kepada Ris.Ris mengangguk lalu bergerak ke tempat duduk di belakang.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now