[Capitolo 38]

12.6K 485 13
                                    

    Are you sure tak nak ikut?”Aidan tergesa-gesa menyoal.Aurell mengangguk sambil tersenyum nipis.

  “Betul lah.Dah pergi lah cepat.”Mukanya sedikit pucat.

  “Masuk ni,pergi tidur.Take care.”Setelah kereta mewah Aidan hilang daripada pandangan,Aurell menapak ke pintu pagar rumahnya.Selepas sahaja mendapat panggilan daripada Ara sebentar tadi,terus mereka berlari keluar dari pusat beli-belah itu.

  Namun,tiba-tiba sahaja Aurell rasa tidak sedap badan.Kepalanya berpusing-pusing.Jadi,dia membuat keputusan untuk tinggal sahaja di rumah.Susahkan Aidan pula nanti kalau dia pengsan di sana.

×××××

   “Nampak ke muka dia?”Soal Rykarl sambil masih memeluk adik bongsunya itu.Ara menggeleng laju.Pelukannya semakin dieratkan.

  “Ada luka dekat mana-mana?”Aidan pula menyoal.Sekali lagi,gelengan menjadi jawapan.Aidan mengeluh.

  Iman mengelilingi kereta milik Arabella itu.Cermin tingkap di bahagian penumpang sebelah pemandu sudah pecah berderai.

  Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah,Ara didatangi sebuah motosikal berkuasa tinggi yang menyuruhnya berhenti di bahu jalan.

  Awalnya memang dia tidak mahu berhenti,namun mengenangkan Beretta berkilat di tangan lelaki itu membuatkan Ara mengikut sahaja kemahuan si penyangak.

  Selepas dia memberhentikan kereta,terus sahaja kayu besbol dihayunkan ke cermin tingkap.Kamudian tanpa amaran, keempat-empat tayar ditembak.

  “Tapi,aku peliklah.”Naufal mengurut-urut dagunya.Memikirkan sesuatu.

  “Pelik?Pelik apa?”Ris mengerutkan dahinya.

  “Apa motif mangkuk tingkat tu?Dia tak cederakan Ara pun.”Naufal memandang mereka.

“Dia seolah-olah tengah bagi amaran.”Rykarl membuat konklusi.

  Aidan cuba menganalisa apa yang sedang terjadi.Tayar kereta yang sudah pecah itu diperhati lama.Kemudian wajahnya bertukar dingin.

  “Atau,dia sebenarnya saja nak alihkan-”Percakapan Aidan terganggu dengan bunyi deringan telefon bimbitnya.

  Private number.

  “Hello?”

  “Hahaha!Ara sihat?”Satu suara asing menjengah saraf auditori Aidan.Gigi diketap.Tangan membentuk penumbuk.

  “Siapa kau?Apa kau nak?”Suara dicelah gigi dikeluarkan.

  “Hahaha.Tak ada apa.Saja nak tanya khabar saudara sesama Islam.Tak boleh ke?”Ketawa itu benar-benar membuat Aidan hilang sabar.Namun dia cuba bertenang.Dia bukan jenis yang cepat melatah.

  “Kau nak apa kacau adik aku?”Sambil-sambil berbual,Aidan membuat isyarat kepada Ris.Ris mengangguk faham lalu mengeluarkan komputer ribanya.Ris meminta Aidan membuka pembesar suara.

  “Tak nak apa pun.Gurau-gurau aje.Tapi kalau kau nak bagi adik kau dekat aku boleh jugak.Curvey aje body dia aku tengok.Berselera dibuatnya.Hahahaha!”

Possedilo [C]Where stories live. Discover now