"Huh."Aidan melepaskan keluhan.Rambutnya diraup ke belakang.Aurell sudah menceritakan semua ugutan Mikael Damien kepadanya.
"Nampaknya,dia tetap akan dapatkan Aurell."Nial membuat konklusi.Aurell mengangkat wajah.Yang lain hanya mengangguk.Izz mendekati mereka setelah selesai menamatkan panggilan.
"Aku,Darren dengan Danish kena pergi Mexico minggu depan untuk uruskan hal senjata dekat sana."Izz memberitahu.
"Berapa lama?"Danish beriak biasa.
"Tak sure.Lama jugak lah.Berbulan or setahun."Mereka memandang Aidan.
"Naufal as sniper a.k.a marksman a.k.a headhunter ataupun penembak hendap.Ris as ITman or hacker.Nial and Iman as shooter."
"Okay,perfect.Korang boleh pergi Mexico.Ada diaorang ni okey dah."Aidan memberi keizinan.Izz dan Danish mengangguk sekilas.
"So,kau ada cadangan tak nak jauhkan Aurell dari makhluk tu?" Danish bermain dengan telefon pintarnya.
"Aku pun tak tahu lah.Tengok lah dulu macam mana.Petang ni aku nak bawak Aurell jumpa dengan family aku.Aku dah ceritakan semua dekat diorang."Aurell mengelipkan matanya beberapa kali.
"Nak buat apa?"
"Saja.Aku nak kenalkan kau dekat diaorang.Dah lama kau duduk dengan aku,tak kan aku tak nak kenalkan kau dekat diaorang.Sampai bila aku nak sorokkan kau?"Aidan menjawab tanpa memandang Aurell.
"Okey."
"Kejap lagi kita jumpa diaorang.Dah nak petang ni.Kau okey tak lagi ni?Pening lagi?"Aidan merenung Aurell membuatkan pipi si gadis sudah memerah.
Lama juga Aurell pengsan.Hampir jam tiga petang baru dia sedarkan diri.
"Sa..saya okey dah."
"Okay good.Now,pergi bersiap."
"Alah..kejap lah."Aurell memuncungkan bibirnya.
"Più veloce,piccolo ragazza."Aidan menaikkan kening.
"Hah?"Aurell menggaru dahinya.
"Cepat."Aurell melopong.
"Hah..okey."
'Bahasa apa tu?Itali ke?'
×××××
Aidan dan Aurell mengambil tempat di hadapan ibu bapa Aidan.Aurell bersalaman dengan ibu Aurell.Sungguh jelita wanita itu.
Walaupun sudah berusia namun wanita itu masih kelihatan muda dengan muka yang berseri-seri dan badan yang sederhana.
"Assalamualaikum."Semua di situ menjawab serentak.
"Aunty sihat?"Aurell tersenyum manis.Aurell memakai blaus polos merah jambu lengan panjang dan dipadankan dengan seluar skinny jeans berwarna nude.
Dia memakai kasut ankle-strap dua inci berwarna krim.Gayanya dilengkapkan dengan tas tangan dari jenama terkenal Prada.
"Sihat Alhamdulillah.Panggil mama aje."Mama Aidan tersengih.Aidan juga turut bersalaman dengan ibu bapanya.Penampilan Aidan kelihatan segak bergaya.
Dia memakai seluar hitam dan kemeja biru gelap yang lengannya disinsing hingga ke bawah siku bagi memperlihatkan kemaskulinannya.Jam tangan hitam yang dipakai di tangan kirinya juga menambah gaya.
"Uncle."Aurell menyapa.Dia menyelitkan rambutnya ke tepi telinga apabila rambutnya yang dibiar lepas itu jatuh sewaktu dia menunduk.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...